Sabtu, Mac 08, 2008

Aku Pulang, Menyahut Seruan, Demi Perjuangan

Malam 6 Mac 2008

pertama kali melewati laluan pejalan kaki ini

Malam ini aku pulang
pulang ke negeri Kelantan
Kelantan negeriku Kerajaan Islam
Islam yang sentiasa kujulang.


Bas Transnasional yg membawaku pulang

Malam ini menyaksikanku pulang
pulang bersama kawan-kawan
kawan-kawanku anak Kelantan
Kelantan negeri kami sayang.

Walau Kelantan aku sayang
sayang lagi aku kepada Islam
Islam datang menyelamatkan
menyelamatkan manusia dari kesesatan.

Pagi 7 Mac 2008

Jam 5.20 pagi aku tiba
tiba di stesen Kota Bharu
Kota Bharu aku sentiasa rindu
rindu lagi kepada tercinta, ibuku.

Guru lamaku datang menjemput
menjemput anaknya yang pulang bersama
bersamanya juga ku pergi Stadium
stadium tempat munajat Tok Guru.


Lautan manusia di Stadium Muhammad IV - Munajat Perdana

Satu stadium (+) munajat dan solat subuh
Subuh bersama rakyat-rakyat Kelantan
rakyat Kelantan yang cintakan Tuk Guru
Tuk Guru yang sentiasa aku rindu.


terpaksa solat hajat di tempat duduk lantaran tak muat (betapa ramai)

usai munajat dan solat subuh berjemaah
berjemaah aku pulang dengan cikgu Mat Husin
Cikgu Mat Husin mengajarku sekolah rendah dulu
sekolah rendah dulu dia gelarkan aku 'Botak'.


Ibuku bersama cucunya

aku pulang dan bertemu ibu
ibu yang kucinta dan kurindu
rindu terubat jua setelah bertemu
bertemunya mengubat sendu di jiwaku.

8 Mac 2008

Hari ini hari mengundi
mengundi aku di sekolah lama
sekolah lamaku sudah banyak berubah
berubah sehingga kehilangan padang.

Mengimbau aku kenangan lama
kenangan lama aku darjah lima
darjah lima bersama Fadzil
Fadzil memeluk pohon pinang.

Sambil memeluk pohon pinang
berkata Fadzil pada pohon pinang
"hei pohon pinang, kenapa aku bodoh sangat?"
tanpa ada rasa marah kepada cikgu


Pohon pinang yang pernah dipeluk Padil

Tidak jauh dari pohon pinang
bersimpuh aku dengan kasut hitam
kerana kesilapan yang sama
gagal menjawab soalan matematik.

Sambil merenung sang kasut hitam
berkata juga aku seperti kawanku Fadzil
"hei kasut, kenapa aku bodoh sangat?"
tanpa ada rasa marah, kepada Cikgu Mat Yaakob.

Kini aku kembali ke darjah nostalgia ini
datang untuk memangkah undi
menentukan siapa yang menduduki kerusi
mewakili kami dengan penuh amanah.

Sungguh aku terharu + bangga melihat
Sang Tua Pikun berkerusi roda masih bersemangat
datang menunaikan tanggungjawabnya
sedangkan ramai sang muda gagal melaksanakannya


Ismail melaksanakan tanggungjawab sebagai orang muda


Aku pulang kerana menanggap ini kewajipan
kewajipan yang akan dipersoalkan
dipersoalkan di akhirat kelak
akhirat kelak di hadapan Tuhan.

Kuala Lumpur - Kota Bharu

Tiada ulasan:

Myblogloglaq