Selasa, Januari 13, 2009

Sampai bila... Hegemoni Dunia terus Kuasai diri


Hegemoni Globalisasi

Retorik-retorik terus bersipongang

tatkala tangis anak kecil masih bergema
sampai bila kita biarkan mereka
menghilang dahaga dengan air mata
sedangkan yahudi laknatullah terus melapah
sanak saudara kita di bumi Gaza.

Palestin bagaikan sebilah pedang
makin hari makin tenggelam
kerana kita biarkan Islam karam
dalam nurani paling dalam
Islam sekarang (kebanyakan)
yang ada pada kita hanyalah hiasan
ketawalah manusia-manusia syaitan
kerana anak Adam telah sujud pada nafsu
di mana para syaitan enak beradu.

Di mana salam
yang seharusnya penyambung hubungan
di mana senyuman
menghidupkan kemesraan
telah semua ditelan kemodenan
hegemoni globalisasi
hidup mu-mu, ku-ku
kita nafsi-nafsi
ah! beginilah nampaknya
pabila cinta dunia kuasai diri
mati menjadi ketakutan manusiawi...

Nihilnya hamba ini!
hegemoni dunia terus kuasai diri...


Taman Bukit Angkasa

2 ulasan:

kartini berkata...

salam.
puisi yang sangat baik. minat puisi juga kah? terima kasih atas kunjungan saudara di blog ana. smoga dikurniakan kesihatan juga untuk terus menulis. mabruk..

salam perjuangan,
Srikandi

Hasmora berkata...

salam srikandi...

ya saya.. peminat puisi@penyair.. sama-sama... semoga kita menyumbang sesuatu kpd masyarakat yg semakin bobrok ini.. subhanallah...

Myblogloglaq