Khamis, Mei 28, 2009

Catatan PPMN 2009


Saya mungkin yang paling lewat mencatat sesuatu tentang Perhimpunan Penulis Muda 2009 yang berlangsung di Puteri Resort, Ayer Keroh Melaka pada 22 hingga 24 Mei lalu. Penulis-penulis lain balik saja sudah mengetek.

Saya kira saya hanyalah watak kecil sahaja di PPMN 2009. Penulis yang orang tak kenal. Apapun segala syukur hanyalah pada-Nya kerana memberi saya peluang hadiri program ini.

Sekarang sudah longgar jadual tentera sukarela saya. Suka pergi tak suka tak pergi? Haha.. ini adalah ‘statement’ para senior ganteng.. saya tak pergi kalau sibuk manjang dengan komitmen lain. Betul-betul lapang baru pergi latihan. Dan sekarang musim bermacam program bertindih tarikh. Sibuk juga saya rupanya. Waduhai.

PPMN adalah alasan paling kuat untuk tidak hadir latihan tempatan dan tidak mengiring pertandingan ko-kurikulum SMKTDH di PPD Langat. Menjadi kuat apabila surat itu dari Biro Penulis Muda Nasional, Sdr Saifullizan Yahaya. Pengetua dan Penolong Kanan mengiyakan saja, tapi Penolong Kanan Ko-K nasihat sepatah dua. Nasiblah baik masa tu masih musim periksa dan hari Jumaat kelas pengajaran saya tiada.

Sebenarnya saya sudah tidak bermaya sebelum ke Melaka. Semua gara-gara rakan serumah melewatkan tidur saya. Diajak ke KFC pulak. Jam satu pagi masih ke KFC. Apa jadah betul. Dibelanja punya pasal saya pergi juga. Katanya upah saya ganti masak. Iyelah tu.. Ke sekolah menguap je kerjanya. Mujur jaga periksa. Sejak pencen pegawai kadet jadi manja tak boleh tidur lewat. Badan dah tak ‘fit’. Dua hari tubuh jadi lemah letih lesu semacam. Sampai hari ni masih terkesan. Kitaran biologi sudah terganggu. ~betul ke ayat nih..huhu

Di Melaka nampak sangat saya letih hingga mudah sangat mengantuk dan letih. Hingga penyelaras PPMN (baca Pengarah..hehe) pun acapkali tanya “ok ke Hasmora?”. Saya hanya mampu mengangguk lemah. Banyak kali juga sejak saya mula aktif bersama PENA, beliau berpesan supaya tidak jemu dan mudah patah semangat berjuang dengan PENA. Cabaran demi cabaran sebagai anggota muda yang direkrut PENA beliau pesan supaya bersedia menerimanya dengan hati terbuka. InsyaAllah, pejuang muda ini siapsiaga hadapi sebarang kemungkinan. Ye.. gempur...

Selain menjadi ajk domestik saya juga ditaklifkan menjadi ‘speaker’ majlis perasmian dan penutup. Sebuah ‘pembesar suara’ bingit dan mencetuskan suasana tidak menyenangkan. Seorang wakil pihak tuan tanah semacam sindir saya kerana menjemput beliau supaya berucap sepatah dua kata. Itu hanyalah bunga bahasa. Bergantunglah tuan tanah nak patahkan dahan bicara sebesar manapun. Peduli apa saya. Jangan hayun sampai orang heret turun sudah. Kan tak pasal kecoh satu Malaysia. Haha..

Perhimpunan kali kedua selepas di Tanjung Piai empat tahun lepas sememangnya ada kehangatan tersendiri. Sebuah perhimpunan yang mengumpul dan menemukan hampir 200 orang anak muda termasuk penulis veteran mapan tentulah mencetuskan amarah darah muda yang marak mengepam dalam jantung. Saya yang kerdil hanya menjadi pemerhati. Senyum, gelak, kerut dahi.. tulah kerja saya dalam dewan yang menghangatkan telinga tapi memerlukan kepada jaket yang lebih tebal.

Terima kasih kepada para penulis tanah air tak kira muda atau lewat usia atas perkenalan yang amat bermakna. Buat rakan seperjuangan sekalian, sudah tiba masanya kita menetapkan paksi arah tuju perjuangan. Cabaran yang datang adalah ujian keimanan, kerana tidaklah dikatakan muslim itu beriman sehingga ia diuji.

Salam hormat.

2 ulasan:

Nazmi Yaakub berkata...

catatan ini kira awal laahh.. ada yg tak catat langsung :))

HASMORA MASNURI berkata...

wah.. gitu ke.. haha.. tp Lut dan Tuan Haji plg awal..

Myblogloglaq