Sabtu, Mac 29, 2008

Masih Mencari - Sharlinie




SHARLINIE OH SHARLINIE

Sharlinie oh Sharlinie
Dimanakah kau kini
Segenap pelusuk puas dicari
Masih belum jua ditemui.

Sharlinie oh Sharlinie
Selepas Nurin Jazlin ditangisi
Kehilanganmu pula dibimbangi
Entah siapa manusia tiada hati
Manusia manakah tiada sifat insani
Engkau yang comel pula dizalimi.

Sharlinie oh Sharlinie
Bapamu rindu pada senyummu
Ibumu kempunan telatah lucu
Adikmu hilang kakak yang membantu
Kami kehilangan adik yang pemalu.

Sharlinie oh Sharlinie
Semoga engkau selamat adik
Dari manusia yang menculik
Pulang dalam keadaan baik.

Sharlinie oh Sharlinie
Engkaulah ratu hati kami kini
Kerana wajahmu bermain di dalam mimpi
Setiap anak Malaysia yang membimbangi
Kepulanganmu sentiasa kami nanti
Kerana senyumanmu akan mengubati
Jantung hati yang resah ini.

HASMORA MASNURI
Kolej Dayasari, UMKL.
30 Januari 2008.

Farsyit Turab - Dust Is My Bed - Hamparan Tanah

Farshi Al Turab - Dust is my bedcompiled by Mutma'inaa[06/04/2005]
Meshary Al arada’s 'farshi al turab'
فرشي التراب يضمني وهو غطائي
حولي الرمال تلفني بل من ورائي
واللحد يحكي ظلمة فيها ابتلائي
والنور خط كتابه أنسى لقائي

والأهل اين حنانهم باعوا وفائي
والصحب اين جموعهم تركوا اخائي
والمال اين هناءه صار ورائي
والاسم اين بريقه بين الثناءِ
هذي نهاية حالي فرشي الترابِ

والحب ودّع شوقه وبكى رثائي
والدمع جف مسيره بعد البكاء
والكون ضاق بوسعه ضاقت فضائي
فاللحد صار بجثتي أرضي سمائي
هذي نهاية حالي فرشي الترابِ

والخوف يملأ غربتي والحزن دائي
أرجو الثبات وإنه قسما دوائي
والرب أدعو مخلصا أنت رجائي
أبغي إلهي جنتك فيها هنائي
Dust is my bed, embraces me and it’s my cover now
The sand surrounds me even behind my back
And the grave tells a dankness of my affliction
And the brightness draws a line……………
Where is my family’s love? They sold my loyalty!
And where is my group of friends? They left my brotherhood!
Where is the bliss of money? It’s behind my back now
And my name (reputation) where is it shine between praises
This is my end and this is my bed
And love farewells its longing and my elegizing cried
And the tears went dry after crying
And the universe became narrow and so is my space
And the grave became my ground and sky
This is my end and this is my bed
Fear fills my estrangement and sadness is my illness
I expect firmness and I swear it’s my cure
And for Allah i pray faithfully, you are my hope
Allah! I desire heaven, to find bliss in it
And for Allah i pray faithfully, you are my hope
Allah! I desire heaven, to find bliss in it.

Tersusun Indah

Lirik lagu ini jika tidak silap adalah lagu yang dipertandingkan tapi pertandingan apa tak tahu pulak. Di file lagu hanya tertulis tersusun Indah, Juara UM... mungkin lagu ini pernah dipertanding tak lama dulu di luar UM, mungkin MAKUM atrau Dikir anjuran HAK (Himpunan Anak Kelantan USM).

Mungkin terdapat kesilapan dalam penyalinan lirik ini kerana ada yang kedengaran tidak jelas

Tersusun Indah

Tersusun indah kata berbunga
Seribu janji lembut bicara
Madu yang manis jadi tergoda
Musnahlah diri angkara cinta.

Dalam berkasih banyak terjadi
Hancur terluka merosak diri
Cinta nan hampa kasih menyepi
Ibarat padi tidak berisi.

Kalaulah hati sudah tergoda
Mudahlah nanti engkau dilupa
Mintalah nanti bersandiwara
Serupa gembira dalam derita.

Kawallah diri muda dan mudi
Jangan selalu lupakan diri
Intan dan kaca nilai berhati
Agar tak silap di kemudian hari.

Kata nasihat ibu dan bapa
Buat azimat amat berharga
Janganlah sesat di alam nyata
Langkah tersilap ke jurang bahaya.

Belum terima buat kajian
Kata yang nista penuh kelembutan
Matilah ikan kerana umpan
Racun berbisa sebalik manisan.

Jumaat, Mac 28, 2008

Memilih Ranting


Dalam perjalanan menuju taman idaman
Aku masih tidak tahu
Adakah aku akan tiba
Ke destinasi yang kutuju
Kerana semua itu ketentuan
Tuhan yang maha tahu.

Dalam perjalanan ke firdausi
Terlalu banyak ranting-ranting
Sehingga sukar kupilih
Untuk kujadikan tongkat
Menyokong kedudukan tubuh
Tatkala mendaki bukit
Ketika menuruni curam
Denai hidup penuh liku.

Hanya kumohon kepadaNya
Berikan aku kekuatan
Dalam membuat keputusan
Dilema yang menyukarkan ini.

Hasbullah Haji Mohamed
Kula Lumpur.

Rabu, Mac 26, 2008

PERPADUAN TERAS NEGARA CEMERLANG

Ini adalah lirik dikir yang saya bawa (sebagai juara @ jogho) mewkili kolej kelima dalam pertandingan akhir Feseni '08 pada 19 Januari 2008 dan peroleh tempat kedua dari empat kumpulan bertanding. (ini adalah entri pertama tentang dikir barat-selepas ini akan menyusul posting lain tentang dikir barat, insyaAllah)

Bersatu teguh tingkat keupayaan
Bercerai roboh negarakan kecundang
Muafakat yang kukuh erat perpaduan
Demi menempuh pelbagai cabaran.

Negara kita pelbagai agama
Berbilang bangsa juga budaya
Hidup sentosa adil saksama
Negara aman makmur dan bahagia.

Jiran tetangga hidup harmoni
Janganlah ada dengki irihati
Menjadi adat hidup manusiawi
Kenalah saling hormat menghormati.

Hapuskan semua virus perkauman
Suburkan semula benih perpaduan
Agar membentuk masyarakat penyayang
Ke arah cemerlang gemilang dan terbilang.

HASMORA MASNURI DAN mahrajo SERAMO

Kuucapkan: Aku Cinta PadaMu

Dedikasi kepada Kekasih Semua Mujahid Senja dan pencinta Baginda saw (adakah anda juga?)

Engkau kekasih Yang Maha Pencipta
tetapi kau paling merasa diri hamba
menghina diri di hadapanNya.

Engkau dicintai para sahabat
sehingga mereka sanggup berkorban
masa, keluarga, harta, jiwa dan nyawa
siapalah aku dibanding mereka
aku hanya ummat penuh dosa
seringkali lupa dan alpa
aku ini jua hanya hamba.

Ingin sekali mengoreksi diri
ingin sekali menitis airmata keinsafan
meski kelam zulumat hati ini
dikuasai nafsu amarah
yang kini semakin parah.

Hanya kumohon pada Allah
jadikan aku seperti Abu Bakar
seperti Umar yang gagah
seperti Ali yang berani
seperti Hamzah yang tidak gentar
seperti Bilal dan semua sahabat
yang mencintaimu murabbi
lebih dari nyawa mereka sendiri.

Dulu, kini dan selamanya
izinkan kuucapkan padamu kekasih Allah
Aku Cinta Padamu.

Hasbullah Mohamed Rahman al-Masnuri
Kolej Dayasari, Uni.Malaya
202315H Mac 2008 bersamaan 12 Rabi'ul Awwal

Rabu, Mac 19, 2008

Pemergian Permata Ilmuan Islam

Belasungkawa Tok Guru Hj Loh Lubok Tapah yg telah pergi meninggalkan kita pada hening pagi 7.15 19 Mac 2008 bersamaan 11 Rabi'ul Awwal 1428 H (hari ini). Anak beliau iaitu Dr. Luqman (pensyarah APIUM -Fiqh Mawaris-yang saya belajar dgn beliau semester ini ) nampaknya mungkin akan mewarisi jawatan dan peranan ayahanda beliau. Al-Fatihah kpd Tok Guru Hj Loh LubukTapah. Pemergian beliau adalah satu kehilangan yang pasti berganti, insyaAllah...

Isnin, Mac 17, 2008

Belasungkawa PRMQ

Saya bagi pihak Pegawai Kadet Senior Intake 27 PALAPES UM Darat dengan ini mengucapkan takziah kepada PRMQ Wan Abdul Rahman di atas pemergian bondanya yang tercinta ke rahmatullah pada malam sabtu 14 Mac 2008 yang lalu. Semoga beliau terus tabah atas kehilangan insan tercinta. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh arwah bonda beliau. Al-Fatihah.

Sabtu, Mac 08, 2008

Aku Pulang, Menyahut Seruan, Demi Perjuangan

Malam 6 Mac 2008

pertama kali melewati laluan pejalan kaki ini

Malam ini aku pulang
pulang ke negeri Kelantan
Kelantan negeriku Kerajaan Islam
Islam yang sentiasa kujulang.


Bas Transnasional yg membawaku pulang

Malam ini menyaksikanku pulang
pulang bersama kawan-kawan
kawan-kawanku anak Kelantan
Kelantan negeri kami sayang.

Walau Kelantan aku sayang
sayang lagi aku kepada Islam
Islam datang menyelamatkan
menyelamatkan manusia dari kesesatan.

Pagi 7 Mac 2008

Jam 5.20 pagi aku tiba
tiba di stesen Kota Bharu
Kota Bharu aku sentiasa rindu
rindu lagi kepada tercinta, ibuku.

Guru lamaku datang menjemput
menjemput anaknya yang pulang bersama
bersamanya juga ku pergi Stadium
stadium tempat munajat Tok Guru.


Lautan manusia di Stadium Muhammad IV - Munajat Perdana

Satu stadium (+) munajat dan solat subuh
Subuh bersama rakyat-rakyat Kelantan
rakyat Kelantan yang cintakan Tuk Guru
Tuk Guru yang sentiasa aku rindu.


terpaksa solat hajat di tempat duduk lantaran tak muat (betapa ramai)

usai munajat dan solat subuh berjemaah
berjemaah aku pulang dengan cikgu Mat Husin
Cikgu Mat Husin mengajarku sekolah rendah dulu
sekolah rendah dulu dia gelarkan aku 'Botak'.


Ibuku bersama cucunya

aku pulang dan bertemu ibu
ibu yang kucinta dan kurindu
rindu terubat jua setelah bertemu
bertemunya mengubat sendu di jiwaku.

8 Mac 2008

Hari ini hari mengundi
mengundi aku di sekolah lama
sekolah lamaku sudah banyak berubah
berubah sehingga kehilangan padang.

Mengimbau aku kenangan lama
kenangan lama aku darjah lima
darjah lima bersama Fadzil
Fadzil memeluk pohon pinang.

Sambil memeluk pohon pinang
berkata Fadzil pada pohon pinang
"hei pohon pinang, kenapa aku bodoh sangat?"
tanpa ada rasa marah kepada cikgu


Pohon pinang yang pernah dipeluk Padil

Tidak jauh dari pohon pinang
bersimpuh aku dengan kasut hitam
kerana kesilapan yang sama
gagal menjawab soalan matematik.

Sambil merenung sang kasut hitam
berkata juga aku seperti kawanku Fadzil
"hei kasut, kenapa aku bodoh sangat?"
tanpa ada rasa marah, kepada Cikgu Mat Yaakob.

Kini aku kembali ke darjah nostalgia ini
datang untuk memangkah undi
menentukan siapa yang menduduki kerusi
mewakili kami dengan penuh amanah.

Sungguh aku terharu + bangga melihat
Sang Tua Pikun berkerusi roda masih bersemangat
datang menunaikan tanggungjawabnya
sedangkan ramai sang muda gagal melaksanakannya


Ismail melaksanakan tanggungjawab sebagai orang muda


Aku pulang kerana menanggap ini kewajipan
kewajipan yang akan dipersoalkan
dipersoalkan di akhirat kelak
akhirat kelak di hadapan Tuhan.

Kuala Lumpur - Kota Bharu

Isnin, Mac 03, 2008

kenapa saya malu....ish...

Photobucket

anda boleh memberi penilaian sendiri
saya tidak akan mempengaruhi sesiapa
jika anda boleh berbangga dengan dia
ah... tak tahu saya nak kata apa....

aku malu jadi manusia

aku bangga jadi anak Malaysia
tapi aku malu
berperdana menterikan Abdullah Badawi

aku bangga jadi anak Kelantan
tapi aku malu kalau anak Kelantan
memilih Barisan Nasional mengundi nanti

aku bangga jadi penuntut Universiti Malaya
tapi aku malu
anak uni.malaya sekarang ramai tak sedar diri.

aku bangga menjadi umat Muhammad s.a.w
tapi aku malu jadi manusia
jika tidak tahu memilih pemimpin sejati!

Teratak Dayasari
031745H Mac 2008.

Myblogloglaq