Sabtu, Jun 06, 2015

GEMPA BUMI DI SABAH

Catatan 2/2015
6 Jun 2015/Sabtu

 Kelmarin, 5 Jun berasamaan Jumaat kami di Kota Belud dan serata negeri Sabah digegarkan gempa bumi kecil. Rata-rata kawan bercerita suasana panic masing-masing. Dalam whatsapp apatah lagi, dalam semua group yang ada cerita pengalaman masing-masing. Apa yang rugi, masa tu aku tidur! Aduhai ….

Gegaran beberapa saat mengubah banyak keadaan terutama yang terdekat dengan gunung kinabalu, Ranau. Ada bangunan yang rosak, pecah. Bahkan kabarnya ada struktur gunung di puncak yang patah, telinga keldai katanya.

 Kata seorang kawan, gunung Kinabalu dah mula aktif tahun lepas. Dikuatkan berita ini apabila orang menyaksikan ada asap yang keluar dsari sebuah tempat. Gegaran susulan pula berlaku sekejap-sekejap selepas itu, tengahri dan malam.

 Saya menyampaikan khutbah jumaat sempena gempa bumi ini, menggunakan teks yang dikongsi sahabat dalam whatsapp. Dan sempat juga berselfi selepas khutbah, alang-alang sudah buka telefon. Harap tiada orang berburuk sangka, lagipun selfi sekarang bukanlah sesuatu yang luarbiasa.

Semoga semua rakyat Malaysia mengambil iktibar daripada peristiwa ini. Ya, memang ada manusia menjadi terlebih bodoh kerana mengejek dan mengutuk orang Sabah kerana peristiwa ini. Kesian, bala Allah untuk semua manusia supaya mengambil pengajaran, bukan sebagai modal untuk membahan dan memperkecilkan.

Jumaat, Jun 05, 2015

catatan 1/2015

Catatan 1/2015
4 Jun/Khamis

Sudah 2.15 pagi tapi kantuk beredar dariku. Lalu kuputuskan untuk mengetik computer mencatat kisah ini.

1.       Sesudah subuh pagi ini selepas berdoa selepas wirid ringkas, kukemas beberapa kertas ke atas meja, ketemukan kad undangan perkahwinan teman serumahsewaku dulu, Khalil Zawawi yang berkahwin pada 4 Jun 2011, kerana telefon masih dicas aku tangguhkan untuk snap sekeping gambar yang kucadang untuk kongsi di facebook. Tapi kerana kesibukan yang tak dirancang aku gagal membuat demikian.
2.       Kerana pentadbir sudah mencariku kerana kelas tambahan ‘projek cemerlang’ PT3 hadapi masalah kerana guru yang terlibat semua pulang bercuti di semenanjung, maka terpaksalah aku memikul tanggungjawab ini walaupun rancanganku untuk ke Kota Kinabalu tergendala. Menurut kata yang terlibat mereka tidak tahu menahu tentang kelas tambahan waktu cuti kerana tidak dimaklumkan tentang jadual. Aku lagikan tidak tahu kerana aku tidak terlibat secara langsung dengan PT3. 3 orang guru utama pun tidak tahu, masakan aku. Maka yang mana ada membantu rakan yang pulang sedaya upaya yang ada. Apa yang aku kecewakan dengan kelas projek cemerlang ini adalah penglibatan murid, masakan mahu cemerlang jika dating tadah telinga saja. Jenuh suruh buka buku dan tulis dia buat macam lembu kenyang. Nak denda salah, tak denda jadi masalah. Ketika beginilah saya terkenangkan pemimpin yang buat dasar paling bijaksana atas mukabumi ini.
3.       Sebetulnya hari ini bertembung dan berkumpul aktiviti yang perlukan komitmen aku. Daurah dan ziarah oleh Tuan Guru Baba Eil Sepanjang di Pondok Tamau tidaklah dapat aku sertai. Pagi-pagi sesudah subuh Cikgu Hamzah selaku Timbalan Mudir menelefonku supaya menjadi wakil beliau yang ke Kota Kinabalu ada urusan di hospital, dan Mudir yang umrah sudah 4 hari. Aku Cuma AJK biasa. Kerana masih ada setiausaha yang petah bicaranya maka aku cadangkan dia sahaja. Alhamdulillah, Allah Maha Tahu betapa aku rasa lega. Gementar sebenarnya berbicara di hadapan Tuan guru.
4.       Sesudah kelas tambahan sebenarnya akum ahu terus ke Kota Kinabalu. Isteri sudah wasap – setia menunggu. Anak sudah dihantar pagi buta ke rumah pengasuh. Tiba-tiba dapat panggilan entah siapa, nak beli parang, saya dari Nabawan! Terkesima, terpinga-pinga, tertanya-tanya, bagaimana? Aduhai, cabaran sungguh hari ni. Kalau takda, takda langsung, tenang sampai ke malam. Coobaaannnn. Layanlah tetamu tak diundang, tak berjanji dan tiba-tiba datang. Masalahnya Cuma, hari khamis ni di mana mahu cari parang! Kalau nak banyak hari ahad, di Tamu Mingguan. Kuubawa juga ke rumah tukang berasama kawan Ust Safwan dengan harapan adalah stok, tetapi nyata tiada juga. Maka pulanglah tetamu mencari parang tanpa parang. Maaflah tuan, tiada rezekimu.
5.       Sesudah zohor bergeraklah hamba ke destinasi tujuan, Kota Kinabalu. Bini lapar, maka carrilah tempat makan. Pesan nasi ayam penyet, bini ayam grill apa entah. Tempat makan standard maka mahallah sikit. Bini pesan cendol. Nasi bini mungkin sedap sebab tak komplen. Tapi nasi ayam penyet aku tawar, rempah pun tak rasa. Sedap lagi ayam goring kunyit aku buat. Nama saja gerai Indonesia, maknanya kepakaran mereka adalah makanan Indonesia. Cendol bini pulak gagal juga. Dengan harganya RM 6.20 tetapi bukan guna santan tapi susu tepung! Gula manisannya sikit saja, kata orang kampong saya tawar heber! Lain kali tak payah datang kedai yang tidak ikhlas ini. Mahu untung tapi kualiti tidak diutamakan.
6.       Selepas makan maka singgah pula masjid negeri, solat asar. Selepas asar beli-belah di wisma muis. Sesudah itu ke chirosteo – appointment treatment tulangbelakang dan sakit urat. Alhamdulillah, cara yang paling berkesan setakat ini setelah banyak kali tergeliat urat pinggan dan belakang dan terpaksa bertongkat ke sekolah.
7.       Dalam perjalanan pulang singgah pula di petronas Bakut. Sudah solat maghrib masuk kedai, beli buahtangan untuk anak, bini ambil mainan lampu. Sudah bayar hairan kenapa sampai 35 ringgit tengok barang berapa je pun. Rupanya mainan lamp utu saja 7.50 satu. Beli dua. Perghhhhh. Penangan GST kea pa nih. Beli dah bayar dah ambik je lah.
8.       Sampai di rumah malas dah nak masak, penat. Layan Forum Perdana Ehwal Islam, best malam ni Ust Dr Izhar dan Ust Nik   yang suaranya garau parau macam suara aku dengan penuh berani dan bertanggungjawab menjelaskan tanggungjawab umat Islam dalam bercakap jangan ikut sedap mulut pedal. Soalan dari facebook agak terganggu sedikit kerana liberalnya terlalu kuat, hudud bukan dari alquran katanya, astaghfirullahal azim.


Jadi, itulah sahaja catatan untuk kali pertama tahun ini sebagai mengubati sepi blog yang sudah lama bersawang ini. insyaAllah cuba menulis dengan lebih kerap kali ini sebagai latihan menulis artikel, cerpen dan sajak yang telah lesu tak bermaya.

Khamis, Februari 19, 2015

Pisang albanana

Asalamualaikum, kawan2

Perhatian:
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendeda
han kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”
����

Myblogloglaq