Ahad, Mei 10, 2009

Riadah Bukit Gasing

Ketika berjumpa Remy di pejabat bersama Program Pendidikan Islam dan Program Sains Gunaan Jumaat lepas, tak tersangka akan membawa saya ke Bukit Gasing. Sungguh tak sangka ada bukit yang dijadikan tempat riadah berhampiran Pantai Dalam 'ni.

Remy mengajak staf Sains Gunaan, Kak Ani untuk menyertainya.. dan Kak Ani ajak pula kawan serumahnya. Rasa segan pula bila tengok-tengok kami lelaki tiga orang, tambah Budin dan mereka pun tiga orang. Ketika saya tiba dan parkir lalu berlari menyertai Kak Ani dan Remy serta yang lain-lain ada dua pasangan remaja juga ingin ke Bukit Gasing. Yang membezakan kami dengan dua pasangan remaja yang berjalan di belakang kami adalah kematangan. Mereka hanyalah remaja yang masih mentah dan bergayut di dahan cinta nan rapuh. Risau saya lihat fenomena cinta remaja di KL 'ni. Kata-kata Ustaz Khalid semasa saya temuramah beliau tahun lepas tak perlu saya sebut saya rasa. Bikin malu sama masyarakat. Tapi masyarakat kelihatan tidak ingin berubah ke arah lebih baik. Malah semakin bejat!

Pergaulan bebas sedemikian siapapun yang waras tahu akan kemungkinan kesudahannya. Hendak pula anak remaja KL yang cepat 'matang''. Mereka memintas kami ketika turun bukit. Entah ke mana sudah mereka. Cuma hendak buat pelik-pelik tak mungkin sebab ramai sangat orang pagi 'tu. Yang ramainya pula India dan Cina. Melayu ada kadang-kadang. Asyik 'morning' saya. Pandai morning-morning la pulak. Huh...

Sambil berjalan Remy berkongsi ilmunya. Maklumlah sudah bidang dia main dengan hutan. Tanda hutan sudah diteroka la. Kenapa daun yang rendah besar dan yang tinggi kecil. Dan indikator hutan itu pernah diteroka ialah sebuah pokok bernama simpoh.

Riadah pagi semalam akhirnya diakhiri dengan makan roti jala di warung terkenal berhampiran PPR Kerinci. Berjalan ada dekat sejam tapi duduk di bangku hampir dua jam. Dah tunggu roti jala saja sudah dekat sejam..

Lain kali.. pergi sendirilah. Ajak serumah sewa ke.. lama tak turun naik bukit. Semacam nak bergelar Leftenan Muda (bersara) lebih cepat rasanya.. haha.

di antara dua simpang, satu lagi ke Menara Pandang..

2 ulasan:

Setelus Hati Zinnirah berkata...

isk.. tuan nk bergelar ltm bersara?????? ai... br ingt nk ajak tuan g kursus ketua platun kalau sy dpt pakai pkt thn dpn.. huhuhu...

Hasmora berkata...

tiba masa kita harus berundur jua.. tak selamanya kita akan bertahan dari serangan demi serangan.

hehe.. saya tak pasti adakah saya sempat kursus.. masa terlalu mencemburui.. terikat dengan mcm2 komitmen dan kerja.. ada peluang nantilah.. huhu

Myblogloglaq