Selasa, Februari 10, 2009

Itu Bukan Bunga Api

Puisi ini disiarkan di Mingguan Malaysia ahad lepas. Saya memang tak berapa nak beli sangat Utusan kecuali hari Ahad, sebab saya suka bahagian sasteranya. Bagi saya sastera tidak bersalah. Dan wartawan di sana pun tak bersalah. Cuma yang salah ialah orang atasan yang ikut telunjuk orang yang laaagii atas.

Terima kasih kepada adik Tuah Sujana yang mengirimkan sms tahniah pagi itu sekaligus memaklumkan kepada saya puisi itu terbit. Juga saudara WB Rendra yang mengirim lewat tengahari. Sokongan sahabat-sahabat membakar semangat saya untuk menulis tahap demi tahap.

Sebenarnya hati lama mendidih-merintih-pedih dengan fenomena sekarang yang kacau-galau-bilau. Maka banyak hasil tulisan saya itu mengalir dari gejolak rasa turun ke jari menukarbentuk rasa itu menjadi tulisan. Saya rasa memang itulah naluri setiap penulis manapun. Meluah rasa melalui tulisan bagi saya adalah satu terapi yang amat baik. Setiap apa yang ditulis pula mohon perlindungan dari Yang Maha Mengetahui dari terjurus ke lembah fitnah dan mengundang murkaNya. Murka raja yang tidak adil tidaklah menjunam kita ke neraka. Tapi kemurkaan Raja segala raja meletakkan kita di neraka sepatutnya pada Hari Pembalasan. Hari itu... ia pasti menjelma kan?

Puisi ini saya turunkan untuk tatapan dengan editan satu perkataan (dah masukpun masih ada ayat kena edit lagi, boleh kan.. alah... puisi ini saya bikin kan..hehehe).. sebenarnya artikel baru 'ni sebagai memenuhi permintaan seorang sahabat, Zarif Hassan..huhu


Itu Bukan Bunga Api

itu bukan bunga api
tak usah kau ralit perhati
itu api pemusnah pembunuh
dari sana ia ke sini
kau pun entahkan telah bersedia menunggu mati
menjemput tanpa mengetuk pintu
tanpa sempat kau pulang dari daerah mimpi

itu bukan bunga api
meraikan tahun baru hijri
mahupun tahun baru masihi
mereka mengirim api sejati
membakar mimpi-mimpi
angan-angan pun hangus sekali

itu bukan bunga api
ah anak, masakan engkau mengerti
mereka menggasak tanah sempit ini tiap hari
usah kau tangis tanpa henti
jangan lagi kau berlari ke sana sini
jadikanlah batu kecil permainan barumu
melawan mereka yang bagaikan gergasi

itu bukan bunga api
tapi itulah api-api kiriman yahudi
mereka membaca kisah ababil, anakku
seolah mereka membawa jet itu dari neraka
bala yang mereka cipta sendiri

selamat tinggal anakku
usah kau ralit menatap bunga api lagi
ayuhlah menjejak langkah ayah
kita menuntut janji-janji ilahi
istana syuhada’ di syurgawi.


Hasmora Masnuri
Taman Bukit Angkasa

-Mingguan Malaysia, 8 Februari 2009


2 ulasan:

Zarif Hassan berkata...

Saudara Hasmora,
nanti jgn biar anak anda main bunga api yer. Takut melecur tangan. tapi yang hairannya, tangan melecur, tetapi sakitnya tetap di hati..

HASMORA berkata...

Ya Teruna Zarif,

Ku kan biarkan dia (anakku itu) bermain keris atau pena supaya hatinya yang sakit terubat oleh seni yang telah mengalir dalam jasadku sekian lama. ya..ada darah seni dalam tubuhku yang diwarisi dari ayahanda.. Dia seorang pesilat, pendikir dan seorang bapa yang bergaya :)

Myblogloglaq