Sabtu, November 08, 2008

Antara Peperiksaan, Ujian dan Bala

Salam peperiksaan buat semua para sahabat yang sedang menduduki peperiksaan. Kelewatan mengucapkan ucap selamat kali ini. Rasanya baru ini kali pertama mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan. Sudah pertama kali terlambat pula. WOW.. Ehem.

Peperiksaan kali ini membawa makna berbeza kepada saya. Setelah masuk tahun keempat di Uni.Malaya pepekisaan menjadi suatu yang terbiasa biasa.

Beberapa kawan mengemaskini blog mereka beberapa hari sebelum peperiksaan lagi. Antaranya ialah Hidayat dan Zul Amirul.

Bukan tiada masa hendak kemaskini blog, tapi otak tersumbat dan berselirat dengan beberapa masalah dan juga memikirkan nasib seterusnya dalam peperiksaan kali ni. Tahun akhir semangat ada sedikit luntur tapi segala-galanya bisa diatur. Aha...

Semangat belajar ada tapi tak macam mula2 masuk U dulu. Dulu teruja hendak masuk U tp bila dah masuk lebih kurang jer rasanya. Saya pun dah kena penyakit kebanyakan pelajar U lain. Dekat nak periksa baru nak pulun studi. Waduh, semacam bersalah pula rasanya. Rasa semacam tak ikhlas je belajar. Tapi memang niat saya belajar nak tambah ilmu. Dada masih serasakan kelompangan di mana-mana. Masih banyak relung jiwa yang rompong. Subhanallah... Astaghfirullah...

Kadang-kadang saya terpikir juga apabila melihatkan buku dan kitab yang tersusun di rak buku. Bermacam judul ada. Dari kitab belajar pondok sampailah buku2 berkaitan dengan ICT seperti buku blog. Ah, buku blog pun belum khatam lg!

Buku banyak sampai berkotak2. Sampai tak tahu kat mana lagi nak letak yang masih terbungkus dalam kotak dan di susun tepi rak. Hobi beli buku tapi membacanya belum tentu. Ah, semacam je dengan keluhan beberapa kawanku yang berminat dengan buku. Wow!

Agak sukar hendak menghadam sedemikian banyak buku dan kitab lantaran tiada disiplin membaca yang mantap. Asyik sibuk dengan perkara lain tapi buku di biar dibaca oleh rak dan habuk yang semakin cepat hinggap. Ya, habuk pun semakin banyak menjenguk ke rumah sewa dari kawasan pembinaan bangunan besar sebelah apartmen yang siang malam beroperasi tanpa henti. Macam hantu2 tgh buat kerja pun ada.

Hai, dunia ni... ujian, ujian. Kalau senang ujian. Susah pun ujian. Dulu masa kecil hendak belajar kan main susah. Saya ingat masa sekolah rendah, darjah tiga tak silap... saya minta seringgit dr Mak hendak beli buku sifir di sekolah, huh... susahnya nak dapat. Tu hendak belajar bukan nak beli mercun ke apa ke benda yang tak berfaedah. Sampai saya menangis-nangis rayu mintak duit singgit. Peristiwa ni bagi saya agak pahit. Sebab tu masih ingat. Arwah Pili, sepupu saya membantu saya ke sekolah untuk beli buku sifir di pameran buku pada tahun tu. Saya rasa tu lah kali pertama dan kali terakhir saya beli buku masa sekolah rendah. Selepas tu hanya buku teks sahaja yg jadi rujukan. Saya tak pasti kalau ada buku lain. Mungkin tak ada sebab saya tidak merasakan saya pernah ada buku rujukan walaupun untuk hadapi UPSR. Malah pada pendapat saya, perlukah buku rujukan? Entah saya pun lupa, mungkin ada kot. Ah, tak ingatlah.

Zaman sekolah rendah memang zaman yang manis untuk dikenang. Ibu bapa saya semakin bertoleransi dengan saya apabila keputusan saya semakin meningkat setiap tahun. Sebagai ganjaran kesusahan yang saya hadapi bertahun-tahun, emak belikan sebuah basikal kpd saya untuk ulang-alik ke sekolah. Saya dapat basikal klasik tu masa darjah lima. Basikal jiran, Airing Zairose anak Bang Dolah dan Kak Jah. Bermula darjah 5 saya menjadi tumpuan kawan dan guru. Kerana bakat kepimpinan dan antara pelajar tergolong dalam golongan yang boleh dipuji dalam pelajaran. Darjahenam saya hampir-hampir dilantik jadi ketua pengawas dan bersungguh-sungguh cikgu Aini hendak saya jadi. Namun bermati-mati juga menolak. Malah, saya antara pelajar harapan UPSR. Walaubagaimanapun keputusan UPSR saya akhirnya hanya 3A 1B sahaja. Zaman itu masih 4 subjek bukan lima seperti sekarang. Generasi ketiga selepas saya barulah dilaksanakan 5 subjek, kalau taksilaplah.

Ujian dan peperiksaan terus berlarutan sehingga saya ke sekolah menengah malah setiap tahun bermula peralihan hinggalah ke pra-U @ tingkatan 6. Meski prestasi saya menurun pada sekolah menengah sekurang-kurangnya pada STPM saya dapat 5 Prinsipal A natijah yang mampu mengembangkan hidung ayah jika dia masih ada. Sama seperti dia berbangga ketika saya darjah 6 dulu. Tapi, kadang2 agak melampau juga bila berbangga pada anak dan memuji hanya apabila kejayaan ditempa. Tapi, ayah saya@cik saya rasa belum sampai ke tahap itu. Tapi kan kita kena menyebut juga kalau anak berjaya. Memberi dorongan moral dan motivasi supaya makin maju dalam pelajaran. Tapi jangan pula berlebihan, nanti overdose pula. Eh, berapa banyak tapi daa.. mcm ketapi pun ada...

Uijan dan peperiksaan bolehkah kita sinonimkan? Jika ikut uruf pemahaman sekarang kita anggap ia berbeza. Ujian untuk yang kecil2 saja macam bulanan atau penilaian akhir kuliah bagi subjek yang tiada peperiksaan pada musim peperiksaan. Bagaimana pula dengan bala? Bagi saya dan mungkin ramai yang bersependapat, bala bermaksud ujian. Tapi istilah bala tidak boleh diguna untuk menilai hasil pengajaran dan pembelajaran, tak gitu? Cuma bagi saya bala atau ujian hidup adalah peperiksaan terbesar yang sukar bagi sesiapapun menghadapinya. Kerana dunia ini penuh dengan onak cabaran dan duri dugaan. Dunia ini penuh dengan kepura-puraan dan sandiwara. Bak kata arwah Tan Sri P. Ramlee... “Hai.. inilah sandiwara dunia..”
segala perbuatan dan tingkah laku dihitungkira di hari kebangkitan kelak. Hari Kiamatlah hari pembalasan. Hari markah kita dikira samada lulus atau tidak mecapai syurga atau gagal dan dipulihkan dahulu dalam neraka. Bagi yang kufur pula, tiada tolak ansur lagi sebab salah jawab soalan awal2 lagi. Hanya mereka yang menjawab Islam dan kepatuhan kepada Tuhan sahaja yang dibenarkan melepasi pintu syurga. Tiada kompromi bagi mereka yang menduatigakan Tuhan dan mengingkari syiar Islam di bumi Tuhan ini meskipun mereka mengakui bahwa bumi ini pasti empunya Pencipta. Namun kerana bertuhan nafsu dan berajakan syaitan, maka Tuhan pun dipersenda, Nabi pula jadi bahan bercandaria.. astaghfirullah....

jadinya saudara hamba sekalian.. sebagai mengingatkan diri saya dan juga saudara... peperiksaan apapun jua hendaklah kita hadapinya dengan ilmu penuh di dada.. Tak guna juga sebenarnya jika kita hanya menghafal semua jawapan dan menjawab dan mendapat markah tinggi seterusnya cemerlang dalam pelajaran serta mendapat bermacam2 anugerah termasuk anugerah pelajar di raja, namun hakikatnya dalam diri kita hanya rompong dan kosmetik semata-mata.

Akhir sekali, artikel sempena musim peperiksaan ini, marilah kita renungkan kembali diri kita, sejauh mana kita menyempurnakan ilmu di dada dalam menghadapi hari muka. Jangan hanya belajar untukmendapat kerja bagus lalu melupakan disiplin ilmu yang sebenarnya. Kata Abu Saif ‘erti hidup pada memberi’. Sama juga dengan ilmu. Ilmu menjadi bererti apabila kita sudi berkongsi dengan orang lain. Saya hanya berkongsi apa adanya saya. Meski tidak seberapa, semoga ia berguna buat yang tahu menghargai.


Semoga terus maju dan berjaya.


Blok 21, Taman Bukit Angkasa.

Tiada ulasan:

Myblogloglaq