Khamis, Mei 28, 2009

Bukan Salah Anak Ini


bukan salah dia terpaksa lena
kerana dia pun tak tahu nak jawab apa
siapa saya hendak marah dia
kalau saya marah saya dapat apa
kalau dia bangun dia tak tahu buat apa
termangu-mangu macam kambing gigi takda

bukan salah jadi anak bongsu dia
yang katanya tiada apa dia dapat yang istimewa
tak terkata saya bila saya bertanya
tak tahu ayah dia dulu sebelum pencen kerja apa

selain dia ramai lagi gelagat begini ya
cuma tak larat saya nak ambik gambar
sebab dia sebelah saya
tanpa segan silu pejam mata atas meja
kertas jawapan cukup sekadar tulis nama
yang lain saya tak pasti la
macam tak jawab apa juga

mungkinlah ramai lagi begini
jadi mangsa kekeliruan bahasa
bahasa tak dapat, ilmu pun tak dapat
alahai anak bangsaku
pasrahlah..
tabahlah..
sabarlah..
redhalah...

kalau inilah suratan takdirmu
berhentilah berharap aku
melihat bangsaku maju
dengan bahasa ibunda kebanggaanku


Taman Bukit Angkasa

3 ulasan:

D'Rimba berkata...

Bahasakuuuuuuuuuuu........Terpaksa kuseru namamu. Kerana jiwa ini membarah hampir bernanah melihat nasibmu.

kartini berkata...

assalamu'alaikum..

lamanya tak jenguk blog ni. kaifa hal? saya baru saja habis exam..

oo.. ini puisi ya.. menarik, cuma izinkan saya yang masih kurang ilmu sastera ni untuk komen sedikit saja. boleh kan? :)

puisi ni dah cukup bagus. cuma banyak sangat perkataan yang berulang..

"kalau saya marah saya dapat apa" ini lebih sedap kalau perkataan saya hanya disebut 1 kali saja dlm 1 ayat. seperti ini "kalau saya marah dapat apa" dan..

"kalau dia bangun dia tak tahu buat apa" tak perlu ulang perkataan 'dia' sampai 2 kali dalam 1 ayat.

ini cuma komen picisan supaya walaupun berkarya puisi suka-suka tetap juga dirasakan sedap andai dibaca. itu saja komen saya..

teruskan menulis dan berkarya.. rajin2 lah juga datang komen puisi2 saya ya.. hehehe

salam hormat:)

Hasmora berkata...

D'rimba,
serulah.. moga ia menyahut

Wardatul shaukah,
ana sihat.. puisi dibiasakan dengan bahasa deklamasi yang sinis.. kerana itu ada pengulangan.. kalau tak ulang baca tak sedap.. itu sajalah ceritanya.. hehe

Myblogloglaq