Selasa, Jun 02, 2009

Kugiran Kenduri Kahwin Taman Bukit Angkasa

Setahun sudah saya mendiami Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam. Sudah bermacam rencam-rencana saya lalui. Namun, setakat ini tidaklah saya lihat ia semakin baik.

Ahad lepas ada kenduri kahwin atas jalan masuk ke blok 21. Tepatnya blok 19. Seperti lumrah berlaku di mana-mana di taman perumahan di Kuala Lumpur, bila buat atas jalan maka akan mengganggu lalu-lintas. Namun bukan soal lalu-lintas yang mengganggu nurani saya. Tapi perkara yang bagi saya tidak diperlukan dan membazir – kugiran alias hiburan. Bahkan kerana hiburan seumpama inilah yang mengklasifikasikan walimatul urus yang digalakkan oleh Islam daripada harus menjadi haram.

Sebelah siang saya lihat kumpulan gila hiburan (kugiran) hanyalah sekadar biasa. Itupun sebab saya sekadar lalu. Tak pernah saya bertandang tumpang makan kalau ada kenduri. Orang tak ajak takkan nak pergi. Sebelah malamnya amatlah mengecewakan saya. Bercampur lelaki perempuan berdansa diiring lagu kugiran. Jelas nampak kelihatan walaupun hanya sekadar lalu. Saya yang pulang dari rumah kawan yang buat majlis solat hajat dan bercukur hanya mampu menggeleng dan berkata-kata kecewa sesama kawan yang bawa motor. Ingatkan nak ambil video atau gambar. Tapi tak jadi memikirkan ada risiko jika buat begitu dengan pakaian baju melayu dan kopiah. Ah... Belum berubah lagi rupanya masyarakat kita.

Patutlah tak ramai orang kat surau. Rupanya ramai manusia yang macam ni. Nampaknya Kak Izzah Anwar selaku AP Lembah Pantai kena ambil pendekatan merubah fenomena begini paling tidak kawasan Taman Bukit Angkasa yang didiami oleh kebanyakan mahasiswa Universiti Malaya. Memanglah mahasiswa pun ramai yang spesis tak sedar diri, sama ada yang tinggal di dalam atau di luar. Sekurang-kurangnya beliau sebagai orang kuat Pakatan Rakyat yang mewakili Lembah Pantai di parlimen menjadi contoh dan menangkis tanggapan sesetengah orang yang pesimis melihat kemampuan AP muda menewaskan Kak Jat PRU lalu. Golongan muda memang memerlukan contoh dalam kalangan muda sebagai tauladan.

Ini hanyalah catatan kecil dari insan kerdil. Politik kepartian bukan bidang saya. Tapi tidak semestinya berpolitik hanya di atas landasan kepartian. Dan landasan politik perlu untuk berdakwah kepada masyarakat seumpama ini kerana dakwah melalui contoh tauladan pemimpin mudah dan cepat berkesan berbanding penceramah dan pendakwah di televisyen yang hanya dilihat kaki masjid. Kaki liburan tentunya cepat-cepat alih siaran hiburan. Kan banyak siaran tv kita sekarang ni. Macam-macam ada.. tepuk dada tanya iman laa..

3 ulasan:

rozais al-anamy berkata...

Hasmora,
Pemandangan serupa itu bukan hanya di tempat saudara, dan tidak peliklah kalau ia berlaku di kota metropolitan.

Yang sedihnya di negeri Serambi Mekah ini boleh dikatakan semakin menjadi fenomena sebegini di majlis-majlis kenduri kahwin. Siap dengan pakej karaoke lagi. Pasal bersanding pula dah tak jadi hal janggal lagi dah.

Dunia fitnah, itulah. Dan inilah cabaran besar buat graribin.

Azrul Hisham berkata...

Orang Melayu dengan hiburan memang tak dapat dipisahkan...ada rasa kecewa juga dihati melihat orang-orang kita lalai dengan hiburan

HASMORA MASNURI berkata...

Rozais,
anasir mazmumah yg menyerang lebih kuat dari pepatah nasihat Tok Guru yg sepatutnya menjadi benteng akidah masyarakat umat Kelantan.. berapa ramai rakyat Kelantan yg dengar cakap Tok Guru lonih.. tok peliklah ambo.. huhu

Tuan Azrul (senior kawe..huu),
~kita fikirlah sama-sama.. ini dunia akhir zaman.. adakah sudah cukup persediaan.. bersedia bukan hanya untuk bertempur tuan..

Myblogloglaq