Isnin, Julai 06, 2009

Blog loq laq lik nih

Bagi sesetengah orang, punya satu blog sudah jenuh hendak ‘update’. Masakan pula saya punya beberapa blog. Bukan pula bila duk depan laptop terus menulis dan posting dalam blog!

Menulis blog bagi saya memang bukan perkara baru. Sudah 3 tahun. Bolehlah dikatakan adil bagi setiap tahun kerana tiap tahun juga ada blog baru saya buat. Haha.

Blog peribadi

Blog yang anda baca ini blog yang pertama. Bermula dengan daya inkuiri yang kuat apa ke benda blog ini maka saya jelajah sendiri alam blog nih. Mula-mula saya memanaskan blog ini dengan isu politik. Saya sentuh sikit-sikit saja. Buat lepas sedikit geram. Masa tu saya bubuhlah shoutbox kat sebelah kanan nih. Sekarang dah takda kan? Ada la sikit masalah, dek kuat sangat edit layout. Sekarang apa dah jadi? Macam tikus baiki labu pulak.

Blog kedua bertajuk Tamu Teratak Pendeta blog ini terbuat dalam kelas Teknologi dalam Pendidikan Islam yang dikendalikan Ustazah Salina Busrowi, yang menggantikan suaminya Ustaz Hashimi yang cuti sabatikal. Blog ini asalnya berkongsi dengan Kamarul. Tapi sekarang saya sepenuhnya. Saya isi dengan apa yang patut. Saya kutip mana-mana artikel yang berkenaan dengan dakwah dan hukum Islam. Juga dalam perancangan nak isi dengan soal jawab penceramah dalam mana-mana kuliah atau kelas tafaqquh yang pernah saya hadiri di sekitar Kuala Lumpur ini.

Blog ketiga, yang ini lebih kepada catatan peribadi biasa. Akaun wordpress. Juga lebih kepada percubaan saya meneroka edisi wordpress yang kelihatan lebih elegan. Carilah sendiri akaun ni kalau nak tengok. Haha.

Blog cawangan blog ini ialah Ujana Karya Hasmora yang menghimpunkan sajak-sajak saya. Tak semuanya. Hanya yang terpilih saja.

Blog persatuan

Blog persatuan yang pertama saya buat ialah untuk Sarjana Muda Pendidikan Islam. Sekarang diberi kepada orang lain untuk dihidupkan. Nampak dah kurang hidup dah.

Blog kedua saya buat ialah blog PALAPES UM, dibuat selepas pentauliahan 2008. Namanya Wira Siswa. Sempena nama majalah yang kononnya diberi kepada saya supaya dibuat. Tapi hampanya tiada kerjasama sepatutnya sama ada pihak atas mahupun para bawahan. Akibatnya majalah tu tinggallah namanya dan angan-anganan. Blog tu pun takda yang sanggup ambil alih. Sudah namanya sukarela. Kalau suka takpa. Kalau tak rela? Bagi duit baru sanggup! Ah.. retoriknya tuan-tuan...

Buat blog dan updatelah blog. Itu nasihat saya kepada diri-sendiri dan buat yang ingin mengerti. Ada yang bertanya saya bagaimana menjadi blogger dan minta saya ajar buat blog. Yang bertanya pointernya jauh lebih bagus dari saya. Kata saya ‘explore sendiri, janji faham bahasa Inggeris’. Tapi saya dah lama tahu. Pointer tinggi mungkin hanya pandai tapi tak semestinya bijak.

Erm... tak setuju? Ah.. pikir sendirilah. Wallahu ‘alam.

Tiada ulasan:

Myblogloglaq