Selasa, September 29, 2009

Demi silaturrahim

Di bulan Syawal yang mulia ini, pertama sekali saya ucapkan, Minal ‘Idil wal Faizin, Taqabbalallahu Minna waminkum taqabbal ya kareem..

Saya tahu, ramai sahabat rakan taulan dan woris saudara mara yang terkilan terasa hati dan berdukacita kerana kekhilafan saya yang tidak terjemput, tidak terundang dan tidak terajak ke majlis perkahwinan saya tempohari. Ampun maaf saya pinta kerana kegagalan saya memenuhi tuntutan silaturrahim yang amat penting ini.

Di samping amanat ibu yang saya harus penuhi – jangan panggil kawan ramai sangat sebab kita buat majlis kecil-kecilan. Namun saya sebenarnya terkilan kerana tidak terjemput semua sahabat taulan saya semasa bergelar pelajar di sekolah menengah dulu. Ada kerana si kawan menukar nombor telefon, ada yang terlupa dan ada juga yang selalu jumpa namun tak tersebut lidah sepatah madah. Entahlah, mungkin sebab kesibukan dan banyak perkara yang difikirkan dalam kepala jadi serabut dan bagai lagi.

Yang saya jemput namun tidak dapat datang tak mengapa. Saya amat memahami musim perayaan dan musim kenduri-kendara di samping jalan sesak-sendat di sini-sana.

Demi silaturrahim dan ukhwah fillah hingga akhirat ayuh kita padamkan segala kesumat di dada. Biarlah ia menjadi abu dan mengalir dalam alir airmata keinsafan.

Demi silaturrahim yang manis dan mahal, maaf segala khilaf saya. Kita terbitkan cinta dan kasih sayang baru lagi murni dan harmoni.

Salam Eid Mubarok... Maaf Zahir Batin.

3 ulasan:

Azrul Hisham berkata...

Selamat pengantin baru... :D

Hasmora berkata...

Bro, terima kasih :)

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Hasmora,
Selamat Pengantin baharu.
Moga Allah permudahkan segala yang kamu berdua lalui. Belajar memahami diri pasangan. Jangan memaksa pasanganmu memahami dirimu. Mafhum sabda Nabi SAW, tutuplah sebelah matamu terhadap kekurangan pasanganmu.

Terimalah seadanya.

al-akh
al-Kurauwi

Myblogloglaq