Isnin, Februari 02, 2009

Suatu Senja Di Dataran Merdeka


Seriau saya tengok anak-anak remaja, tak kurang juga budak-budak dewasa bermain-main senjata. Merewang sini sana. Hala ikut suka. Kalau masa saya kadet dulu mesti dah kena lempang dgn jurulatih. Tapi sebab hanya sebuah pameran maka perkara-perkara itu tidak dikisahkan.

Banyak senjata yang tak pernah saya tengok. Sempat juga bergaya dengan senjata sniper. Siap kawan tu pakaikan baju penyamaran lagi. Wah... tinggal angan-angan la saya nak jadi sniper. Ustaz Askar Watanabe mana ada masa nak masuk askar tetap. Kursus asas tiga bulan. Kemudian ada kursus susulan kemudian ada lagi kursus tambahan. Huh... kerjanya nak tembak orang. Nak?

Pusing-pusing keliling akhirnya inilah kenangan yang sempat diabadikan.


Bersama Adnan...



wah... ramainya manusia..


Lias kata muka aku sebijik dengan muka rimau ni... sebenarnya rimau ni yang serupa muka aku



Bersama Nicholas Cage.. nape tak percaya?...



Encik Alias... Agro Manager Jazmeen


Agak-agak bila kadet UM nak guna alat semboyan macam ni... ah mimpilah...


Hah... nampak dah.. spek Lias.. yeah.. hilang spek la dia jap g..haha


Adnan nak pulang... bye...


Kebenaran pulang Tuan! ya silakan.. silakan...

Sedang kita asyik dan seronok pasal boleh tengok senjata-senjata canggih-manggih, tidakkah terasa yahudi laknatullah menyembelih saudara mara kita di Gaza dengan senjata-senjata sebegini. Bahkan mungkin sepuluh tahun lebih canggih teknologinya. Senjata depa tu sebab nak uji kehebatannya. Maklumlah, Amerika nak jual.

3 ulasan:

SABALE berkata...

que tankesitos eh ju ju
http://www.sabaleplus.blogspot.com/

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain berkata...

tuan pegi tym bile eh?
kitorang dak uia pun ade g ramai2 ritu..
3 bas + 1 van..
ade r tgk wataniah pny..
ramai gk r pengunjung..

HASMORA berkata...

wahai Cik Kecik,

telah ada tarikh dan masa pada gambar2 tu ye.. takpalah saya jawab juga..kan kecik hati kecik sorang nih.. pada suatu senja bertarikh 1 Februari 2009 saya ke sana bersama seorang teman serumah.. Hari akhir ramai manusia membanjiri mengutip sikit sorang bunyi gegak gempita dari pentas masuk dalam telinga.. nak cakap dengan kawan kena bisik kuat dekat telinga.. kelihatannya ramai amat wataniah dari UIA ya.. ooo.. jgn terasa ye kalau saya tak mampu mengenali anda semua.. huhu

Myblogloglaq