Khamis, Februari 05, 2009

BERJUANG BIARLAH BERPRINSIP

oleh Ustaz Nasruddin Tantawi

Melibatkan diri dengan parti dan terjun ke medan politik bukan suatu tindakan yang main - main . Rasa nak masuk kita masuk dan rasa nak keluar kita keluar . Rasa nak terjun kita terjun dan rasa nak lompat kita lompat .

Sepertilah dunia politik ini tiada tuhan yang memandang dan malaikat yang mencatat ...

Apatah lagi seorang muslim yang mempunyai aqidah , akhlak dan fikrah . Penglibatannya di medan siasah atau politik adalah sebuah perjuangan dan ia memerlukan prinsip yang jelas dan tegas .

Seorang muslim sewajarnya memiliki harga diri dan maruah yang tidak mungkin boleh ditukar dagang dengan nilai mata wang dunia . Biar berapa taruhannya , perkiraan seorang muslim tidak terhenti di muka dunia bahkan masa depannya di akhirat terlebih aula diambil kira .

Seorang politikus yang beragama Islam tidak boleh membebaskan diri dari hukum taklifi yang membabitkan dosa dan pahala atau syurga dan neraka . Biarpun dimercu kuasa dan pengaruh , taqwa dan wara' mestilah senantiasa tersemat dijiwanya .

Justeru seorang muslim yang taat menjadikan politik sebagai landasan untuk mendaulatkan syariat dan meninggikan syiar agama Allah swt ini .

Sekali - kali mereka tidak membenarkan diri mereka menjadi kuda tunggangan para banjingan politik yang tidak bermoral dan beretika . Apalagi nilai diri dan harga maruah mereka hanya dijual semurah pil kuda dipasaran gelap .

Inilah kekotoran sebuah politik kotor yang tidak berpaksi kepada akhlak dan etika dan bertunjangkan prinsip perjuangan .

Ahli Politik sekelian !

Kalau kita berpolitik biarlah politik itu membina perjuangan dan apabila kita berjuang biarlah berprinsip tanpa syarat .

Tentu sahaja penglibatan kita bersama perjuangan ini untuk meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia lebih tinggi mengatasi ideologi ciptaan manusia , justeru itu tanggungjawab kita sebagai seorang hamba Allah swt . Lantaran itu kita mesti sabar mendepani pelbagai cabaran dan mesti pula tabah menyerap tekanan .

Kalau kita tidak berani dan tidak pula bersedia maka usahlah kita berjuang . Sebaiknya tunggu sahaja keputusan dari Allah swt .

Komen saya - Profesor politik UiTM dua malam suda ada mengatakan dalam wacana kendalian Prof Agus, "saya tidak hormat juga ustaz, kalau ustaz tu tak ada prinsip". Jadi Bagaimana kalau ahli politik tidak berprinsip? Maka perkataan yang lebih layak kepada mereka ini ialah - Wahai politikus-politikus mungkus, babi lebih bermaruah dari anda kerana babi tidak pernah bersalah dalam isu-isu babi yang pernah dibangkitkan. Kambing pun lebih bagus dari anda kerana mereka selalu berzikir kepada Allah Taala. Kambing hanya reti makan rumput minum air dan mengembek. Anda ahli politik pandai bercakap tapi anda pandai melantunkan retorik-retorik plastik, pandai makan rasuah dan mungkir kata-janji-prinsip anda. Alah... kalau dah musyrik dan munafik, kata apapun pada mereka ni tak guna, memang golongan laknatullah... Wahai ahli politik sekalian.. anda sedang bermain di dunia.. esok anda lihatlah permainan ulangtayangnya.. agak-agak ke syurga ke neraka..

nota bawah sekali - gambar kerattampal dari Berita Hairan.

Tiada ulasan:

Myblogloglaq