Isnin, Januari 12, 2009

Malam Puisi Pena - Palestin

Malam sabtu lalu, bersama Zamzuri Mustapha ke Rumah Pena. Hadir memberi sokongan kpd Deklamasi puisi Pena sempena Palestin. Agak lewat, hampir jam 10. Itupun ikut jalan jauh. Kenapalah Zam tak bagitau awal2 dia tahu jalan dekat.

Kali kedua ke Rumah Pena, kali pertama pada majlis idul fitri lalu. Hati yang asalnya berbunga-bunga kerana jarang-jarang hadir ke majlis sebegini, bertukar gerimis tatkala tersentuh. Alahai, askar bejiwa mulus ke apa saya ini.

Sempat saya rakamkan aksi beberapa penyair; SM Zakir (tiba2 jadi penyair), Zubir Ali, Kemala dan Malim Ghozali PK. Sayangnya tak rakam Mas Adeki baca gurindam bernada lantang. Sedap bangat. Berkobar-kobar jantung eden. Semangat meluap semacam. Sama naik dengan semangat penyair di depan. Ada juga penyair jemputan seorang srikandi seberang. Pada awal bicara sudah gawat, seakan ada sebak yang menyesak dada.

Tak mampu saya rakam semua aksi penyair lantaran ketidakmampuan kamera murahan saya yang takberapa jelas dan tidak memuaskan hasilnya-yang sebenarnya kekurangan tenaga. Namun cukup untuk saya merakamkan alunan syahdu Balada Gadis Kecil dan sebuah lagi lagu dendangan Zubir Ali dituju kpd Tuan Presiden, maksudnya kpd Presiden Amerika- negara paling kuat mengangkat Bukit Zion kaum paling bongkak dan angkuh di muka bumi ini.

Usai majlis deklamasi, sempat saya menemui Dato' Baha Zain. Tujuan utamanya untuk minta autograf pada bukunya - Berguru Pada Bintang. Bicara apa sahaja, diungkit bangkit kenangannya semasa di Uni.Malaya masa muda. Isterinya banyak juga bicara. Sunguh ramah. Bicaranya tentang Dato' Baha zaman muda. Keghairahan perjuangannya membela bahasa bangsa hingga tertangkap polis. Kegigihan Baha Zain perjuangkan bangsa Melayu (dengan membela bahasa Melayu) sanggup bersengkang mata, berpenat lelah.

Telah saya muat-naik video tersebut dalam youtube. Dan hasilnya boleh ditatap dibawah ini (memang tak memuaskan hati bg mereka yg inginkan kesempurnaan).


Balada Gadis Kecil dan Monolog dengan Presiden Amerika



Malim Ghozali PK




Saudara S.M Zakir




2 ulasan:

Nawfal Fathel berkata...

apa ya hagemoni?

Hasmora berkata...

kamus dewan mgatakan- dominasi atau pengaruh atau penjajahan sesebuah negara ke atas negara2 lain. yg ingin saya maksudkan dlm puisi ini ialah pengaruh dan dominasi dunia terhadap jiwa manusia yg mneyebbkn kelupaan kpd yg spatutnya- perjalanan dan persinggahan kita ini tdk tamat dgn mati. ada hidup selepas mati. bersediakah kita ke sana, sdgkn kita di sini trus leka?
nasihat kpd diri sendiri dan kpd semua yg ingin mengerti...

Myblogloglaq