Jumaat, Februari 27, 2009

YANG KITA TERLEPAS PANDANG - MENDIDIK ANAK

Semalam, ada kelas tuesyen Diyanah seperti biasa. Hampir saya tangguhkan kelasnya dek hujan di Pantai Dalam terlalu lebat. Kuala Lumpur seperti Malaysia pula, ada pembahagian hujan seperti setiap negeri, bahkan kita boleh melihat hujan di tempat lain sedang tempat sendiri kering. bahkan anda boleh menyaksikan sempadan hujan depan mata jika anda bernasib baik. Tak percaya? Selalulah memerhati dengan mata kepala sendiri. Beberapa kali saya menyaksikan. Hujan di Bangsar, tapi bila sudah sampai kawasan Jalan Mahameru berdekatan Parlimen tempat para kambing dan biri-biri menyamar itu, hujan belum sampai, sedangkan saya sudah lenjun.. eh lari tajuk pulak..

Semalam, semasa saya sampai di rumah Diyanah, ibunya sudah ada. Dia duduk di meja. Sebelum saya menghenyak diri ke kerusi, bicaranya terlebih dahulu menghenyak nurani saya. Saya tidak pasti apa kesalahan Diyanah, mungkin cuai masa mengambil buku. Tapi saya amat pasti kesalahan ibunya, penggunaan bahasa pada anak. Dengan bahasa mudahnya ialah, caranya mengajar anak - bagi saya amat salah. Saya cerita pada kawan saya yang sebelum ini mengajar Diyanah sebelum diganti Ustaz Saharudin, saya bagitahu dia Kak Salbiah cakap pada Diyanah 'Silly'..dia tanya balik saya apa maksud.. ai aku bagi jugak dia ni kang.. syok-syok orang cerita dia tak faham rupanya.. silly tu bodoh! Saya terhenyak pabila mendengar sang ibu berkata bodoh pada anaknya.. depan gurunya! Bahkan berkali-kali!!!

Ini bukanlah cara tarbiyah yang baik. Bahkan inilah cara paling buruk mengajar anak. Kesannya masih jauh untuk dikesan. Namun kesan jangkapendeknya ialah anak berasa amat malu - merendahkan motivasi anak. Mulut orang tua sama ada ibu bapa mahupun guru amat berbisa atau istilah lainnya mulut masin. Rasanya tidak pernah guru mahupun ibubapa saya kata begitu bahkan pujian itu ada. Kakak ada yang pernah kata pada saya tapi saya balas balik.. Mu la bodo! haha... zaman budak macam tu la ye.. sekarang semua dah cerdik dah.. kalo gaduh lagi memang masih bodoh.. Macam mana Mak saya puji saya? Dia kata 'Loh jughuh (baik)' ''Loh ceghidik (cerdik)'. Guru saya? Hasbullah bagus, pandai.. haha.. Bukan mengangkat diri tapi hanya melampirkan testimoni.. takkan saya nak reka-reka untuk buat contoh.. ini bukan teori!

Sesekali saya memerhati, bukan sahaja di rumah Diyanah bahkan kebanyakan warga kota yang mengamalkan sistem autokratik dalam mendidik anak. Ibubapa menentukan segala apa yang patut belajar dan apa yang anak buat malah dengan siapa anak patut berkawan. Yang paling malang seorang lagi murid saya langsung tiada kawan. ‘Ustaz jadi kawan saya ye? Saya tak ada kawan…’ alahai kesian… keadaan ini hanya akan melahirkan anak yang patuh tapi pasif, kurang berinisiatif dan kurang memberi pandangan. Namun yang paling bahaya jika anak memberontak jiwanya, melakukan suatu yang tidak diduga. Tidak boleh juga terlalu berlembut dengan anak. Menurut apa sahaja mahunya. Anak masih kecil sekolah rendah nak telefon mahal dibelinya. Cara mendidik ini dipanggil Laissez-faire. Macam perdagangan la pulak. Kesan didikan cara ini hanya akan menghasilkan manusia kurang bertanggungjawab, terlalu bergantung pada orang lain, kurang berikhtiar dan kurang menghormati orang tua. Pernah berkawan dengan anak orang kaya tak? Sesetengahnya ek semacam kan? Lesing baru tahu.

Cara terbaiknya ialah jadilah ibu bapa yang demokratik. Sentiasa berbincang secara terbuka dan melibatkan anak-anak dalam membuat sesuatu keputusan. Contoh, ibu bapa bertanya pendapat anak-anaknya terlebih dahulu dalam menentukan tempat peranginan yang hendak dikunjungi. Dalam konteks hidup saya – sekolah mana yang saya pilih. Ibu bapa saya mencadangkan sekolah agama dan saya selalu sahaja bersetuju dengan mereka kerana tahu itulah yang terbaik buat saya. Kesannya? Anak mempunyai keyakinan yang lebih tinggi, lebih aktif, bersopan santun dan gemar berkongsi masalah. Hairannya juga ibu saya yang sekolah sampai darjah empat pun lebih demokratik berbanding ibu murid saya itu yang juga pernah belajar di Universiti Malaya. Mungkinlah dia pun dibesarkan sedemikian rupa. Hidup mewah senang sebenarnya sukar mengajar manusia menjadi lebih manusia… kan?

Kesimpulannya, yang masyarakat kita sering terlepas pandang ialah cara mendidik anak. Hal ini jugalah faktor kebahagiaan keluarga. Keluarga yang bobrok akan menghasilkan masyarakat yang lebih bobrok.

Banyak lagi yang kita perlu belajar sebelum menjadi seorang yang bergelar ibu atau bapa. Boleh belajar dari orang-orang tua, pengalaman-pengalaman orang lain. Di Universiti Malaya, guru yang boleh anda cari ialah Prof Madya Ustaz Ahmad Kamil di Akademi Islam. Beliau ajar Pendidikan keibubapaan!

Tanpa ilmu yang mantap di samping imbangan emosi semasa melayari bahtera perkahwinan akan membawa bahtera itu ke arah kehancuran. Sama ada melanggar bongkah ais mahupun karang di lautan atau kerana nakhoda itu sendiri yang gagal mengemudi tatkala badai menerjah.

Ini adalah harapan dan motivasi kepada saya. Juga peringatan buat diri-sendiri agar lebih bersedia menghadapi alam baru yang amat mencabar. Perkahwinan adalah sunnah Nabi saw dan lebih besar lagi, ia adalah amanah Allah!

Selasa, Februari 24, 2009

Sesekali

Sesekali menghadiri Hari Keluarga Pendidikan Islam. Kali ini ada kelainan. Kali pertama diadakan semua peringkat sekali bergabung. Sebelum ini hanya sendiri-sendiri punya tahun. Nak buat atau tidak bergantung kepada kemahuan dan kemampuan batch masing-masing. Kali ini dengan idea penyelaras yang mengambil tugas yang pernah dipegangnya dulu maka dapatlah diadakan program santai sebegini. Diadakan di Taman Tasik Perdana. Sesekali.. rasa seronok juga. Alangkah lebih seronok dapat bawa keluarga sendiri macam Ustaz Rahimi dan Ustaz Zawawi.. Dan indahnya juga, Ustazah Shamsiah dengan madunya macam adik-beradik pun ada. Madunya bawa anak. Madunya dipanggil oleh anak sebagai Umi dan dia pula dipanggil Mama. Alangkah indah kalau poligami dalam Islam difahami sebetulnya... kan?


Sesekali menjeguk adik-adik junior di kolej Kelima. Kali ini mereka laksanakan Pameran Ketenteraan atau Military Exhibition (MIEX). Nama baru setelah perkampungan perang. Ditukar namanya sebab bunyi macam ganas. Sesekali saya berfikir dangkal juga pemikiran sesetengah orang yang terpengaruh dengan propaganda global. Apa-apa sajalah. Bertemu dengan kawan seangkatan. Muka masing-masing memang dah tak macam muka askar lagi. Dengan rambut panjang, janggut dan jambang. Ada juga yang berkata apabila melihat GPMG "Aku lupa dah macamana guna menatang nih..." Saya senyum. Sebentar tadi pun saya terkial-kial nak selamatkan Mesin Gun tu. Padahal ni lah senjata yang seberat hampir 11 kilo yang pernah menghempap lutut saya semasa pergerakan sebelum subuh menuruni bukit pertahanan. Kononnya untuk mengelak dari dilihat musuh. Walaupun hanya latihan tapi harus aplikasi seperti keadaan sebenar. Jenuh juga saya melalui latihan yang memeritkan dek lutut tercedera. Kena jalan berkilo-kilo lagi. Malangnya beberapa orang sahaja kawan yang memahami. Tak kisahlah kan... alahai... kenangan, pahitmanisnya indahnya di sukma..

Sesekali apabila saya pulang dari mengajar tuesyen dalam keadaan hujan, saya merasakan saya pasti akan merindui saat-saat ini.. Kuala Lumpur sekarang hujan petang. Saya pasti juga merindui Kuala Lumpur yang senang banjir dalam sekelip mata...

Seselalu... wajib kita mensyukuri segala nikmat ini. Terima kasih ya Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Kawan yang berkeluarga tak ada nampak muka


Inilah juga tempat kami berlumuih tahun sudah


Kenangan manis ada, pahit pun ada dengan GPMG ni...

Dave... kenangannya tak lama bersama saya.. hanya setakat junior



Tanda yang saya tinggalkan setelah setahun... wow...

Sabtu, Februari 21, 2009

Ada lagi Yang Tak Faham

Ada lagi yang tak faham beza antara PPSMI dan BI. Entah apalah orang kita. Mahasiswa sendiri masih keliru tentang perbezaan ini. Ini adalah teguran terbuka kepada sesiapa sahaja. Cuma kekeliruan salah seorang dalam ramai-ramai itulah yang menggerakkan jari saya menulis tentang PPSMI kali ini.

Tengahari tadi selepas sesi pertama Seminar Dinar Emas 2009 anjuran PMKUM saya berbual dengan beberapa orang adik-adik junior. Saya cerita tentang refleksi saya pada pembentangan oleh ahli panel. Saya cerita saya lebih suka mendengar Prof Kameel Mydin yang berbicara dalam bahasa inggeris dan hanya sedikit bahasa Melayu. Saya lebih suka dan tidak mengantuk mendengarnya berbanding ketika masa Hajah Nik Mahani yang pada pandangan saya gagal mencelikkan mata saya dan orang sebelah lebih lama. Beliau berbahasa Melayu dan tayangannya dalam bahasa Melayu. Cuma sedikit terkilan banyak kesalahan ejaan. Saya tidak kisah sangat hal tulisan itu sebab beliaupun latar pendidikan di United Kingdom. Yang penting saya dan semua orang berbangga ada wanita yang bangkit memperjuangkan Dinar Emas di mana kerajaan Malaysia sendiri memandang sebelah mata pada perlaksanaan Dinar Emas yang mampu menjadi pembunuh ekonomi yahudi laknatullah.

Apa yang ingin saya fokuskan di sini sebenarnya salah faham junior saya itu. Katanya saya penyokong PPSMI.. Alahai... Menyukai bahasa Inggeris adalah sejak sekolah rendah lagi. Cuma masih gagal berbicara dengan baik sebab tidak diamalkan setiap hari. Tapi sekarang dah banyak saya bercakap Inggeris terutama dengan dua orang murid tuesyen saya yang satu berumur 5 tahun dan satu lagi darjah dua. Ada seorang lagi, tapi dia fasih berbahasa Melayu, jadi tidak guna Inggeris . Dan sebenarnya ini juga yang saya bimbangkan dengan kedaulatan bahasa ibunda saya apabila anak-anak hingusan ini lebih fasih berbahasa Inggeris berbanding bahasa ibu bapanya sendiri. Yang salahnya ibubapanyalah!

Lalu saya terangkan pada adik junior saya itu dengan penuh rasa kasihan. Saya suka bahasa Inggeris tidak bermakna saya sokong PPSMI. PPSMI ialah akronim Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan penentangannya oleh ahli akademik yang terdiri daripada profesor dan pejuang bahasa yang majoritinya para penulis ternama ada asas kerelevanannya. Anti-PPSMI bukan pula anti bahasa Inggeris! Malah apa yang kita ingin adalah memperkasakan bahasa Inggeris sebagai bahasa yang diakui oleh dunia sebagai bahasa komunikasi global. Lalu perlaksanaan PPSMI sebenarnya telah mengerdilkan kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa yang selama ini mampu menjadi bahasa ilmu. Walauapajuapun bidang ilmu itu.

Bahasa itu ialah lung yang menghasilkan bunyi language dan lung itu ialah jiwa. Maka mendalami ilmu dengan bahasa sendiri lebih dekat dengan jiwa dan mudah meghayati ilmu itu terutama yang susah seperti sains dan matematik.

Bahasa itu jiwa bangsa. Itulah yang diomongkan kebanyakan kita. Tapi caknakah kita akan kelangsungan kedaulatannya? Bahasa itu melambangkan bangsa. Bahasa ibunda seharusnya kita bangga. Bahasa jika dilacurkan oleh pejuang bangsanya, maka tunggulah saat binasa jiwa bangsa generasi seterusnya yang akhirnya memilih untuk senasib dengan etnik-etnik di Afrika, lupus pupus bahasa bangsa sendiri dek kerana mengagungkan bahasa inggeris yang menjajah bukan hanya negara, bahkan seluruh jiwa raga dan sukma nurani mereka!

Sabtu, Februari 14, 2009

Cinta Oh Cinta...

(selepas kuliah cinta Valentine oleh Ustaz Hasrizal di Kolej 8 UM )

Tika cinta bersiulan di jalanan dusta
ada juga yang mengutipnya
lalu disimpan dalam raga jiwa
dibelainya
dibuainya
diberinya pada sang kekasih
ambillah cinta ini sayang
kita madukan bersama
agar manis sepanjang masa

Lalu cinta itu mula meracun sukma
kerana cinta nafsu bagaikan virus
yang pantas membarah
hingga hati busuk parah
iblis menguasai tiap arteri darah

Berpimpinan pasangan kekasih
di taman, di pasaraya, di mana-mana
"inilah cinta sejati
cinta kita, selamanya"
bisik sang kekasih sayu
hati yang sedia layu
melayu-layukan segala
diserahkanlah sekujur tubuh
demi serakahnya nafsu
sebagai tanda cinta

Terlanjurlah
demi sebuah cinta
bertalkinlah, iman di dada
ajal maruah terkubur lama
menunggu roh agama dicabut
hanya demi sebuah nafsu
yang dirajakan syaitan durjana

Tuan-tuan sekalian, jagailah anak anda
seusia anak benih
yang bakal tumpah ke rahim ibunya
jangan persalahkan anak
jika kita tidak bersedia sepenuhnya
melahirkan, mengasuh, mendidik
pengembara baru di mayapada nan fana
penuh onak liku ranjau luka dan duka
ini dunia tempat kita menyemai dan menyubur
di akhirat sanalah kita menuainya.

Carilah cinta yang sejati
yang ada hanyalah
padaNya...


Taman Bukit Angkasa

Selasa, Februari 10, 2009

Itu Bukan Bunga Api

Puisi ini disiarkan di Mingguan Malaysia ahad lepas. Saya memang tak berapa nak beli sangat Utusan kecuali hari Ahad, sebab saya suka bahagian sasteranya. Bagi saya sastera tidak bersalah. Dan wartawan di sana pun tak bersalah. Cuma yang salah ialah orang atasan yang ikut telunjuk orang yang laaagii atas.

Terima kasih kepada adik Tuah Sujana yang mengirimkan sms tahniah pagi itu sekaligus memaklumkan kepada saya puisi itu terbit. Juga saudara WB Rendra yang mengirim lewat tengahari. Sokongan sahabat-sahabat membakar semangat saya untuk menulis tahap demi tahap.

Sebenarnya hati lama mendidih-merintih-pedih dengan fenomena sekarang yang kacau-galau-bilau. Maka banyak hasil tulisan saya itu mengalir dari gejolak rasa turun ke jari menukarbentuk rasa itu menjadi tulisan. Saya rasa memang itulah naluri setiap penulis manapun. Meluah rasa melalui tulisan bagi saya adalah satu terapi yang amat baik. Setiap apa yang ditulis pula mohon perlindungan dari Yang Maha Mengetahui dari terjurus ke lembah fitnah dan mengundang murkaNya. Murka raja yang tidak adil tidaklah menjunam kita ke neraka. Tapi kemurkaan Raja segala raja meletakkan kita di neraka sepatutnya pada Hari Pembalasan. Hari itu... ia pasti menjelma kan?

Puisi ini saya turunkan untuk tatapan dengan editan satu perkataan (dah masukpun masih ada ayat kena edit lagi, boleh kan.. alah... puisi ini saya bikin kan..hehehe).. sebenarnya artikel baru 'ni sebagai memenuhi permintaan seorang sahabat, Zarif Hassan..huhu


Itu Bukan Bunga Api

itu bukan bunga api
tak usah kau ralit perhati
itu api pemusnah pembunuh
dari sana ia ke sini
kau pun entahkan telah bersedia menunggu mati
menjemput tanpa mengetuk pintu
tanpa sempat kau pulang dari daerah mimpi

itu bukan bunga api
meraikan tahun baru hijri
mahupun tahun baru masihi
mereka mengirim api sejati
membakar mimpi-mimpi
angan-angan pun hangus sekali

itu bukan bunga api
ah anak, masakan engkau mengerti
mereka menggasak tanah sempit ini tiap hari
usah kau tangis tanpa henti
jangan lagi kau berlari ke sana sini
jadikanlah batu kecil permainan barumu
melawan mereka yang bagaikan gergasi

itu bukan bunga api
tapi itulah api-api kiriman yahudi
mereka membaca kisah ababil, anakku
seolah mereka membawa jet itu dari neraka
bala yang mereka cipta sendiri

selamat tinggal anakku
usah kau ralit menatap bunga api lagi
ayuhlah menjejak langkah ayah
kita menuntut janji-janji ilahi
istana syuhada’ di syurgawi.


Hasmora Masnuri
Taman Bukit Angkasa

-Mingguan Malaysia, 8 Februari 2009


Ahad, Februari 08, 2009

Beberapa catatan Jumaat lalu

Pagi-pagi; kuliah Pendidikan Islam di Malaysia. Sebahagian mukaddimah telah saya ceritakan di bawah ini. Selepas sesi perbincangan politikkatak Perak, pembentangan kumpulan pertama. Tajuknya Institusi Pengajian Pondok di Malaysia. Banyak perkara baru tentang pondok di Malaysia saya baru tahu. Cuma saya tak angkat tangan mengaku pernah belajar di pondok. Salah satu sebabnya ialah saya bukan sepenuh masa. Malah orang Kelate kata cerelang cerelup. Maksudnya kadang-kadang pergi kadang-kadang tak. Menariknya ialah Ustaz Rahimi pun pernah bekerja di Pusat Pembangunan Pondok Berhad sebagai pendaftar selama 8 bulan sebelum sambung pengajian di UIAM.

Tengahari; macam biasa ke Masjid Ar-Rahman. Sebelum tu pekena nasi lauk gulai kambing di Akademi Islam. Sekarang untuk mengelak mengantuk saya mencatat isi-isi penting khutbah. Angin panas meruap selalu menyerang saraf dan meransang kantuk. Kalau tak tidur pun kadang-kadang otak merata merayapnya. Lepas jumaat lupa dah khatib cakap apa. Kan baik catat. Lagipun sebagai bahan untuk mengisi blog assignment saya yang sudah sunyi sepi tanpa pengunjung. Minggu ni tajuknya 'Keliru Minda'. Kelirunya akal waras apabila manusia mengguna akal tanpa merujuk syariat Allah Taala. Maka berlakulah syirik dan khurafat.

Lepas jumaat; bertemu Abang Din, menantu Pok Teh - jiran saya. Jarang-jarang bertemu di Kuala Lumpur. Makan keropok dan minum bersama, seadanya. Apalah yang ada sangat pada pasar jumaat Ar-Rahman. Sebetulnya macam pasar malam pun ada. Tapi tulah, ramai pulak yang lagho tak mengutamakan jumaat. Sebelum jumaat dah hurung gerai, lepas jumaat tak apelah. Tapi belum baca al-Fatihah dah bangun keluar, sudahlah datang lewat. Tak boleh nak tunggu Imam baca doa sekejap.

Balik ke rumah buka tv. Alahai hampeh.. rancangan khas politik Perak. Politikkatak dan politikkambing, ting ting ting menenting.. Mual tengok ulasan. Ah..malaslah ulas pasal katak dan kambing ni banyak-banyak. Baik layan penat dan berehat. Membuta sekejap. huh... kan nikmat.

Petang; setelah menyanggupi penggantian seorang sahabat untuk mengajar Emil di Subang maka untuk kesekian kalinya saya gagahkan diri meredah hujan petang yang mampir setiap hari. Tapi kan Tuhan dah kata - Aku turunkan hujan! Itulah antara kata nasihat arwah Wok kepada saya dulu. Guru al-Quran tersohor Kedai Baru. Kebanyakan pemuda-pemudi berhampiran rumah berguru dengan arwah. Selalu saja saya terima pujian isterinya dan hampir saja saya dijadikan anak angkat mereka! Cuma saya segan dan menolak dengan baik. Adakah saya boleh dinobatkan sebagai pelajar terbaiknya? Entahlah... tak penting semua itu sebenarnya.. Sekarang, Mak saya pula mengambil alih tugas Wok dan Pakdo Deraman yang sudah uzur. Cuma beza saya dan mereka ialah mereka menanti di rumah dan anak murid datang mengadap - percuma. Hanya kebiasaan ibubapa beri hadiah seumpama gula atau susu lemak manis. Saya di ibukota pula harus meredah arus deras kereta dan banyak kenderaan lain yang sedang menghambat dunia untuk ke rumah pelajar. Dan perkhidmatan saya itu dibayar perjam!

Maghrib; ke ar-Rahman lagi. Petang dapat mesej dari al-Hazizi, ceramah Ustaz Azhar Yaakub. Menyelerakan ceramahnya. Oleh kerana isu Perak masih panas dan meruap maka banyak juga disentuhnya. Adalah 20 minit. Lepas tu baru masuk tajuk. Yang menarik saya boleh kongsi ialah 3 perkara pelik orang Malaysia menurut satu kajian. Tak sempat catat kajian siapa.
pertama - paling kerap makan. 6 kali sehari. Apa tidak, macam-macam makanan ada.
kedua - paling banyak forward sms. SMS berangkai. Padahal ia adalah helah syarikat untuk menguntungkan mereka.
ketiga - paling kuat berpolitik. Kadang-kadang berpolitik sampai mengabaikan apa yang sepatutnya diberikan kepada rakyat.

Selepas isyak; ke Malam amal Deklamasi Puisi Palestin DBP. Lebih kurang macam tu lah bunyinya. Tak berapa pasti dah tajuk sebenarnya. Tapi tu lah, tren sekarang masyarakat sastera menganjurkan Majlis Puisi mengutip derma untuk tabung Palestin. Bagus daripada satu sudut. Yang tak bagusnya bercampur aduk segala macam perkara. Nak geleng pun buat sakit leher je.. sabar je lah. Kak Aisyah malam tu adalah kemuncaknya. Meskipun bertudung litup tapi dia masih gagal menjaga aurat suaranya. Dato' Siti lagilah. Dia berjaya bertudung tapi aurat jambulnya tetap terdedah. Kak Masyitah tak tegurpun, saya pulak lebih-lebih. Apa la ustaz nih, ijazah pun tak habis lagi. Hoi... jadinya Tuhan tengok ijazah la ye... Subhanallah enti. Sabar je lah ana..huhu..

Malam hitam langit kelam suram. Metropolitan tetap terang benderang menyuluh bumi muram. Jalan-jalan liku arus deras terkadang merisaukanku yang hanya bermotor cabuk lagi perlahan. Hati risau galau kacau. Bimbang sebelum ke negeri abadi jauh sana bekalan tidak mencukupi. Ya Rabbi, hanya Engkaulah yang tahu isi hati ini.

Sabtu, Februari 07, 2009

Catatan Tentang Kejadian Memalukan

Bagi saya, arena politik di Perak yang galau memalukan negara. Memalukan kerana negara yang dicanang di mata dunia sebagai negara Islam Hadhari yang cemerlang, gemilang dan terbilang dicemari oleh insiden kerakusan pak menterinya. Malu saya nak mengaku rakyat Malaysia kalau kawan negara asing tanya kenapa di Malaysia yang kelihatannya aman tapi kekacauan timbul kerana pemimpin-pemimpin bangangnya. Nasiblah saya tak jumpa Amirsyah Tajikistan beberapa hari ni. Kalau jumpa kawan baru saya ingat saya nak bagitau saya ni orang Kenya ke Somalia ke sebab kawan-kawan saya ada yang duk gelar saya begitu. Alang-alang juga staf klinik kesihatan ingat saya ni foreigner sebab nombor matrik saya siapa punya angkara ditulis nombor matrik pelajar luar negara. Insaflah saya tak hensem lagi gelapnya rupa. Tapi tak mengapa, Allah dah kata nilai manusia di sisiNya hanyalah taqwa. Bukan kerusi, kuasa, harta dan rupa. Semua itu memang milikNya yang dipinjamkan percuma yang kebanyakan manusia alpa lagi lupa dan buat tak reti sahaja. Kitab Suci al-Quran itupun kebanyakan manusia Muslim bukan sahaja tidak baca dan laksana malah wewenang mempersenda. Subhanallah...

Dalam kuliah pagi semalam, perkara pertama yang dibincangkan oleh pensyarah ialah politik Perak. Tidak pernah disentuh tentang politik tiba-tiba dibicarakan tapi dengan penuh suasana akademik. Berpolitik secara akademik. Ketepikan soal kepartian meskipun kebanyakan memang satu kapal satu nakhoda. Orang akademik memang sepatutnya dari segi etika tidak boleh terlalu berterus terang di khalayak dia di sebelah mana kerana murid-muridnya juga ada pelbagai ideologi dalam kepala. Berapa kerat sahaja sebenarnya yang ingin jadi mu'allim. Kebanyakannya nak cari sesuap nasi sebiji kereta sehimpun harta sahaja. Kalau betul-betul tentulah dari segi imej penampilan dan cara belajar menepati cara seorang murid ke arah seorang mua'llim.

Diberi peluang bercakap meluah pandangan dan beberapa orang pemerhati politik dalam kalangan para bakal mudarris bangkit bersuara. Tiada dalam kalangan muslimat meskipun lama diberi peluang. Saya yang kembali dari tandas pastilah tidak sempat kerana masing-masing sudah angkat tangan dan masa hanya diberi sekejap seorang kerana ada pembentangan panjang.

Empat orang yang saya sempat. Ustaz Nik, Ustaz Hidayat, Ustaz Farhansyah dan Ustaz Zul Kedah menyatakan pendapat masing-masing. Semua pandangan digulung bungkus oleh Ustaz Rahimi dari kacamata seorang ahli akademik yang melihatnya dari perspektif analisis kritis. Kesimpulannya dalam ayat saya - usah terlalu kecewa dengan situasi yang bungkam dan bangang, tapi lihatlah dari hikmahnya. Masyarakat sekarang kebanyakan mampu berfikir kritikal dan mampu menilai baik buruknya. Mungkin ada hikmahnya berlaku semua ini. Natijahnya mungkin akan terbalas jua perbuatan bacul manusia-manusia ego dan mudah lupa.

Dua hari lepas di kafetaria kawan saya bercerita tentang perbualannya dengan kawan kami si Tora - Alan mengaju tanya "apa yang mereka nak sebenarnya.." Tora dengan ayat penuh satiranya "mereka nak apa lagi, mereka nak kerajaanlah!" dan saya senyum sambil cuba membayangkan wajahnya yang selamba sambil berkata begitu. Dan saya sudah jangka yang dia pasti mewujudkan diri di tempat kejadian yang menurut orientalis RTM sedang membuat kacau dan mengganggu ketenteraman. Kawan saya itu memang ketua perusuh demonstran. Syabas kawan...


Tora... matanya sedang kepedihan - gambar dari facebook Hafiz Saiden

Ralat; petang tadi semasa bersembang di kafetaria APIUM, Alan menyebut tentang kesilapan saya di atas. Sebenarnya yang bertanya ialah Tora dan yang menjawab pula Alan. Apa yang berlaku ialah saya tersilap faham pertuturan Azlan Zainal itu. Terima kasih sudi menegur sahabat ^_^. -kemaskini pada 10.02.09

Kuingin ke sana


Juga bumi Malaya yang senasib dengannya...


satu

jika ada batu sebesar kelingking
dan lastik kubuat sendiri
rasanya ingin saja aku bidas
biar kena cermin mata
atau pecah cermin kereta
seorang manusia angkuh
yang gila kuasa dan harta
dan amat cintakan dunia


dua

jika aku ada jet pejuang sendiri
atau bala tentera sendiri
atau pakatan sendiri
akan aku rempuh mereka
dan lumat-lumat mereka
sebelum mereka merasa
pedihnya azab api neraka


tiga

tapi aku hanya manusia biasa lagi biasa
tiada kuasa tiada suara tiada istimewa
di mata manusia yang gila kuasa dan dunia
hanya mengukir stanza pada halaman percuma
meluah rasa membuku di dada
namun jika ada peluang dan ruang
jika Tuan segala Tuan mengizinkan
hantarkanlah aku ke sana
aku ingin ke sana
mengecap nikmat para syuhada'....

Khamis, Februari 05, 2009

Pantun Lompat Si YB Katak

(kalaulah ada video klip katak lompat sambil menyanyi.. ding ding ding)

Lompat si katak lompat
Lompatlah tinggi-tinggi
Lompatlah YB lompat
Lompat parti sesuka hati

Lompat si katak lompat
Lompatlah tinggi-tinggi
Lompatlah YB cepat
Tapi jaga-jaga kaki

Lompat si katak lompat
Lompatlah tinggi-tinggi
Lompatlah YB lompat
Awas masuk kandang babi

Lompat si katak lompat
Lompatlah tinggi-tinggi
Lompatlah parti lompat
Kau dah bangang apa kupeduli!

Hasmora Masnuri
Taman BUkit Angkasa, Pantai Dalam.
6.00 ptg, 05.02.09

BERJUANG BIARLAH BERPRINSIP

oleh Ustaz Nasruddin Tantawi

Melibatkan diri dengan parti dan terjun ke medan politik bukan suatu tindakan yang main - main . Rasa nak masuk kita masuk dan rasa nak keluar kita keluar . Rasa nak terjun kita terjun dan rasa nak lompat kita lompat .

Sepertilah dunia politik ini tiada tuhan yang memandang dan malaikat yang mencatat ...

Apatah lagi seorang muslim yang mempunyai aqidah , akhlak dan fikrah . Penglibatannya di medan siasah atau politik adalah sebuah perjuangan dan ia memerlukan prinsip yang jelas dan tegas .

Seorang muslim sewajarnya memiliki harga diri dan maruah yang tidak mungkin boleh ditukar dagang dengan nilai mata wang dunia . Biar berapa taruhannya , perkiraan seorang muslim tidak terhenti di muka dunia bahkan masa depannya di akhirat terlebih aula diambil kira .

Seorang politikus yang beragama Islam tidak boleh membebaskan diri dari hukum taklifi yang membabitkan dosa dan pahala atau syurga dan neraka . Biarpun dimercu kuasa dan pengaruh , taqwa dan wara' mestilah senantiasa tersemat dijiwanya .

Justeru seorang muslim yang taat menjadikan politik sebagai landasan untuk mendaulatkan syariat dan meninggikan syiar agama Allah swt ini .

Sekali - kali mereka tidak membenarkan diri mereka menjadi kuda tunggangan para banjingan politik yang tidak bermoral dan beretika . Apalagi nilai diri dan harga maruah mereka hanya dijual semurah pil kuda dipasaran gelap .

Inilah kekotoran sebuah politik kotor yang tidak berpaksi kepada akhlak dan etika dan bertunjangkan prinsip perjuangan .

Ahli Politik sekelian !

Kalau kita berpolitik biarlah politik itu membina perjuangan dan apabila kita berjuang biarlah berprinsip tanpa syarat .

Tentu sahaja penglibatan kita bersama perjuangan ini untuk meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia lebih tinggi mengatasi ideologi ciptaan manusia , justeru itu tanggungjawab kita sebagai seorang hamba Allah swt . Lantaran itu kita mesti sabar mendepani pelbagai cabaran dan mesti pula tabah menyerap tekanan .

Kalau kita tidak berani dan tidak pula bersedia maka usahlah kita berjuang . Sebaiknya tunggu sahaja keputusan dari Allah swt .

Komen saya - Profesor politik UiTM dua malam suda ada mengatakan dalam wacana kendalian Prof Agus, "saya tidak hormat juga ustaz, kalau ustaz tu tak ada prinsip". Jadi Bagaimana kalau ahli politik tidak berprinsip? Maka perkataan yang lebih layak kepada mereka ini ialah - Wahai politikus-politikus mungkus, babi lebih bermaruah dari anda kerana babi tidak pernah bersalah dalam isu-isu babi yang pernah dibangkitkan. Kambing pun lebih bagus dari anda kerana mereka selalu berzikir kepada Allah Taala. Kambing hanya reti makan rumput minum air dan mengembek. Anda ahli politik pandai bercakap tapi anda pandai melantunkan retorik-retorik plastik, pandai makan rasuah dan mungkir kata-janji-prinsip anda. Alah... kalau dah musyrik dan munafik, kata apapun pada mereka ni tak guna, memang golongan laknatullah... Wahai ahli politik sekalian.. anda sedang bermain di dunia.. esok anda lihatlah permainan ulangtayangnya.. agak-agak ke syurga ke neraka..

nota bawah sekali - gambar kerattampal dari Berita Hairan.

Isnin, Februari 02, 2009

Malam Puisi Di Bawah Langit Gaza

Ramai sungguh hadirin pada malam tadi di Rumah Pena. Maklumlah rancangan besar. Mas Zakir masuk TV3 ajak rakyat Malaysia menyaksikan di bawah langit gaza. Wah ramainya tak terhingga. Untuk program sastera memang sudah cukup ramai. Sama seperti diskusi karya mantan MPR, Rahimidin Z pun jadi hairan kenapa tiba-tiba ramai orang datang. Biasanya dua puluh orang sudah ramai bangat. Wah... lewahnya ramai.

Agak lewat saya mampir. Maklumlah pergi pameran ATM dulu. Balik lewat. Siap mandi pakai baju solat empat rakaat, sang Teruna Zakir menelefon-di mana anda saudara Hasmora? Wah saudara... anda orang kedua memanggil saya Hasmora dalam telefon selepas Cikgu Zamzuri (cikgu dia sekarang). Wah... terkial-kial saya rempit motor malam tadi. Masakan tidak, termakan langsat untuk kesekian kalinya.

Maka saya pun hanyalah ingin menukilkan sebuah puisi sebagai pandangan saya terhadap Di Bawah Langit Gaza.


Interpretasi Sebuah Malam Puisi


Ramainya yang datang menyaksikan
ramainya juga memakai selempang
wah semangatnya anda saudara,tapi...
adakah anda berdoa setiap malam
agar Gaza mengecap keharmonian.

Puisi-puisi melantun dari dada penyair
hatiku meruntun cair
oh kuharap ini bukan sekadar retorik indah
yang akhirnya hanyut di bawa angin malam
dimamah oleh gundah hati kelam.

Kumampir ke Teratak Pena kali ini
bukanlah pemandangan begini yang kuharap
tapi apakan daya yang mampu kubuat
memang begini pemandangan dunia kini
dedah sana dedah sini
kalau boleh hendak ditunjuk semua barangkali
wah... di mana-mana pun kini
orang Melayu pun suka pakai macam yahudi!

Aku bukan penyair malam puisi ini
maafkan aku andai ada stanza menghiris hati
inilah bicara hati Hasmora Masnuri
sesungguhnya kita usah hanya marahkan yahudi
tetapi lihatlah dalam diri sendiri
yang mengalir dalam darah dan denyut nadi
adakah ada racun-racun duniawi
ideologi-ideologi propaganda yahudi.



Hasbullah Haji Mohamed Abdul Rahman al-Masnuri
Taman Bukit Angkasa
Pantai Dalam.


Antara yang menjayakan majlis


Pak Sutung Umar RS dan Pak Arbak Othman

sasterawan muda sdr Zarif dan sdr Saifullizan

Bersama Ustaz Nazmi


Tandatangan pada banner Rakan Muda - sign arab-jawi tuh


Sdr Nasriah juga sudi menandatangannya

Yang ni Zarif gelak sakan pabila saya tunjuk... mulanya Zarif kata "sharp la kamera dia" saya pergi jenguk kamera apa... Sony... wah kamera baru tu... eh.. masih ada tanda harga.. eh.. agak2 la kak... sabar je la ana... huhu

Suatu Senja Di Dataran Merdeka


Seriau saya tengok anak-anak remaja, tak kurang juga budak-budak dewasa bermain-main senjata. Merewang sini sana. Hala ikut suka. Kalau masa saya kadet dulu mesti dah kena lempang dgn jurulatih. Tapi sebab hanya sebuah pameran maka perkara-perkara itu tidak dikisahkan.

Banyak senjata yang tak pernah saya tengok. Sempat juga bergaya dengan senjata sniper. Siap kawan tu pakaikan baju penyamaran lagi. Wah... tinggal angan-angan la saya nak jadi sniper. Ustaz Askar Watanabe mana ada masa nak masuk askar tetap. Kursus asas tiga bulan. Kemudian ada kursus susulan kemudian ada lagi kursus tambahan. Huh... kerjanya nak tembak orang. Nak?

Pusing-pusing keliling akhirnya inilah kenangan yang sempat diabadikan.


Bersama Adnan...



wah... ramainya manusia..


Lias kata muka aku sebijik dengan muka rimau ni... sebenarnya rimau ni yang serupa muka aku



Bersama Nicholas Cage.. nape tak percaya?...



Encik Alias... Agro Manager Jazmeen


Agak-agak bila kadet UM nak guna alat semboyan macam ni... ah mimpilah...


Hah... nampak dah.. spek Lias.. yeah.. hilang spek la dia jap g..haha


Adnan nak pulang... bye...


Kebenaran pulang Tuan! ya silakan.. silakan...

Sedang kita asyik dan seronok pasal boleh tengok senjata-senjata canggih-manggih, tidakkah terasa yahudi laknatullah menyembelih saudara mara kita di Gaza dengan senjata-senjata sebegini. Bahkan mungkin sepuluh tahun lebih canggih teknologinya. Senjata depa tu sebab nak uji kehebatannya. Maklumlah, Amerika nak jual.

Myblogloglaq