Ahad, November 09, 2008

Puisi Buat Mantan NC Uni. Malaya


Usah Menangis Bonda
(dedikasi buat Datuk Rafiah Salim)


Usah menangis, bonda…
takdirmu tak lama bersama kami
anak didikan bumi waqafan
yang diperjudikan anak-anak Malaya
demi segulung ijazah
yang digadaikan segala yang ada
demi membeli masa depan
yang belum tentu menyinar
di balik awan mendung
pembangunan tanah Malaya.

Usah bersedih, bonda…
hasratmu ingin meletakkan tanah waqafan ini
menjadi gunung antara gunung
yang sekejap tinggi sekejap rendah
yang hanya semata di mata fatamorgana dunia.

Pergilah bonda, tak mengapa…
kami reda ketentuan ini
kerana setiap pertemuan
pastikan ada perpisahan
doakan kami terus tabah
melalui denai-denai perjuangan
yang penuh onak dan liku ini.


Hasmora Masnuri
Taman Bukit Angkasa,
Kuala Lumpur.
9 November 2008, 1.20 pagi

Tiada ulasan:

Myblogloglaq