Sabtu, Februari 21, 2009

Ada lagi Yang Tak Faham

Ada lagi yang tak faham beza antara PPSMI dan BI. Entah apalah orang kita. Mahasiswa sendiri masih keliru tentang perbezaan ini. Ini adalah teguran terbuka kepada sesiapa sahaja. Cuma kekeliruan salah seorang dalam ramai-ramai itulah yang menggerakkan jari saya menulis tentang PPSMI kali ini.

Tengahari tadi selepas sesi pertama Seminar Dinar Emas 2009 anjuran PMKUM saya berbual dengan beberapa orang adik-adik junior. Saya cerita tentang refleksi saya pada pembentangan oleh ahli panel. Saya cerita saya lebih suka mendengar Prof Kameel Mydin yang berbicara dalam bahasa inggeris dan hanya sedikit bahasa Melayu. Saya lebih suka dan tidak mengantuk mendengarnya berbanding ketika masa Hajah Nik Mahani yang pada pandangan saya gagal mencelikkan mata saya dan orang sebelah lebih lama. Beliau berbahasa Melayu dan tayangannya dalam bahasa Melayu. Cuma sedikit terkilan banyak kesalahan ejaan. Saya tidak kisah sangat hal tulisan itu sebab beliaupun latar pendidikan di United Kingdom. Yang penting saya dan semua orang berbangga ada wanita yang bangkit memperjuangkan Dinar Emas di mana kerajaan Malaysia sendiri memandang sebelah mata pada perlaksanaan Dinar Emas yang mampu menjadi pembunuh ekonomi yahudi laknatullah.

Apa yang ingin saya fokuskan di sini sebenarnya salah faham junior saya itu. Katanya saya penyokong PPSMI.. Alahai... Menyukai bahasa Inggeris adalah sejak sekolah rendah lagi. Cuma masih gagal berbicara dengan baik sebab tidak diamalkan setiap hari. Tapi sekarang dah banyak saya bercakap Inggeris terutama dengan dua orang murid tuesyen saya yang satu berumur 5 tahun dan satu lagi darjah dua. Ada seorang lagi, tapi dia fasih berbahasa Melayu, jadi tidak guna Inggeris . Dan sebenarnya ini juga yang saya bimbangkan dengan kedaulatan bahasa ibunda saya apabila anak-anak hingusan ini lebih fasih berbahasa Inggeris berbanding bahasa ibu bapanya sendiri. Yang salahnya ibubapanyalah!

Lalu saya terangkan pada adik junior saya itu dengan penuh rasa kasihan. Saya suka bahasa Inggeris tidak bermakna saya sokong PPSMI. PPSMI ialah akronim Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan penentangannya oleh ahli akademik yang terdiri daripada profesor dan pejuang bahasa yang majoritinya para penulis ternama ada asas kerelevanannya. Anti-PPSMI bukan pula anti bahasa Inggeris! Malah apa yang kita ingin adalah memperkasakan bahasa Inggeris sebagai bahasa yang diakui oleh dunia sebagai bahasa komunikasi global. Lalu perlaksanaan PPSMI sebenarnya telah mengerdilkan kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa yang selama ini mampu menjadi bahasa ilmu. Walauapajuapun bidang ilmu itu.

Bahasa itu ialah lung yang menghasilkan bunyi language dan lung itu ialah jiwa. Maka mendalami ilmu dengan bahasa sendiri lebih dekat dengan jiwa dan mudah meghayati ilmu itu terutama yang susah seperti sains dan matematik.

Bahasa itu jiwa bangsa. Itulah yang diomongkan kebanyakan kita. Tapi caknakah kita akan kelangsungan kedaulatannya? Bahasa itu melambangkan bangsa. Bahasa ibunda seharusnya kita bangga. Bahasa jika dilacurkan oleh pejuang bangsanya, maka tunggulah saat binasa jiwa bangsa generasi seterusnya yang akhirnya memilih untuk senasib dengan etnik-etnik di Afrika, lupus pupus bahasa bangsa sendiri dek kerana mengagungkan bahasa inggeris yang menjajah bukan hanya negara, bahkan seluruh jiwa raga dan sukma nurani mereka!

3 ulasan:

Zarif Hassan berkata...

salam Hasmora,

Bukan mereka tak faham..tapi cuba hati dah gelap tu..

Allah berfirman dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 7
"Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan merekatelah tertutup, dan merka akan mendapat azab yang berat"

Nyata bukan??

Unknown berkata...

Salam ziarah,
Thanks, join seminar dinar emas PMKUM baru-baru ni.. :)

Nak tanya, sume puisi-puisi dlm page ni ilham ustaz sendiri ke?
cane nk dapat ilham sebegitu rupa?

TAHNIAH semoga lebih suksesss di
masa sekatang dan hadapan..
insyaAllah

Hasmora berkata...

Sdr Zarif, maaf baru perasan komen ni.. anda memang jejaka bitara tuan :)

Syu, sama-sama.. ya benar.begitulah kiranya. tidaklah begitu hebat puisi saya ni, biasa saja.. jika sdari rasa dan menjiwai, ini kerana saya bukan mengedit tulisan mahupun berita, ia lahir dari jiwarasa, syair itu perkataan arab maknanya perasaan, alhamdulillah Allah berikan ilham untuk berkarya dan menyiar-nyebarkan sepatutnya..

Myblogloglaq