Selasa, April 01, 2008

Sebuah gurindam

terlalu lama rasanya gurindam ini dihantar ke penerbitan akhbar tapi tdk pernah terjumpa dalam akhbar itu maka terpaksalah saya dengan hina dirinya menyiarkan sendiri gurindam ini dalam laman peribadi tapi untuk dikongsi ini...terimalah...


GURINDAM ANAK SEKOLAH

Anak-anak hendak ke sekolah
minta seringgit sebagai upah.

Baju sepasang tidak cukup
tetapi belajar tetap lingkup.

Berjalan kaki dia tidak mahu
hantar di pagar ponteng selalu.

Cikgu mengajar tidur sahaja
bila ditanya tak tahu apa-apa.

Cikgu marah mengadu pada ibu bapa
zaman kini budak sudah besar kepala.

Buat kesalahan cikgu jentik sedikit
tunjuk pada ayah macam kena gigit.

Emak ayah bekerja siang malam makan gaji
anak ke sekolah minta duit tapi tak mengaji.

Baiknya anak ayah setiap hari pergi ke sekolah
tapi anak melencong jumpa kawan hisap dadah.

Belajar pula syarat hendak lulus periksa
tapi budi, akhlak, ilmu - entah ke mana.

Hidup terkongkong didakwa terpenjara
kononnya tiada kebebasan jiwa remaja.

Bukan semua anak sekolah sekarang tidak baik
tapi rosak susu sebelanga kerana nila setitik!


-HASBULLAH HAJI MOHAMED
Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Tiada ulasan:

Myblogloglaq