Isnin, Jun 14, 2010

Dapat sms berita palsu

Pada 11 Jun lalu, saya terima SMS dari nombor yang tidak saya kenali entahkan siapa, berbunyi begini (setelah diedit menggunakan perkataan penuh)
Innalillahi wa inna ilaihi rooji'un. Baru saja dapat khabar dari Dompet Dhuafa: ambulan team Mercyyang bawa doktor-doktor dari seluruh dunia menuju Palestin dibom yahudi laknatullah, 19 orang syahid, 12 orang doktor Team Mercy belum ditemukan. Mohon doanya dari semua mukmin/mukminah.
Saya yang pada awalnya agak terkejut, cuba mewarasi pemikiran akal saya. Ada berapa ambulan, doktor begitu ramai. Saya tanya isteri yang setia depan tv tengok berita utama tv3, puan tiada pula berita tentang ini. Lalu saya letak dalam status facebook, dan respon kawan fb memang pantas.. terus saya dapat pautan ke laman Mercy yang menyatakan duduk letak perkara ini yang sebenarnya. Tidak benar sama sekali. Kenyataan Mercy di sini . Perbuatan Israel yg zalim terhadap rakyat Palestin memang tidak boleh dimaafkan, dan mereka juga tidak mahu ada bantuan pun dari masyarakat dunia kepada warga Palestin yang merempat di tanah air sendiri, tanah yang tergadai kerana sikap tunggu dan lihat anggota-anggota OIC.

Entah apakah motif mereka yang menyebarkan berita palsu ini. Kebiasaan yang orang akan kat a ini adalah perbuatan orang dalam syarikat telekomunikasi, yang suka buat sms sebegini supaya orang akan hantar kepada kenalan seramai-ramainya, demi keuntungan dunia yang sedikit. Tidakpun inilah perbuatan yahudi Malaysia yang suka memporak-perandakan di mana saja.

Kenyataan Mercy dalam Berita Harian yang saya kerat dan tampal

Mercy Malaysia nafi ambulans diserang

2010/06/12
KUALA LUMPUR: Mercy Malaysia menafikan dakwaan kononnya sebuah ambulans membawa doktor dari seluruh dunia ke Palestin diserang tentera Israel mengakibatkan 19 terbunuh manakala 12 lagi hilang yang tersebar melalui SMS.

Presidennya, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus, berkata malah tiada rakyat Malaysia terbabit kerana pertubuhan itu tidak pernah menghantar pakar perubatannya untuk menyertai mana-mana misi ke negara bergolak itu pada tahun ini.

“Semua perkara yang dinyatakan dalam SMS itu adalah palsu kerana kita (Mercy Malaysia) tidak pernah melaksanakan sebarang misi menghantar sukarelawan dari Malaysia ke Palestin untuk tahun 2010.

“Saya memohon kerjasama semua pihak supaya tidak menyebarkan lagi SMS palsu itu kerana ia hanya menyebabkan kebimbangan dan kekeliruan pada orang ramai,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.

Katanya, ini adalah kali kedua khabar angin itu tersebar sejak minggu lalu.
“Perkara sama juga pernah berlaku minggu lalu. Pejabat Mercy Malaysia menerima banyak panggilan daripada orang awam berta-nyakan mengenai berita itu. Kali ini sekali lagi ia tersebar.

“Ingin saya nyatakan sekali lagi SMS itu adalah palsu dan saya minta individu yang bertanggungjawab menyebarkan SMS terbabit supaya berhenti,” katanya.
Beliau berkata, walaupun pihaknya tidak menghantar misi kemanusiaan dari Malaysia namun bantuan itu disalurkan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari negara lain yang berada di Palestin.

“Antara projek terbaru Mercy Malaysia ialah mengadakan kerjasama dengan Emaar Society, sebuah pertubuhan yang berpejabat di Gaza. Di sana kami menubuhkan sebuah pusat penjagaan selain memberi khidmat nasihat kepada penduduk Gaza, ” katanya.



Tiada ulasan:

Myblogloglaq