Ahad, Mac 15, 2009

Apa salahnya....errr... Eh.. tapi la kan... ish saya tak paham!

Mara tawar Nik Nur Madihah lanjut pelajaran ke London

KUALA LUMPUR: Mara menawarkan pinjaman penuh secara automatik kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18, pelajar cemerlang yang memperoleh 20A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), untuk melanjutkan pelajaran peringkat A Level di London.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata Mara akan berikan tawaran secara automatik tanpa perlu melalui proses temuduga atau mengisi borang.

"Kita berikan kes istimewa untuk adik ini dengan terus menghantar beliau ke luar negara untuk membuat A Level dahulu," katanya selepas melancarkan kempen satu keluarga satu syarikat/perniagaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

"Bagi pihak kementerian kita ucap tahniah. Saya sendiri dah bercakap dengan Nik Nur Madihah, dah cakap dengan ayah dia dan pagi tadi saya bercakap pula dengan guru yang mengajar pelajar ini.

"Pelajar ini kita lihat datang dari keluarga yang miskin dan saya tengok pelajar ini cemerlang. Masa dia UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah), dia mendapat 5A, PMR (Penilaian Menengah Rendah) 9A, dan SPM 20A," katanya.

Nik Nur Madihah, anak seorang nelayan, adalah pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan, mencipta sejarah memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM yang diumumkan Jumaat lalu dengan mendapat 19 1A dan satu 2A.

Beliau pernah menjadi antara pelajar terbaik PMR peringkat kebangsaan 2006 selepas mencatatkan keputusan 9A.

Noh berkata, surat tawaran itu akan diserah kepada Nik Nur Madihah minggu depan.

Beliau berkata, mengikut sistem yang digunakan Mara, seseorang pelajar itu perlu mengikuti kursus A Level di dalam negara terlebih dahulu sebelum membolehkan mereka layak melanjutkan pelajaran ke luar negara.

"Tetapi oleh kerana adik Madihah (ini) pintar, yang luar biasa (dan sudah) terbukti daripada dia kecil sampai besar, jadi dia mesti diberikan kelebihan. Sebab itu untuk adik Madihah saya bagi kelulusan khas untuk hantar terus ke London sebab dia kata dia minat nak belajar di United Kingdom.

"Kita akan usaha carikan dia tempat untuk buat A Level. Kita akan uruskan tempat dia belajar dan kita juga akan bagi pinjaman Mara untuk Madihah,"katanya.

Noh berharap kejayaan Nik Nur Madihah itu akan menjadi contoh terbaik untuk adik-adiknya sekaligus membolehkan keluarga itu keluar dari kepompong kemiskinan. - Bernama

sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Mutakhir/20090315170857/Article/index_html

komen saya: Yang saya dengar dalam berita utama TV3, adik Nik Nur Madihah ingin melanjutkan pelajaran di Timur Tengah... tidak pasti adakah MARA tahu... kalau sudah tahu, apa salahnya meraikan hasrat adik Madihah.. meski saya tidak pasti adakah MARA akan menaja pelajar yang ingin ke sana atau tidak. Jika tidak ada pun, boleh saja diadakan... ini hanya komentar saya.. mungkin mereka yang berkenaan akan berkata -kau tahu apa? Saya hanya tahu jawab - Saya suka meraikan keinginan, hasrat dan cita-cita orang, sekadar yang saya mampu. Salahkah kita meraikan? apa salahnya kan...

Tapi, terpulang kepada empunya badan. Kalau adik MAdihah ubah fikiran ingin ambil A Level teruskan.. cuma jika adik Madihah menolak tawaran ke London dan meneruskan nawaitunya menyambung pelajaran ke Timur Tengah, saya tabik spring kerana berpendirian teguh sebagai pelajar Islam. Saya rasakan pun, belajar Sains dalam bahasa Arab lebih baik dari belajar dalam bahasa Inggeris. Cuma sekali lagi saya tegaskan, saya tidak menentang penggunaan bahasa Inggeris, tapi PPSMI yang mengelirukan. Inilah Hegemoni Globalisasi, apa sahaja yang dicanangkan barat semua dipandang eksklusif.. Eksklusif la sangat.

Tapi la kan... kenapa pinnjaman, bukan biasiswa? Dah tahu adik tu dari keluarga miskin, anak sulung lagi. Ish tak paham la saya... kalau nak tolong, tolong betul-betul!

Tapi... katanya empunya cerita, Madihah nak sambung pelajaran di United Kingdom... saya silap dengar ke MARA yang tahu riwayat lain.. huh.. entahlah...

*banyak tapi kali ni.. macam nak kena balik dgn ketapi je balik cuti ni... hihi


1 ulasan:

hai berkata...

saya pun tak faham,pelajar sekolah agama khasnya ramai yang belajar ke mesir atas belanja sendiri.susah sangat nak dapatkan tajaan atau pinjaman..adik saya pernah memohon dgn sebuah yayasan...ada ke patut,pengambilan cuma 10 org yang layak untuk 2 buah negeri.Bayangkan berapa ramai pemohon tu.Sedangkan tawaran dibuka lebih byk untuk belajar di negara mat salih....apalah salahnya hantar pelajar2 agama ni lebih sikit,melahirkan lebih ramai golongan ulama dan cendekiawan islam.

Myblogloglaq