Sabtu, Februari 14, 2009

Cinta Oh Cinta...

(selepas kuliah cinta Valentine oleh Ustaz Hasrizal di Kolej 8 UM )

Tika cinta bersiulan di jalanan dusta
ada juga yang mengutipnya
lalu disimpan dalam raga jiwa
dibelainya
dibuainya
diberinya pada sang kekasih
ambillah cinta ini sayang
kita madukan bersama
agar manis sepanjang masa

Lalu cinta itu mula meracun sukma
kerana cinta nafsu bagaikan virus
yang pantas membarah
hingga hati busuk parah
iblis menguasai tiap arteri darah

Berpimpinan pasangan kekasih
di taman, di pasaraya, di mana-mana
"inilah cinta sejati
cinta kita, selamanya"
bisik sang kekasih sayu
hati yang sedia layu
melayu-layukan segala
diserahkanlah sekujur tubuh
demi serakahnya nafsu
sebagai tanda cinta

Terlanjurlah
demi sebuah cinta
bertalkinlah, iman di dada
ajal maruah terkubur lama
menunggu roh agama dicabut
hanya demi sebuah nafsu
yang dirajakan syaitan durjana

Tuan-tuan sekalian, jagailah anak anda
seusia anak benih
yang bakal tumpah ke rahim ibunya
jangan persalahkan anak
jika kita tidak bersedia sepenuhnya
melahirkan, mengasuh, mendidik
pengembara baru di mayapada nan fana
penuh onak liku ranjau luka dan duka
ini dunia tempat kita menyemai dan menyubur
di akhirat sanalah kita menuainya.

Carilah cinta yang sejati
yang ada hanyalah
padaNya...


Taman Bukit Angkasa

4 ulasan:

Lumut Pagi berkata...

Salam mas Hasmora,

Menyebut tentang Valentine ini, membuatkan saya, si perawan desa, terkedu melihat dunia kota. Di desa, kami bersemuka dua keluarga andai kata terselit rasa di hati kedua teruna dan dara. Di sini lain, ya? Mungkin saya kolot, tidak tahu menilai dan membuktikan cinta di hari kasih sayang yang seluruh dunia raikannya.

Mas,
Apa mas suka dengan karya Picasso dan Emily Dickinson? Sekadar bertanya..:)

Setelus Hati Zinnirah berkata...

salam...
ai tuan..

wah3x.. sungguh x sangka tuan ni pun mcm sy jgk ek.. jiwa2 sungguh sastera.. ekekeke.. :P

erm.. tere ek tuan jd mc..bagus2..ade bakat.. sori lah x bp nk layan tuan ari tu.. segan sbnrnye.. ekekeke :P
jgn mare a...

o ye.. add la blog sy kt blog list tuan ek.. ekekekeke...

Hasmora berkata...

Salam cik Lumut Pagi,

dunia ini sudah porak sejak hukum-hakam diatur manusia menurut nafsu serakahnya.. firman Tuhan dipersenda.. maka kita sedang dihukumNya dgn dugaan sebegini rupa.. kita sedang lemah.. tunggulah hari kebangkitan.. gadis-gadis kota kebanyaknnya.. ibarat dagangan di kaki lima.. sama2lah kita tafakur.. bgmana hadapi dilema ini semua..

Picasso dan Emily Dickinson? saya belum sempat menguliti mereka.. huhu..

Saudari Nurul,

biasa sahaja saya ini.. tiada apa istimewanya..

tak mengapa..lagipun sy agak sibuk krn diserang senior2 sbb lastly lidah terbelit p sebut brigedel.. haha..saya sebenarnya mmg stail cakap laju..kuikui

bloglist akan dipertimbangkan.. hehe..

trm ksh sudi bkunjung ke tratak tak sbrapanya ni.. (sbnrnya rasa lega amat pabila Left. Kol Abdullah amat berpuas hati dgn pembawaan MC saya..kekeke)

Setelus Hati Zinnirah berkata...

mekacih add sy kt blog list tuan..ehehehe... :P
nk amik cmane.. sy kn duk kt blakang tuan...takkan nk amik gamba blakang plk..huhuhu...

Myblogloglaq