Khamis, Julai 02, 2009

Secebis stanza Sir Muhammad Iqbal

Puisi ini adalah puisi Sir Muhammad Iqbal, dan hanya sebahagian sahaja daripada tajuk di bawah. Puisi beliau satu-satu sangat panjang.

Tidaklah dapat saya jelaskan satu persatu bait-bait ayat ini. Stanzanya punya istimewa sendiri.

Saya bukanlah penggila Muhammad Iqbal seperti seseorang yang diceritakan seorang kawan dalam PENA. Saya hanyalah pengkagum sahaja.

Ayatnya penuh falsafah yang perlu dihayati dan diambil pengajaran.

Berbicara tentang cinta, benarlah pendapat yang mengatakan cinta selepas perkahwinan adalah cinta sebenar dan sejati. Usah mencari cinta sebelum perkahwinan kerana cinta sebelum kahwin hanyalah susunan retorik dan hipokrit semata-mata. Forum Perdana Ehwal Islam jam 9 malam TV 1 ini malam mengupas isu ini.


Menunjukkan Bahawa Diri Itu Diperkuat Oleh Cinta

Titik yang bercahaya yang namanya ialah Diri
Adalah bunga api hidup di bawah debu kita.
Dengan Cinta ianya jadi lebih berkekalan,
Lebih cergas, lebih membakar, lebih bersinar.
Dari Cinta bermula kegemilangan wujudnya.
Dan pembangunan kemungkinannya yang tidak diketahui.
Keadaannya mengumpul api dari Cinta
Cinta mengarahnya dari dunia.
Cinta tidak takut pedang atau keris
Cinta bukan dilahirkan dari air, udara, dan tanah
Cinta mengadakan damai dan perang dalam dunia
Cinta ialah pancuran hidup
Cinta ialah pedang Mati yang berkilauan.
Batu yang paling keras retak oleh pandangan Cinta
Cinta Allah akhirnya menjadi seluruhnya Allah
Belajarlah bercinta, dan carilah yang dicinta:
Carilah mata seperti Nuh, hati seperti Ayub!
Jadikan segenggam tanahmu kepada emas
Ciumlah bendu Insan Kamil!
Seperti Rumi, cucuhlah api kepada kandilmu
Dan bakar Rum dengan api Tabriz!

Muhammad Iqbal

Tiada ulasan:

Myblogloglaq