Sabtu, Januari 31, 2009

Bukanlah kupinta

Petang tadi, saya ke kedai sayur. Beli daun limau purut. Kalau di kampung harus dapat percuma di pohon sendiri. Seorang lelaki yang masih budak turut datang membeli, seekor ikan. Tutur bicara budak ini dengan penjual seakan senada. Tukang jual bukan rakyat Malaysia. Tak cerah macam saya juga. Tapi rasanya saya taklah segelap dia. Rasa sayalah. Harga seekor ikan itu RM 10.50. Budak tu hanya bawa RM10 sahaja. Budak tu minta diskaunlah kononnya. Langsung tidak dipertimbangkan. Entah apa bakhilnya manusia. Bicara berpanjangan, penjual bertanya bosnya. Bos pun tak bagi muka. Daun limau purut saya 50 sen dan saya hulurkan seringgit. Saya pun kata pada penjual - saya bayar 50 sen dia. Budak tu langsung tak tengok pun muka saya apatah lagi mengucapkan terima kasih lalu meninggalkan saya dan kedai itu begitu sahaja. Bukanlah saya minta diterima kasih, tapi sudah adab pabila orang berbudi kita berbahasa. Nampaknya masyarakat kita bukan sahaja semakin miskin bahasa malah budi juga. Kasihannya budak tu. Entah bagaimanalah ibu bapa yang mendidik dan mengasuhnya. Aduhai... maaaaasyarakat....

2 ulasan:

Zarif Hassan berkata...

Tuan Hasmora,
Kasihan sungguh anak muda itu. barangkali 50 sen itu tak berharga bagi dia. ada baiknya belikan jer ikan satu tong kemudian bungkus buat hadiah hari jadinya.Mungkin masa itu baru dia pandang, tapi itu pun mungkin hanya sekilas sahaja.

Hasmora berkata...

Encik Zarif,
Ketika kerajaan kita berbangga dgn sistem pendidikan yg dianggap berjaya melahirkan modal insan nan unggul, apakah mereka tdk meneliti betapa ramainya tunggul turut dihasilkan. Ketika bahasa diperjudikan tdkkah disedari budi jua akan digadaikan.. Wah.. dunia ini memang menghampiri masa penamatnya apabila baik dilihat jahat, kejam dipanggil adil dan bodoh dikatakan cerdik. Apa jenis manusia yg sepatutnya melihat dgn mata tradisi sendiri ttp mengguna kacamata propaganda yahudi?

Myblogloglaq