Ahad, Julai 19, 2009

Tangan penzina

Nama dia Wan. Begitu dia perkenalkan. Nama sebenar tidak dinyatakan. Tak ingin nak tahu pun. Datang saja saya dah cuak. Kenapa tidak, sedikit sebanyak ada maklumat pada siang oleh kawannya.

Saya tengah hidupkan api untuk bakar ayam. Kak Irene bersungguh mengipas. Ada perempuan di belakang lelaki bernama Wan ini. Bersolek tebal. Dalam hati saya ‘macam hantu cina je..’. Kawan saya kata cantik. Ada yang kata biasa saja. Bagi saya, cantik tapi tak indah... dan juga terlalu murahnya dia punya maruah.

Perempuan itu, dari jauh saya lihat ketika dia ke arah kami sedang mula barbeku; jalan semacam. Saya mula mentafsir dalam hati – kuat kena dia ni. Saya mulanya tidak tahu siapa mereka berdua. Sehinggalah mereka merapati kami dan yang lelaki menghulurkan tangan bersalam – Wan. Sebelum tu dia bersalam dengan kawan saya. Yang merupakan kawan dia. Dan saya, selama-lamanya tidak ingin berkawan dengan manusia seperti ini.

Katanya, dia dapat sewa bilik hotel dari ‘ulat’. Dan hanya setelah pagi esoknya baru tahu, biliknya di jalur bilik apartment kami, ketika perempuannya itu keluar di balkoni dan angkat tangan menggeliat, dengan baju kelawarnya. Mungkin juga memerhati kami berendam di pantai. Tidak lama kemudian, Wan pula keluar.. setelah sekejap tadi datang ke pantai bersama kami. Naik ke bilik sekejap katanya untuk mengajak perempuannya itu turun untuk menyertai main ‘banana bot’. Sudahnya lelaki dan perempuan itu tak turun-turun!

Telahan saya dan seorang kawan bukan sekadar firasat dan tekaan. Memang mereka pasangan haram dan melakukan perbuatan haram. Dosa besar di sisi Islam!

Saya nyatakan kesal kerana bersalam malam tadi. Kawan saya juga. Kami rasa benci. Tambah bencinya seperti kami rasa bersalah kerana dia dan kami ada kawan yang sama. Rasa bersalah kerana tidak menegur atau menasihat. Rasa begitu kerana kami orang mengaji Islam. Orang panggil kami ustaz!

Berani saya mengatakan lelaki itu penzina kerana dalam bilik yang sama dengan perempuan yang bukan isterinya. Istilah kekasih tidak menghalalkan perhubungan intim antara lelaki perempuan. Dengarnya pula lelaki ini tidak mahu mengahwini perempuan yang dibawanya tetapi perempuan yang menjadi kekasih pertamanya. Alangkah murah harga dirimu perempuan jalang yang malang. Muka saja cantik. Berjalan kengkang macam itik. Yelah, benda tu sekali kena tak cukup. Kata kawan saya – benda haram memang sedap. Ya.. sedaplah kat dunia ni. Kat dunia ni juga sebenarnya satu hari kelak, Tuhan akan balas. Pada anak-anak, yang mungkin akan jadi macam bapanya atau orang lain rosakkan anaknya.

Tengah berendam dalam air depan Bayu Beach Resort, saya rasa menyesal bersalam dengan tangan penzina. Kawan saya juga setuju dan menyatakan rasa bencinya.

Buat kawan-kawan yang bersama di sana dan membaca artikel ini, jadikanlah a pedoman tauladan. Jangan dicontohi perbuatan haram dan celaka ini. Kalau kita tak mahu orang lain rosakkan anak beranak kita, jangan kita rosakkan anak orang. Alangkah, Tuhan pun tak ingin memadang manusia yang menjerumuskan diri ke lembah perzinaan.

Jumaat, Julai 17, 2009

Catatan ketika pulang kampung laman

Saya rasa jarang saya menulis tentang kepulangan ke kampung. Kali ni saya nak tulis. Sebab saya dah lama tak tulis diari. Jadi biarlah catatan ini menjadi tatapan saya nanti.

Bas

Setelah minyak turun harga, harga tiket tetap tak turun. Malah tambang teksi pula yang naik. Saya anggap ini membantu rakyat. Ya, sangat membantu. Dalam banyak-banyak syarikat bas, saya suka bas transnasional. Entah kenapa. Tapi kerana hanya eBudaya yang menawarkan harga istimewa buat ahlinya, maka itulah pilihan paling bijak demi ekonomi yang sedang gawat. Diskaun RM 7 dari harga asalnya RM 40. Banyak tu. Kalau bas lain, tak dapeknya.

Air minuman

Ada yang menarik tentang air minuman ni. Kali ni entah kenapa senasib antara botol yang saya beli masa nak balik dan masa nak kembali ke Kuala Lumpur. Kedua-duanya hilang sebelum sempat habis. Yang pertama adalah saya minum dua tiga teguk. Tertinggal di kedai makan berdekatan Stesen Bas Kota Bharu. Yang kedua pula hilang atas bas, elok-elok pegang di tangan sebelum terlelap. Sedar-sedar dah hilang. Mana jatuh entah. Baru seteguk!

Bilik dibesarkan

Saya tahu sebelum balik lagi. Mula-mula rasa terkejut juga. Bukan saya minta tapi angin Mak, nak buat juga. Jangan disekat angin dia. Bilik tu bilik yang arwah Cik (panggilan kepada ayah saya) buat untuk saya dulu. Kecil saja. Untuk saya belajar katanya. Mak pula upgrade-kan. Mak peruntukkan tak kurang tiga ribu ringgit untuk itu. Saya kata, saya nak kahwin saya bukan duduk rumah, tak perlulah nak besarkan. Cukup kalau guna bilik lain sebagai bilik pengantin. Tapi katanya, boleh bilik tu dia nak guna besok. Ikut moklah. Oghe ikut jah...

Telaga

Air paip kerajaan masih bermasalah. Perlahan amat. Enjin air pula rosak. Yang ketiga. Entah bila nak beli yang keempat. Mak kata, nantilah dekat raya. Kembali saya guna telaga. Sedap juga cebok air dengan baldi. Lama dah tak mandi begitu. Dulu zaman kecil selalu. Sebelum ada enjin air.

Durian dan dokong

Sempat makan beberapa ulas durian. Juga beberapa biji dokong yang pecah atas pohon. Durian, ada yang beli. Ada yang kakak beri dan juga yang Makcik Parit bawak. Sebelum bergerak ke Kuala Lumpur, sempat pekena sepinggan nasi durian. Mak buat nasi durian pulak, sebab takda pulut. Menjadi juga, sebab nasi tu lembik.
......................

Hanya tiga hari di kampung. Tak dapat lama-lama. Ada banyak urusan tak selesai di kota selut ni. Tak lama lagi kena tinggalkan kota ni. Jadi sekarang menambah bejana ingatan dengan nostalgia yang lebih bermakna. Kalau ada masa, wahai warga kota – pulanglah ke kampung menjengah orang-orang tua yang makin tua. Ya, sunyinya kampung sekarang. Kawan-kawan sudah ada haluan sendiri.

Hadiah Sastera Berunsur Islam ke-12


Sekalung tahniah buat para penulis yang memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam, pagi tadi. Pemenang kategori puisi ialah Amin Minhad, kedua Fahd Razy, ketiga Aminudin Mansor dan saguhati pula Jamaludin Darus, Ahmad Sarju dan Abdullah Abd. Manaf. Kategori cerpen pula tempat pertama Nisah Haron, kedua Hafizah Iszahanid, ketiga Amiza Kusyri Yusof dan saguhati Fasal Tehrani, Serunai Faqir dan Syarifah Salha Syed Ahmad. Saya pun dapat saguhati juga tadi, dapat makan free.. haha.

Saya hadir sebagai memenuhi undangan yang sampai di peti surat minggu lalu. Kawan-kawan serumah melihat surat penuh rasa istimewa, seolah-olah saya ini undangan istimewa. Masakan tidak, macam kad jemputan VIP pun ada.

Agak janggal pula kehadiran saya kali ini ke DBP. Biasanya saya tidak pakai kopiah, hari ini pakai kopiah. Maklumlah dalam jemputan sebut pakaian kebangsaan, dan keputusan saya pakai separuh pakaian kebangsaan. Dalam PALAPES, istilahnya – half kebangsaan. Rojak pulak jadinya. Mujurlah pakar rojak orang nombor satu. Ehem, maaf kalau berlebihan. Huhu.

Saya mula-mula duduk dekat Encik Salleh, salah seorang orang kuat dan besar DBP. Maaf ye Encik Salleh. Hehe. Duduk tak sempat nak sedap duduk Ustaz Azman al-Kurauwi pulak cuit, pergilah saya duduk dekat dia. Saya intai-intai hadirin, wah.. saya seorang yang pakai kopiah putih. Pak Haji tu tak ada la pulak kali ni. Selalunya kalau program sastera dia ada. kali ni tak da pula. Ustazah Lina dua minggu lepas ada berceloteh tatkala saya pakai kopiah putih ke sekolah tika program bina insan tingkatan 5. Maksudnya dalam-dalam, ye lah.. orang selalu buruk sangka mengaitkan dengan parti politik Islam di Malaysia kalau pakai kopiah macam tu. Almaklumlah, dah jadi trade mark barangkali.

Yang menarik dalam banyak-banyak ucapan ialah ucapan perasmi majlis, YB Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir (B) – Bos besar dah bersara maknanya tak dapatlah Ujang nak tunjuk Kapten Kagat yang mantap tauliah nanti. Nasib ekaulah Jang..

Yang menarik dalam ceramahnya ialah tentang saf. Bukan skadar merapatkan barisan malah merapatkan hati.(sudah namanya penceramah kat mana pun bagi ceramah katanya.. kelakar jugak Syeikh Kabir nih). Tidak dinafikan di mana-mana masjid pun imam selalu meingatkan makmum tentang saf. Baik dalam bahasa melayu mahupun dalam bahasa arab. Tapi apa yang saya perhatikan, orang kita ambil mudah hal ni. Saya pernah beri tazkirah pasal ni. Dalam askar pula yang ditekankan semasa kawat ialah barisan yang lurus. Tapi masalah askar sendiri tiada disiplin tatkala solat. Askar dalam konteks mahasiswa universiti maksud saya, yakni pengalaman saya tika pegawai kadet dulu. Betapa Islam mengajar umatnya menitikberat kan perkara yang kelihatan sebagai remeh tapi sebenarnya amat penting.

Kerana entri ini bertajuk Hadiah Sastera Berunsur Islam maka saya sekali lagi sebagai penulis kerdil mengucapkan tahniah buat semua penulis yang menang. Semoga terus sukses.

Wassalam.

kredit gambar; Ustaz Azman - http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com/

Ahad, Julai 12, 2009

Nostalgia indah di SMKTDH


Harus bagaimana saya ingin mengucapkan terima kasih, buat semua yang memberikan kerjasama selama saya dan kawan-kawan dari Universiti Malaya menjalani latihan mengajar di Sekolah Menengah Taman Dato’ Harun. Tiada ungkapan yang lebih indah dari ucapan jutaan terima kasih dan hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian!

Nostalgia dan kenangan yang tentu sekali berbeza dengan pengalaman kawan-kawan yang menjalani LM di sekolah lain. Yang saya dengar semasa program Refleksi LM di ILIM dalam cuti dua minggu, ada kawan berkongsi kisah sedih, dipinggirkan oleh guru-guru lama. Tapi kami di sini tidak! Bahkan kami terasakan sudah lama mengajar di sekolah ini bahkan tidak terasa seperti guru praktikum pun!

Buat semua guru dan pelajar Taman Dato’ Harun, sekali lagi terima kasih atas nostalgia yang tercipta. Sepanjang hidup saya akan mengingatinya insyaAllah. Teruskan perjuangan walau apa pun rintangan!

Andai ada kata-kata lain yang mampu kulukis, lihatlah ke langit.. telah kulukiskan rinduku di situ! ^_^

Rabu, Julai 08, 2009

PPSMI; setelah tujuh tahun

Sebelum ini ada yang menyokong. Menjadi juak. Kononnya demi masa depan anak bangsa. Muluknya.

Sekarang ke mana mereka ini. Hendaknya malu muka. Bila ludah hendak dijilat semula?

Baru sahaja baru-baru ini, ketua pengarah pelajaran kalau tak silapnya mengatakan bahawa prestasi PPSMI meningkat. Siap ada bercakap dalam tivi. Tapi terkedu bila kena bidas dua ahli panel lain.

Malam ini, pak menteri bercakap pasal masa depan anak kita. Bukan pasal tekanan pihak pembangkang. Ikut dialah nak cakap apa. Saya sudah jenuh dengan orang politik. Biarlah mereka dengan dunia mereka. Asalkan marhaen tidak lagi menjadi mangsa. Tapi, politikawan inilah juga yang menjadi gajah dan marhaen adalah pelanduk di antara mereka.

Sekarang di mana para penyokong PPSMI? Pendokongnya sudah meruntuhkan tembok yang dihadang dengan penuh sungguh. Sekarang tembok sudah roboh. Roboh bersama kesombongan para pendokong dan penyokong dibelakangnya.

Pak Samad sungguh bermulut masin. Peludah Bahasa betul-betul terpaksa menjilat semula ludahnya. Dan sekarang apa lagi yang hendak dikatanya. Sains matematik perlu lagi dalam bahasanya? Sebenarnya bahasa sains dan matematik asal-usulnya bahasa apa?

Hari ini, setelah tujuh tahun.. PPSMI dimansuhkan. Dan selepas ini apa pula. Sama-sama la kita nantikan setiap kemungkinan yang berlaku dengan penuh sabar dalam debar.

Apapun kita perlu faham, yang berada dalam barisan kepemimpinan orang yang bagaimana. Kalau tak faham, weh... buat-buat la faham!

Bina insan, yang bagaimana?

Apa yang saya difahamkan, SMKTDH pada tahun ini julung-julung kali mengadakan kem bina insan untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan PMR tak lama lagi. Lagi 3 bulan lebih. Tolak masa tiduq (termasuk dalam kelas), makan, mengelamun serta bergayut wa tengok tivi dan macam-macam ragam aneka perbuatan buang masa budak-budak ni tak sampai dua bulan pun masa untuk belajar. Itupun kalau belajar!

Jadi kalau nak naikkan semangat budak untuk semangat menghadapi peperiksaan, rasanya macam nak pasang enjin turbo kat semangat budak yang ramainya dah lemah semangat nak belajar (bahkan takda!). Tapi paling tidakpun, mereka yang sebelum ni putus harapan kalau kena pada gayanya boleh insaf dan berubah 200 peratus!

Definisi

Namun istilah bina insan itu sendiri yang difahami dan konotasinya yang sebenar bagaimana?

Bina insan. Muluk sungguh bunyinya. Seperti juga modal insan. Bina memerlukan arkitek dan jurutera. Modal semacam meniaga pulak. Jadinya insan sebagaimana kita tahu insan itulah manusia. Insan dan manusia terbit dari kata akar sama dalam bahasa Arab – nasiya.

Maka apa yang saya faham bina insan ialah membina manusia yang akan ingat siapa sebenarnya manusia. Maka manusia ialah benda yang lupa. Lupa siapa itu manusia dan lupa janjinya dengan Tuhan sejak tangan yang digenggam saat dalam kandungan rahim terlepas tatkala diteran ibu keluar menjengah mencium bau dunia buat kali pertama. Insan sesungguhnya dalah keterlupaan kerana itu harus diingat-ingatkan. Namun manusia tetap jua sombong bodoh dan angkuh!

Meskipun program selama dua hari satu malam dilihat tidak mampu membina insan dalam diri anak-anak remaja yang ada dalam kawakan itu goyah iman dan akidahnya, namun bagi saya sekurang-kurang sekolah telah berusaha membantu.

Stigma

Stigma adalah perkataan muluk juga. Sedap disebut. Tapi ia adalah istilah negatif yang sepatutnya tiada dalam kamus hidup masyarakat bertamadun. Stigma dalam masyarakat terhadap sekolah bermacam-macam. Di sekolah ini tidak terkecuali. Lebih dikenali sebagai sekolah yang banyak masalahnya. Stigma ini memberi perspektif negatif kepada warga sekolah, terutama murid. Murid yang baik menjadi malu jika sekolahnya bagaikan dicapmohor besar sebagai sekolah bermasalah, terutama disiplinnya.

Lebih malang hanya kerana beberapa orang yang bikin onar, tapi seluruh warga dipandang sinis. Sedangkan sekolah terbina kerana adanya masyarakat. Tanpa masyarakat maka tiadalah sekolah, kerana sekolah itu adalah keperluan masyarakat. Dan mengapa masyarakat harus melayan sekolah sedemikian rupa? Jika dari sudut ini masyarakat sudah gagal membantu pihak sekolah maka secara tuntasnya mereka telah membantut pembinaan insan itu sendiri. Jika itupun sudah gagal, apa lagi mahu dibincang tentang modal insan jika insan pun gagal dibina!

Ketempangan

Sungguh saya kesali masyarakat hari ini yang semakin bejat dan tempang dalam berjalan sebagai komuniti yang harmonis. Kita menyaksikan manusia hari ini terpaksa mengejar-ngejar keuntungan dunia yang sedikit dan tanpa disedari dan diinsafi terlepas dan tercicir keuntungan sebenar yang menanti di akhirat.

Allah Tuhan yang satu dan esa menjanjikan janji manis buat mereka yang taat kepada-Nya dan juga janji pahit buat yang ingkar dan kufur. Maka ketahuilah janji Allah itu maha pasti dan maha tepati janji. Telah Tuhan ingatkan manusia dengan memberi ujian atau balasan di dunia. Namun hanya sesetengah manusia sahaja yang insaf. Ada yang langsung menjadi kufur kerana rapuhnya iman.

Ketempangan ini terus menjadi-jadi dek pemimpin yang tempang dalam memimpin. Meletakkan nafsu di depan akal lebih dari segala-galanya. Menginjak-injak hukum Tuhan yang mulia yang tak lain hukum Tuhan adalah untuk kebaikan manusia juga. Sepertilah juga arkitek atau jurutera yang tahu kekuatan atau kelemahan binaan atau ciptaannya. Hanya Allah sahaja yang maha tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk makhluk ciptaan-Nya

Kerjasama

Dalam membina insan untuk dijadikan modal untuk generasi masa depan, seharusnya ada kerjasama jitu semua pihak. Usah lagi saling menuduh jari menyalahkan orang lain. Cuba kita lihat ke dalam diri kita sendiri.

Kembali ke dalam diri, apakah yang telah kita buat dalam memberi sumbangan kepada anak-anak generasi zaman ini dalam menyediakan mereka supaya menjadi generasi bestari dalam segenap segi. Usah lagi tenggelam dalam selut retorik politikus yang hanya cakap tapi dia sendiri belum tentu faham apa yang mereka cakap.

Sama-samalah kita berubah menjadi lebih baik insyaAllah.. usah lagi beretorik berlapik dan hipokrit plastik, kerana itu semua adalah ciri manusia munafik!

Selasa, Julai 07, 2009

Ini bukan cerita ceplos

Yang saya ingin ceritakan ini buka cerita ceplos, keliwon atau yang seangkatan dengannya, yang meracun benak fikir anak-anak generasi kini. Tapi cerita ini tentang hantu jin setan juga.

Pendek saja ceritanya. Namun ambillah iktibar dari sedikit perkongsian saya kali ini.

Hari ini, 7 Julai dan minggu ini juga minggu terakhir saya sebagai guru pelatih di SMK Taman Dato’ Harun.

Hari ini meriah sungguh pelajar dirasuk jin setan. Orang kata masuk hantu. Hantu sebenarnya istilah Melayu kepada jin.

Saya bukan jenis pandai bab hantu jin ni. Tengok retilah. Saya baru berjinak-jinak belajar cuba menjadi mu’allij. Orang kata tok bomoh. Tapi jangan silap paham. Saya nak jadi macam Ustaz Haron Din. Bukan kebanyakan bomoh Melayu. Guna jin untuk lawan jin. Macam ceplos. Memang cerita ceplos lawak. Sebab tok bomoh dan ceplos tu memang pelawak.

Cerita saya bukan cerita lawak.

Minggu lepas partner saya balik lambat. Rupanya dia berubatkan sorang budak kena rasuk. Budak tu pulak bapaknya tok bomoh. Dan disyaki yang merasuk si anak ialah jin yang pernah bapaknya lawan dengan guna jin. Alah, macam cerita ceplos tu lah. Saya tengok jugak sebab tertengok. Tapi taklah tunggu depan tivi nak tunggu tengok cerita tuh.

Yang terbaru ni pun cerita hantu lawak jugak, e-toyo.com. rasanya takda kaitan dengan anak pakcik Toyo yang boleh buat banglo 24 juta tu. Bukan, takda kaitan.

Sekali fikir la kan.. hari ni tujuh haribulan tujuh. Dan budak yang kena rasuk pun tujuh orang. Semacam jin-jin ni meraikan permukiman koloni depa di sekolah ni pulak.

Dan hari ini juga hari yang agak malang buat seorang kawan saya yang juga praktikum bersama, sains pendidikan. Sekali dia buka semak pemyempurnaan subjek, latihan mengajar dia dapat F(bermaksud Fail-gagal). Pagi-pagi sudah mengadu, lemah semangat katanya. Masuk kelas pulak, budak kena rasuk. Sekali 6 dari tujuh orang yang kena budak kelas dia. Tak jadi mengajar sungguh dia hari ni. Sabar je lah. Ujian Allah buat hamba-Nya. (SMPI tak masuk lagi.. dan yg kawan saya tu pun rasanya belum muktamad lagi.. tersilap kot)

Nampaknya, bukan setakat ustaz yang kena belajar ilmu lawan jin setan nih, guru lain pun kena juga. Selain kena tahu juga ilmu menangani manusia syaitan yang ada di mana-mana.

Ya, kerana syaitan itu terdiri dari jin dan manusia. “Minal Jinnati Wannas..” An-Nas, ayat 5.

Kalau-kalau ada persoalan jin tu nama apa dan dari mana.. saya jawab teruslah – entahlah, tak sempat nak berkenalan.. hehe

Jumaat, 3 Julai.

Anjung seri, SMK Taman Dato Harun. Menyaksikan saya menjaga sekumpulan pelajar India kelas 4 Kiambang buat kali ketiga dan berturut-turut tiap hari jumaat. Kali ini saya rasa semacam kena perli pula. Yelah, saya kan lebih kurang sekulit saja dengan budak-budak India nih. Haha. Satu Malaysia sungguh!

Relief. Itulah istilah muluk dalam bahasa Inggeris yang memaut perhatian guru tatkala nak masuk bilik guru. Sebelah kanan jadual untuk pagi. Kiri untuk guru sesi petang. Tumpuan saya ialah sebelah kanan. Buat saya hanya hari khamis saja tiada kelas relief. Sebab kelas saya pun dah padat sangat. Hari jumaat sah memang wajib ada. Sebab memang saya tak da kelas P&P . Orang puteh kata ''free'. Minggu lepas hanya satu masa jaga budak-budak hitam nih. Sekali jumaat seperti tarikh tertera ni, dua masa!

Setelah perhatikan kelas seni dekat bilikguru tu barulah saya tahu dari mana sumber kapur yang menjadi mainan budak-budak India ni. Mungkinlah kerana mereka kurang putih maka mereka suka main benda-benda putih. Tak tahu dah cara saya hendak larang. Tapi kali ni walaupun saya tak acah dengan rotan, mereka tetap dengar. Mungkinlah saya guna ayat lembut dan tidak menengking.

Saya tidak tahulah kenap setiap hari ada banyak sangat relief. Ke mana guru-guru ni. Selalu yang saya relief kelas 4 Kiambang ialah kelasPendidikan Moral. Sekali kan saya ajar budak-budak ni Pendidikan Islam baru tahu.

Entri ini bukan hendak melukakan hati sesiapa. Cuma ia adalah cetusan dalam diri saya sebagai peringatan kepada diri saya agar tidak buat perkara serupa pada masa akan datang dan buat guru lain yang ingin mengerti maksud murni saya.

Anak-anak bukan tidak mahu belajar. Mereka seperti yang lain juga. Cuma kadang-kadang mereka tidak mendapat suntikan motivasi yang sepatutnya. Kerana itu semangat mereka untuk belajar merudum dan ada yang tidak naik langsung. Datang sekolah semata-mata kerana dipaksa ibu bapa.

Anak-anak pada zaman ini kadang-kadang langsung tiada arah tujuan dan sasaran kenapa mereka belajar. Jangan pelik dan hairan pula kalau wujud jenis manusia yang tiada halatuju hidup!

Tuntasnya, kita para manusia yang mengaku dewasa adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab sebagai orang dewasa dalam menyediakan generasi pewaris kita pada masa mendatang?

Isnin, Julai 06, 2009

Blog loq laq lik nih

Bagi sesetengah orang, punya satu blog sudah jenuh hendak ‘update’. Masakan pula saya punya beberapa blog. Bukan pula bila duk depan laptop terus menulis dan posting dalam blog!

Menulis blog bagi saya memang bukan perkara baru. Sudah 3 tahun. Bolehlah dikatakan adil bagi setiap tahun kerana tiap tahun juga ada blog baru saya buat. Haha.

Blog peribadi

Blog yang anda baca ini blog yang pertama. Bermula dengan daya inkuiri yang kuat apa ke benda blog ini maka saya jelajah sendiri alam blog nih. Mula-mula saya memanaskan blog ini dengan isu politik. Saya sentuh sikit-sikit saja. Buat lepas sedikit geram. Masa tu saya bubuhlah shoutbox kat sebelah kanan nih. Sekarang dah takda kan? Ada la sikit masalah, dek kuat sangat edit layout. Sekarang apa dah jadi? Macam tikus baiki labu pulak.

Blog kedua bertajuk Tamu Teratak Pendeta blog ini terbuat dalam kelas Teknologi dalam Pendidikan Islam yang dikendalikan Ustazah Salina Busrowi, yang menggantikan suaminya Ustaz Hashimi yang cuti sabatikal. Blog ini asalnya berkongsi dengan Kamarul. Tapi sekarang saya sepenuhnya. Saya isi dengan apa yang patut. Saya kutip mana-mana artikel yang berkenaan dengan dakwah dan hukum Islam. Juga dalam perancangan nak isi dengan soal jawab penceramah dalam mana-mana kuliah atau kelas tafaqquh yang pernah saya hadiri di sekitar Kuala Lumpur ini.

Blog ketiga, yang ini lebih kepada catatan peribadi biasa. Akaun wordpress. Juga lebih kepada percubaan saya meneroka edisi wordpress yang kelihatan lebih elegan. Carilah sendiri akaun ni kalau nak tengok. Haha.

Blog cawangan blog ini ialah Ujana Karya Hasmora yang menghimpunkan sajak-sajak saya. Tak semuanya. Hanya yang terpilih saja.

Blog persatuan

Blog persatuan yang pertama saya buat ialah untuk Sarjana Muda Pendidikan Islam. Sekarang diberi kepada orang lain untuk dihidupkan. Nampak dah kurang hidup dah.

Blog kedua saya buat ialah blog PALAPES UM, dibuat selepas pentauliahan 2008. Namanya Wira Siswa. Sempena nama majalah yang kononnya diberi kepada saya supaya dibuat. Tapi hampanya tiada kerjasama sepatutnya sama ada pihak atas mahupun para bawahan. Akibatnya majalah tu tinggallah namanya dan angan-anganan. Blog tu pun takda yang sanggup ambil alih. Sudah namanya sukarela. Kalau suka takpa. Kalau tak rela? Bagi duit baru sanggup! Ah.. retoriknya tuan-tuan...

Buat blog dan updatelah blog. Itu nasihat saya kepada diri-sendiri dan buat yang ingin mengerti. Ada yang bertanya saya bagaimana menjadi blogger dan minta saya ajar buat blog. Yang bertanya pointernya jauh lebih bagus dari saya. Kata saya ‘explore sendiri, janji faham bahasa Inggeris’. Tapi saya dah lama tahu. Pointer tinggi mungkin hanya pandai tapi tak semestinya bijak.

Erm... tak setuju? Ah.. pikir sendirilah. Wallahu ‘alam.

Khamis, Julai 02, 2009

Secebis stanza Sir Muhammad Iqbal

Puisi ini adalah puisi Sir Muhammad Iqbal, dan hanya sebahagian sahaja daripada tajuk di bawah. Puisi beliau satu-satu sangat panjang.

Tidaklah dapat saya jelaskan satu persatu bait-bait ayat ini. Stanzanya punya istimewa sendiri.

Saya bukanlah penggila Muhammad Iqbal seperti seseorang yang diceritakan seorang kawan dalam PENA. Saya hanyalah pengkagum sahaja.

Ayatnya penuh falsafah yang perlu dihayati dan diambil pengajaran.

Berbicara tentang cinta, benarlah pendapat yang mengatakan cinta selepas perkahwinan adalah cinta sebenar dan sejati. Usah mencari cinta sebelum perkahwinan kerana cinta sebelum kahwin hanyalah susunan retorik dan hipokrit semata-mata. Forum Perdana Ehwal Islam jam 9 malam TV 1 ini malam mengupas isu ini.


Menunjukkan Bahawa Diri Itu Diperkuat Oleh Cinta

Titik yang bercahaya yang namanya ialah Diri
Adalah bunga api hidup di bawah debu kita.
Dengan Cinta ianya jadi lebih berkekalan,
Lebih cergas, lebih membakar, lebih bersinar.
Dari Cinta bermula kegemilangan wujudnya.
Dan pembangunan kemungkinannya yang tidak diketahui.
Keadaannya mengumpul api dari Cinta
Cinta mengarahnya dari dunia.
Cinta tidak takut pedang atau keris
Cinta bukan dilahirkan dari air, udara, dan tanah
Cinta mengadakan damai dan perang dalam dunia
Cinta ialah pancuran hidup
Cinta ialah pedang Mati yang berkilauan.
Batu yang paling keras retak oleh pandangan Cinta
Cinta Allah akhirnya menjadi seluruhnya Allah
Belajarlah bercinta, dan carilah yang dicinta:
Carilah mata seperti Nuh, hati seperti Ayub!
Jadikan segenggam tanahmu kepada emas
Ciumlah bendu Insan Kamil!
Seperti Rumi, cucuhlah api kepada kandilmu
Dan bakar Rum dengan api Tabriz!

Muhammad Iqbal

Rabu, Julai 01, 2009

Di mana-manapun ada pelajar nakal

Selepas menunaikan tanggungjawab sebagai imam Solat Sunat Dhuha dan Solat hajat (imam terjun import on the sport ganti Ustaz Kamal yg pergi daftar Master) Cikgu Yushak ajak saya makan. Guru disiplin sesi petang yang tegas dan garang tapi disukai ramai pelajar. Apa yang saya lihat, pendekatan beliau yang fleksibel itulah petua disukai budak-budak.

Saya perhati ketika mula-mula beliau mengendalikan pelajar sebelum masuk ke dewan. Memang tegas, tapi kerana pendekatan yang berkesan pelajar tidak segan untuk menyerahkan ‘lighter’.

“Sapa yang bawak rokok mengaku.. keluarkan sebelum cikgu dapat tangkap.. semua duduk cangkung dan tangan atas kepala.. cikgu nak spotcheck”. Saya pun tolong sekali.

Dalam dewan dalam sepuluh orang yang mengaku hisap rokok. Memang ada yang memberitahu beliau, tapi beliau cakap kat budak “pokok pisang bagitahu cikgu korang merokok belakang tu tadi.. betul tak ada yang yang merokok kat situ tadi?” budak-budak jawab “yaa...”

Sebelum solat sunat pun saya ada merampas gelang plastik yang pelajar lelaki pakai. Itupun sebab dia duduk depan sekali dan dekat dengan saya pula.

“Sapa-sapa pun lelaki tak boleh pakai gelang macam ni.. haram.. menyerupai perempuan” macam tu lah lebih kurang ayat saya semalam.

Semalam adalah Kem Bina Insan Tingkatan satu kumpulan kedua. Walaupun kelas-kelas belakang tapi lebih ramai dari hari isnin, kumpulan kelas-kelas hadapan. Cikgu Yushak puji kerana lebih ramai hadir berbanding hari sebelumnya.

Di kedai makan, saya ambik nasi kerabu berlauk ikan keli. Terambik banyak. Katanya tuan kedai, “Kalau awak habis awak pandai makan.” Dengan nasi menimbun ditambah ulam dan macam-macam rencam memang banyak. Tapi saya terdidik kena habiskan makanan sejak kecil lagi. Kerana saya orang susah saya tidak pernah mahu dan tahu membazirkan makanan. Mak saya kata “tak baik... nanti nasi nangis..”

Kata Cikgu Yushak, pelajar-pelajar nakal.. dengan suasana kota yang tidak mendokong perkembangan positif anak remaja ditambah dengan ibu bapa yang tidak peduli dengan prestasi pelajaran dan asuhan akhlak anak mereka.

“Tanggungjawab kita berat.. kalau nak berjuang mendidik anak bangsa.. kat sinilah” mungkin maksudnya umum, di kota. Memang kawasan Petaling Utama masyhur di peringkat negeri Selangor dengan pelajar-pelajar nakalnya, tapi hakikatnya di mana-mana pun sama saja. Di mana-mana pun ada pelajar nakal. Beratnya tanggungjawab bergantung kepada kerjasama ibu bapa. Tugas mendidik akhlak bagi saya lebih kepada terletak kepada bahu ibu bapa. Guru hanya memurnikannya. Jika dibebankan kepada guru, sebenarnya tak tergalas. Guru banyak lagi tugas lain yang terbeban. Ramai ingat tugas guru senang. Tanggapan itu harus diubah. Tak semudah yang disangka. Jika tidak percaya cuba sendiri didik anak. Baru tahu, mengajar dan mendidik tidak mudah. Kalau mudah marah, bukan nak mendidik namanya.

Kejumudan pemikiran masyarakat kita boleh dikatakan amatlah melampau. Adakah cukup sekadar menyara hidup dengan makan minum dan menghantar anak ke sekolah maka sudah dikira sudah selesai tanggungjawab?

Ilmu keibubapaan bukan sekadar satu matapelajaran elektif di APIUM yang diambil kebanyakan mahasiswa. Lebih dari itu. Ilmu ini pun bukan hanya wujud di universiti. Bahkan kita boleh dapati dengan memerhati masyarakat sekitar dan berkongsi pengalaman dengan orang. Menjadi seorang yang bodoh sombong iaitu sudah tidak tahu tidak mahu bertanya dinasihat tak mahu dengar adalah sangat tidak bijak dan tidak profesional.

Pelajar nakal boleh menjadi jahat jika tidak dididik dengan baik di peringkat remaja. Peranan ibu bapa dengan kerjasama guru amatlah penting. Dan bukan menyerahkan bulat-bulat kepada guru. Ingatlah, anak-anak masanya banyak dengan kawan-kawannya di luar. Jika ibu bapa tidak memanfaatkan masa dengan baik, bakal hilang kawalan terhadap anak-anak. Yang penting, muhasabahlah. Belum terlambat hendak mencegah. Bertindaklah!

Myblogloglaq