Sabtu, Mac 29, 2008

Tersusun Indah

Lirik lagu ini jika tidak silap adalah lagu yang dipertandingkan tapi pertandingan apa tak tahu pulak. Di file lagu hanya tertulis tersusun Indah, Juara UM... mungkin lagu ini pernah dipertanding tak lama dulu di luar UM, mungkin MAKUM atrau Dikir anjuran HAK (Himpunan Anak Kelantan USM).

Mungkin terdapat kesilapan dalam penyalinan lirik ini kerana ada yang kedengaran tidak jelas

Tersusun Indah

Tersusun indah kata berbunga
Seribu janji lembut bicara
Madu yang manis jadi tergoda
Musnahlah diri angkara cinta.

Dalam berkasih banyak terjadi
Hancur terluka merosak diri
Cinta nan hampa kasih menyepi
Ibarat padi tidak berisi.

Kalaulah hati sudah tergoda
Mudahlah nanti engkau dilupa
Mintalah nanti bersandiwara
Serupa gembira dalam derita.

Kawallah diri muda dan mudi
Jangan selalu lupakan diri
Intan dan kaca nilai berhati
Agar tak silap di kemudian hari.

Kata nasihat ibu dan bapa
Buat azimat amat berharga
Janganlah sesat di alam nyata
Langkah tersilap ke jurang bahaya.

Belum terima buat kajian
Kata yang nista penuh kelembutan
Matilah ikan kerana umpan
Racun berbisa sebalik manisan.

Tiada ulasan:

Myblogloglaq