Khamis, Julai 31, 2008

Hok Sengoti

Oleh sebab ramai yang meminta puisi ‘Hok Sengoti’ selepas saya deklamasikan pada Malam HISDAN ’08 (Hari Interaksi Darul Naim Universiti Malaya), maka saya poskan di sini semoga berguna juga kepada orang lain. Orang pertama yang meminta ialah saudara Hafizuddin Abirerah,presiden PMIUM. Kebetulan beliau duduk ditepi saya maka saya berilah kertas yang saya guna untuk persembahan. Salinan yang saya buat khusus untuk persembahan. Kemudian orang kedua, Najiyullah. Bukan rezeki dia sebab orang lain dah dapat dulu. Kemudian dan kemudian lagi, bebrapa EXCO PMK, setelah usai majlis dan orang kebanyakannya sudah pulang. Kata saya "ambillah dari blog saya". huhu...

Puisi dalam loghat Kelantan amat jarang saya ketemu, terutama yang dinukilkan oleh penyair besar seperti Lim Swee Tin dan yang sewaktu dengannya. Puisi ini menjadi pembuka tirai persembahan kesenian pada malam itu. Selepasnya dikir barat dari Kumpulan suara Muda dan persembahan istimewa dari Halim Yazid. Kepada sahabat-sahabat sekalian, sila copy and paste dari sini untuk tatapan diri sendiri dan jangan cuba ciplak hasil karya ini, hem hem.



Hok Sengoti

Laarang tok serupo dengen suroh
Hok comey bakpo duk ppakat kato udoh
Saye soh doh laeng dengen beci
Jerok mamen tok serupo dengen jerok celagi

Takot ado keno mengeno dengen ketha gega
Serupo dagho ado ssabit dengen apa
Ngigha sbenarnya ada sabit dengen kemama
Selok tak dok bezzo dengan tok kaba

Sapo kato buluh tu galoh
Sapo kato ttekeng tu tok bkkekoh
Naka laeng sikit dengen jahat
Dawa pun oghe duk pangge khawak

Kalu tunggo tok srupo tughuh paga
Sengotilah tolo tok srupo dengen panda
Lagu mana ggadoh, belah tu jugoklah lorghat
Toksohlah wak loloq tok kena hok mano ddakak
Hok mano kkhabak.

Demey tok keboh bezzo dengen leloh
Senyung semeweh tok serupo dengen sengeh
Bbaling tu laen dengen kipah anging
Breng abe sikit jah pado kerah keng

Kito tok leh wak tok tetu kalu
Oghe serabuk ngeleh kito tok tahu
Kito duk ghalit berembah bbadi cah keting
Oghe laeng gi seghuh-seghah,
Kito dok ppakat gheboh teguling

Ulat kekek jangen wi ttuka dengen ulat belucah
Jale bejeket jangen kato srupo dengen hungga derah
Kalu kkarak buleh agi kito tteri
Hok gelonggong lagu mano pakat kato tokleh nok isi?

Payoh sengoti nok bekecek nok bbkiro
Culah lagu lain tok srupo dengen celiko
Payoh jugk nok bezzo mano lakonen mano sendiwaro
Hok sengotinyo, manih lleting tu belung tetu ibu gulo!


Lim Swee Tim
Puisi ini saya salin dari antologi puisi beliau 'Citra Kurnia'.

Isnin, Julai 14, 2008

Tatkala Rindu

Tidaklah terlalu lama tidak pulang ke tanah kelahiran, tapi lamalah jugak.. bukan jauh sangat dengan Kuala Lumpur tapi dek kesibukan PALAPES ditambah pulak dengan semester baru buka maka belum sempat pulang.. adik sudah beberapa kali tanya bila hendak balik.. emak pun tanya masa hari tauliah di UKM yang dia datang.. hendak buat macam mana, sibuk manjang.. terpaksalah pendamkan kerinduan itu... entah kenapa beberapa hari ini ketika saya terlintas tentang Kelantan teringat nama-nama Kelantan yang saya belajar dulu.. semasa peralihan di SMUA (A) Amir Indra Petra. Pelajaran Tatarakyat, diajar oleh Cikgu Rosli... digelar orang Rosli Mat Ghana... entah kenapa digelar sebegitu.. mungkin hendak dibezakan dengan seorang lagi cikgu Rosli.. Rosli K.Matari.. dan inilah puisi yang terilham..

Raktamrittika - Medang Kilatan Saji - Kilatan - Kelantan


sudah lama ku tak kembali ke Raktamrittika

aku makin merindui 'chih tu'nya

aku tidak betah lagi bergelumang selut

di arus berlumpur ini..


Raktamrittika negeri makmur

aku bangga menjadi marhaennya

Raktamrittika negeri berdaulat

tenang hidup dalam kesederhanaan

Raktamrittika negeri penuh nikmat

bersyukur aku seadanya segala...

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Promo ooo promo...


Dalam kepeningan menghadapi semester baru yang kalut ribut dengan masalah subjek yang kelam kabut... pening juga menangani masalah pengambilan baru pegawai kadet siri ke-30. Yang paling pening, bagaimana hendak cari lagi 20 orang jejaka berani menyahut cabaran sebuah daerah dalam dunia tentera. Apa sangat palapes jika hendak dibandingkan dengan atma atau nama kini upnm atau dengan ktd dan yang sewaktu dengannya. Memang sukatan pelajaran sama namun suasana dan fenomena berbeza. Namun dalam keringanan palapes pun tak ramai yang sanggup menyahut cabaran. Lalu timbullah persoalan dalam cepu fikir kepala berputar, apa jenis spesis lelaki sekarang... ada seorang pelajar perempuan ada sms saya.. pada asalnya memang isi smsnya bunyi kurang ajar... orangnya kepingin masuk palapes udara tapi masuk UM.. memang silap tempatlah.. nak jadi pilot tapi orangnya rabun... entah apa-apa.. dia kata tahun ni kolej empat kalah sub atau cheer (yang entah apa-apa juga) kerana sang lelaki ramai yang jenis nak kena candat. Eloklah lagipun sekarang memang musim mencandat.

Pada awal promo kekuatan pegawai muda baru tauliah – intake 27 adalah 26 orang dan berkurang jadi 25 apabila yunus tarik diri kerana menyertai hadidin kursus Finance. Dah rezeki dia, pergi jelah nuh weh... hari terakhir fasa pertama ialah hari jumaat, hari pertunjukan kawat tempur platun –platoon battle drill-. Siapa kata buat KTP ni tak penat mai sini nak tolong lempang dengan M-16. Huh.. latihan jangan dikatalah.. dengan penat mengendalikan promosi setiap kolej dan fakulti... tidur lewat dlm keadaan letih. Masa raptai pulak tengah laju berlari boleh Kapt Peter ckp ‘Patah balik, patah balik!!!’ kalau patah balik masa latihan terima watikah takpelah 30 kali pun.. ni berlari satu padang dengan senjata dengan penat... uhuu.. punya sakit jiwa dan raga hanya Tuhan yang tahu... sakit mata dia kata.. ikut je lah... mata orang yang tengok.. mata sendiri tengok member kat depan dengan jalan kat padang varsiti.. kalau dilayan penat memang tak nak buat.. tapi dengan semangat sukarela dan penuh kebanggaan menjadi seorang tentera meski hanya dalam Wataniah.. apa ingat senang ke nak masuk wataniah.. wataniah pun angkatan tentera malaysia apa. Kalau ada orang mencemuh taraf wataniah dalam Atm memang silaplah.

Bagi saya Rejimen Askar Wataniah –RAW- memainkan peranan penting dalam mengasuh anak watan menjadi tentera simpanan sebagai siap siaga menampung kekurangan tentera tetap dalam menghadapi apa jua kemungkinan ancaman terhadap pertiwi tercinta. Berkhidmat mempertahankan adakah tidak menjadi keutamaan manusia di malaysia? Bahkan jika berlaku darurat barisan simpanan akan dipanggil bersama-sama mengangkat senjata memikul dibahu menentang musuh durjana. Hanya manusia yang takut mati dan tak mahu syahid sahaja yang akan cari lubang yang dia muat masuk untuk menyelamatkan diri. Memang format tentera Malaysia ala British sikit tapi setelah sekian lama sudah banyak kudis orang putih hilang. Yang adapun acara tertentu sahaja, itupun sudah diasimilasi dengan adat budaya Malaysia.. Cuma kalau masih ada yang tak kena, sebetulnya yang melaksanakannya itu yang tak kena..

Berbalik kepada proses pengambilan intake 30 yang akan masuk fasa 3 esok, saya sebenarnya masih tidak tahu bagaimana perkembangan respon pelajar terhadap notis –hanya ingin lelaki- yang saya naikkan di kolej-kolej dengan bantuan senior pada jumaat lepas. Minta-minta ada lelaki yang lelaki yang sudi menyahut cabaran nusa dan bangsa. Bukan senang dapat peluang nak masuk palapes. Ish...

Mengimbau kembali masa mula-mula saya mengisi borang UPU setelah dibebelkan oleh Abang Long.. entah apa-apa.. bukan tak nak isi tapi sibuk sikit sebab kerja. Kerja sambilan di pasar rsaya salamku, Lundang sementara sambung belajar. Walau agak tergesa-gesa tapi pertimbangkan juga pilihan pertama, pilih Um sebab ada palapes. Ikutkan nak letak UPSI tp ingatkan takdak palapes jd letak UPSI pilihan kedua.. rasa akan dapat pilihan pertama sebab ehem.. result ok la jgk.. terutama untuk kaum Adam yg tak berebut sangat nak masuk U. Tak macam perempuan yg terpaksa bergelut dek terlalu ramai dan ramai pula dapat result bagus-bagus. Lagipun sepupu dulu masuk palapes UM jgk.

Promo.. ooo... promo.. tengoklah besok seperti dimaklumkan, hari temuduga dan angkat sumpah (26 Julai), mcmana perjalanan dan berapa yang datang.. saya masih menaruh harapan yang tinggi lelaki akan bertambah.. tengoklah... kalau gagal juga nampaknya sejarah baru palapes Darat UM – intake 30 perempuannya adalah lelaki dan lelakinya perempuan.. perempuan tak boleh manja-manja harap lelaki je buat keje berat lepas ni, perempuan kena tlg apa yg terdaya...

Rabu, Julai 02, 2008

Dedikasi buat sahabat2 PUMA intake 27

Semalam, Setelah Usai Segalanya
(secebis catatan yang tertangguh)

Catatan yang tertangguh ini
Kunukilkan buatmu teman
mengimbau detik-detik semalam
yang kita tinggalkan menjadi kenangan
setelah usai segalanya.

Setelah usai ujian pelajaran
kita mengukur sebuah padang
dengan sekujur badan
dan bermulalah ujian akal fikiran
sejauhmana ia mampu bertahan.

Kita menjadi manusia terlupa hari
dan tanpa sedar hari yang berlari
sudah jauh batas waktu kita lewati
tidak juga kita sedari
kita sudah berada di sini
termenung sejak dinihari.

Hari itu, setelah usai sebuah pertandingan
Kita sebenarnya tidak hairan
jika ada keputusan tidak memuaskan
ada keputusan dipertikaikan
ada keputusan yang ditangguhkan
tiada keadilan ditegakkan
kerana kepalsuan itulah kebenaran
tatkala kebenaran dipalsukan.

Kala matari membahang
ada antara kita yang tumbang
dan banyak mata mula memandang
esoknya bertambah pengawal padang
dan bertambah juga pembawa pedang.

Kita mengukur jarak padang petak sempit
Sesempit petak-petak fikir si akal fakir
namun kita tidak ketemui penghujungnya
sehingga hari terakhir
selepas menjadi penunggu yang setia
dan menamatkan pengukuran dengan bergaya.

Pernahkah kita menyangka hari yang cerah
tiba-tiba awan hitam datang menyimbah basah
kita menyangka sang bayu menyapa
rupa-rupanya ribut taufan yang menerpa
kita menyangka pawana menjelma
namun pawaka datang bawa onar
dan adakah pernah kita menebak
bahawa hidup yang penuh nikmat
akan tiba-tiba ditimpa azab.

Kita mengharapkan inilah daun terakhir
dan hari-hari akhir sebagai beluncas
sebelum berubah menjadi kupu-kupu
terbang bebas di udara
namun percaturan selalunya silap
pabila sayap yang berkembang
tidak membawa kita jauh
ke seberang pandangan.

Dalam deru ombak yang mengasyikkan
entahkan hilang segala resah gelisah
yang berkelabut dalam ruang fikir
entahkan terurai segala yang terkusut di jiwa
entahkan tenang segala gelora di dada kita
dan pulau yang kita saksikan di pantai ini
sepikah seperti hati kita
yang sunyi dari uji derita
tapi bersipongang luka dosa.

Semalam, setelah usai semusim bersama
kita memilih haluan sendiri
mencari rentak hidup sendiri di duniawi ini
entahkan semua momen yang dilewati
akan terus terpatri dalam memori
dan masihkah ada di hati perimanusiawi
yang kita asah dan pahat bersama
di sekolah hidup penuh kefanaan ini.

Semalam, setelah usai segalanya
kucatatkan catatan yang tertangguh ini
kupahatkan kenangan pada stanza puisi
mungkin kabur buat saudara tapi bukan padaku
silakan selami makna tersurat dan tersirat.

Dan semua ini hanyalah,
secebis catatan yang tertangguh...

MARKAS PALAPES UM
22 – 30 Jun 2008.

Myblogloglaq