Rabu, Oktober 20, 2010

Anak sedara dan perkahwinan muda

Cerita ini bukanlah hendak memalukan sesiapa apatah lagi membuka pekung di dada, sedikit perkongsian untuk iktibar bersama. Dunia akhir zaman yang kita sukar jangkan apa akan berlaku kepada kita dan keluarga kita. Kita sangka kita telah berjaya mendidik anak dan keluarga kita, rupanya sangkaan kita meleset. Harapan setinggi gunug menjadi rata. Sayang melaut bertukar menjadi racun.


Al-kisah maka tersebutlah kisah, dalam perjalanan ke sekolah saya dapat SMS dari kakak saya, dia bilang dia dapat dua menantu saudara bulan ni.. satu dari anak saudara sebelah suami dia (abang ipar saya la tu..) Satu lagi anak saudara kami sendiri! (usah tanya dia itu siapa..uhuu)

Beberapa hari selepas raya anak-beranak abang ipar saya kalut-gelisah-serabut kerana kehilangan anak gadis berusia 14tahun, lari dari rumah. Selepas berjaya dikesan, maka diketahui dia ada kesan 'kena'. Maka yang jantan pun kena tahan polis. Seminggu dapat penginapan dan makan percuma, maka sahihlah keadaan si gadis, maka mereka pun dikahwinkan oleh keluarga kedua belah pihak. Dengarnya yang jantan pun umur 14 jugak. Nah, barulah betul-betul kahwin muda!

Saya yang berada jauh dari kampung ini hanyalah mendapat berita SMS dari kakak. Kadang-kadang apa yang diberitahu tidak begitu sampai. Dapat tahu serba sedikit keadaan di kampung cukuplah bagi saya. Tapi bukan berita ini yang saya nak dengar, perkara dah nak jadi nak buat camana kan..

Cerita tentang anak saudara sendiri ni pun Mak saya cerita lebih kurang saja, lagipun belum lagi dia pergi melawat tanya khabar sebenar. Saya di Sabah ini menunggu cerita terkini, kronologi cerita yang penuh emosi barangkali. Yang diketahui sedikit ialah yang si anak gadis ni suka ke rumah lelaki ini, dalam keadaan bagaimana tidaklah diketahui, mungkin ada ke mak bapak laki tu ataupun takda. Abang ipar saya ini orangnya tegas, maka nampak nak sangat dia kasi kahwin saja anak bongsunya itu, walau anaknya baru saja habis periksa PMR.

Apapun saya doakan kedua-dua pasangan muda itu berjaya mengharungi kehidupan rumahtangga yang penuh cabaran dan dugaan. Bukan senang untuk seorang remaja yang masih terlalu mentah melewati denai liku rumahtangga.

Tidakkah anda terfikir bahawa perkahwinan di usia muda boleh mengatasi masalah buang bayi. Memanglah mungkin akan berlaku masalah lain akan datang, tetapi sekurang-kurang anak yang dilahirkan nanti mempunyai secebis maruah yang bermaruah kerana beribu dan bapa.

Ada dua kata-kata orang tua-tua dulu yang boleh kita fikirkan bersama;

1. Jaga anak perempuan lebih sukar berbanding jaga kerbau sekandang.

2. Mek dah besar lebar, awe dah besar panjang, mek tok sobar nok berlaki, awe lorat nak bini... (kata orang tua Kelate)

Rasanya, ahli panel Zuriat Kita di Astro Oasis dua malam sudah tidak sebut pasal perkahwinan muda. Duk bincang cara nak tangani isu buang bayi yang menurut seorang tetamu istimewa sebagai bencana, bukan lagi gejala. Perbincangan hanya di sekitar 'permukaan' tidak mencecah ke dasar, dan mungkin hanya difikirkan setengah pendengar sahaja. Ramai yang tahu akibat dari perhubungan yang haram lagi mengharamkan ini tapi ramai mana yang sedar dan faham akan ayat Allah 'walaa taqrabuzz Zinaa..?'. Fikir-fikirkan dan selamat beramal..

Ahad, Oktober 17, 2010

Bajet untuk rakyat?

Dapatan di bawah saya salin dan tampal dari facebook yg menggunakan identiti Tawau. Untuk tatapan sendiri dan jua berkongsi. Sama-sama kita baca dan berfikir apakah benar ia bajet untuk rakyat seperti yang didendangkan...

Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini:

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.

* Pembinaan projek bersepadu “Warisan Merdeka” dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015. (satu lagi projek membazir, rakyat marhaen macam biasa sakit leher tengok bangunan, nak rasa pijak tangga pun belum tentu.. cukup sekadar bangga sajalah)

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015. (tapi harga makanan tak pula turun-turun, yang kaya siapa - yang kayap siapa?)

* RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan resort peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong. (oklah tu, spy mereka yg miskin boleh cari makan, kalau bolehlah.. tukang sapu pun oklah)

* RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang. (maklumlah orang lalu-lalang sini sama ada pelancong atau anak-anak orang kaya)

* Pembangunan resort bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan. (banyak lagi rumah mcm reban ayam di Sabah ni..)

* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar 5 peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia. (org tempatan yg kaya-raya..?)

* RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

* Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.

* Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar. (naik lagi la siaran Astro kang, kesian orang Sabah, takda Astro tak tengok TV la depa.. Astro kaya camtu jugak..)

* Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.

* Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).

* Menubuhkan “Talent Corporation” di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.

credit: 15 Okt (Bernama)

farock: apa pun aku harap projek dan macam-macam yang di janji kan oleh PM akan terlaksana...nampak nya rakyat akan mendapat keselesaan bajet 2011.


TEKS UCAPAN BAJET 2011

Teks Ucapan Bajet 2011dan Lampiran boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi Bajet 2011 www.treasury.gov.my pada jam 6.00 petang semalam . Teks ini juga boleh dimuat turun melalui laman web agensi-agensi Kementerian Kewangan seperti berikut

Jabatan Kastam Diraja Malaysia - www.customs.gov.my

Bank Negara Malaysia - www.bnm.gov.my

Suruhanjaya Sekuriti - www.sc.com.my

Lembaga Hasil Dalam Negeri - www.hasil.gov.my

- orang sekarang lebih suka guna perkataan 'bajet', yang asalnya dari bahasa Inggeris, cakap degar-degar sampai nak tercabut gelegar pasal bahasa kebangsaan.. ooo retorik.. retorik... politik itu boleh jadi baik, boleh juga jadi tahik!

Sabtu, Oktober 09, 2010

Khamis, Oktober 07, 2010

Maher Zain dapat Persona

Tahniah kepada Sdr Maher Zain dapat sebuah Persona Elegance, warnanya Chifon Green tak silapnya ni. Saya punya warna hitam, nama warna 'Transquital Black'. Nak menyesal pun tak guna, paling tidak kalau rasa tak tahan sangat saya mungkin tukar warna 'Silver'. Kelemahan warna hitam ni maklumlah, kotor mudah nampak, bila cuaca panas ia memerangkap haba. Kena pulak 'leather seat' lagi berasap. Tapi kalau rajin jaga, basuh selalu, lap sokmo memang meengalahkan kereta lain, lawaaa...

Saya harap pada Maher Zain kalau naik kereta Persona ni janganlah komplen macam-macam, dah la percuma orang bagi.. hehe.. Maklumlah, seperti yang diramal kawan-kawan saya pada kereta kebanggaan Malaysia ni, mesti ada kekurangan meski boleh dikatakan ini adalah kereta terbaik proton, kawan saya bilang.

Kongsi pengalaman

Kalau ada bunyi tempat duduk tu, tengok-tengoklah besi tempat cangkuk tu, kena letak salotape sana. Pastu, kalau aircond bunyi, biar je lah.. pasang lagu ke ngaji ke kuat-kuat, hilanglah bunyi tu. Ada yang bagusnya tapi jangan melatah kalau berhenti dari perjalanan jauh, selepas cabut kunci pandai pusing kipas dalam enjin, jangan ingat bikin onar pulak, itu dia punya penyejuk bha ito..

Syukur

Apapun syukur pada Allah, kerana melimpahkan sekian banyak nikmat dan menghamparkan rahmatNya. Hanya sedikit ujian sahaja diberikan Allah, itupun ramai gagal menempuhinya. Alhamdulillah, thank you Allah.

Rabu, Oktober 06, 2010

Gajah oh Gajah


Gambar ini dikongsi oleh seorang kawan di facebook, dan dia tanda nama saya padanya. Saya rasa nak ketawa, tapi ditahan-tahan kerana rasa tak tergamak bahkan tergamam. Inilah akibat terlalu sedap mengunjuk jari kepada orang dan ingat diri terlampau baik. Saya ingin bersangka baik sebab tilam ada jugak orang panggil toto. Tapi bila tengok lambang, selalu saya tengok orang beratur nak beli nombor. Aduhai..

Inilah yang orang Melayu dulu-dulu buat pepatah - Gajah depan mata tak nampak, nyamuk seberang laut nampak.

Labu... labu....

Ahad, Oktober 03, 2010

Kenduri kedua di Sabah

Tempat kedua diungguli oleh Ustajah Kasyfe Aidi, selepas Najia Izzati Kekijin.. anak Datuk rupanya dia ni.. ish..siap ada jalan bapak dia, maklum la jalan nak masuk rumah dia bah..haha

Asalnya PokLan kata Kam (Kamarul Adam) ikut sekali, tapi tak dapat pulak dia ikut atas alasan yang saya malah Pok Lan sendiri pun tak tahu. Nak kata malas, bukannya orang ajak pegi jalan kaki. Naik kereta, Persona Elegance lagi tu.. jangan 'demand' (dengan izin - kehkeh) nak naik BMW ke Merz ke, tak dapeknya.

Cuma satu yang saya kempunan dari majlis Ustajah ni, oleh-oleh.. ish tak dapat la.. geram nak ambik yang atas meja, rasa segan pulak, kang orang tengok kang malu pulak. Biar entah sapa entah tinggalkan kat meja tu. Takpalah, dapat gambar pun jadilah.

Gambar-gambar kenangan di Papar pegi bekwoh bersama Zamzuri (MRSM KK, Kinarut) Fadhlan (SK Kinabongan) dan Naim (SK apa entah lupa)


dengar-dengarnya depa ni kawan sejak sekolah, akhirnya kawin..jarang benar jumpa yang macam ni.. yang kawan masa Universiti pun entah ke mana..

Souvenir yang saya kempunan.. adeh...

Tepi sungai bah rumah dia, wow sedapnya dapat lepak kat sini petang-petang sambil pegang sebatang joran..

Myblogloglaq