Isnin, Januari 07, 2008

Umurku telah bertambah....

Sudah 25 tahun rupanya umurku sekarang. Tanggal 6 Jan 1983 saya dilahirkan. 25 tahun jika menurut kalendar masihi. Jika menurut takwim Hijriah umur saya akan masuk 26 tahun pada 21 Rabi'ul Awwal akan datang.
ehem, lagi tua rupanya. huhuhu

Saya bertanya juga pada diri sendiri, setakat 24 tahun yang berlalu apakah kejayaan yang sudah saya lalui. Kejayaan yang dalam erti kata sebenarnyalah. Kalau kejayaan yang nisbi agak banyak juga, walaupun tidaklah secemerlang kawan sekampung yang berjaya ke MRSM dan Maahad Tahfiz Pulai Chondong. Bukan calang-calang orang yang dapat ke Maahad Tahfiz. Kejayaan amat bermakna ialah apabila menjejak kaki ke menara gading. Itulah harapan keluarga. Harapan ayahanda yang tidak sempat melihat anak terunanya memakai jubah konvokesyen.

Mungkin menjadi kebiasaan bagi insan bergelar lelaki jika tidak menyambut ulangtahun kelahiran seperti yang disambut oleh kebanyakan orang. Atau fenomena ini berlaku hanya kepada orang yang seperti saya. Tidak kisah dengan sambutan. bagi saya cukup dengan rasa bersyukur kerana dipanjangkan usia dan membuat solat hajat. Tapi kalau ada orang yang sudi menaja majlis jamuan ulangtahun kelahiran apa salahnya asalkan tidak melanggar hukum Islam dan menurut kehendak syarak.

Apapun saya sudah menganjak usia. Ramai juga kawan yang mengucapkan selamat hari lahir, termasuk seorang kawan dari PALAPES laut yang kebetulan hari lahirnya juga sama dengan saya, Raihana namanya. Banyak lagi yang perlu saya gali dalam hidup ini. Perjalanan hidup entah di mana perhentiannya. Bersediakah saya menghadapi cabaran-cabaran yang bakal menduga. Yang terdekat bakal saya hadapi - Pertandingan Dikir IPTA pada lewat Februari, Pentauliahan diraja PALAPES ke-27 di UKM awal Mei dan banyak lagi. Ingatkan senang kehidupan kampus. Namun segala cabaran menjadikan saya lebih matang (sikit je la-huhu).

Semoga kita semua dipanjangkan umur, murah rezeki dan hidup ini kita hanya abdikan segala-galanya kepada Allah Taala, pencipta kita. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wah...dah bertambah usia rupanya, dah masuk sambutan jubli perak!

selamat hari lahir, moga usia selari degan amalan..pastikan 25 ada signifikasi tertentu dalam diri anda!

selamat maju jaya.

nasriah abdul salam

Hasmora berkata...

terima kasih saudari nasriah, insyaAllah..semoga sambutan jubli perak akan lebih bermakna dalam hidup saya (baru perasan dah jubli perak rupanya saya ya-huhu)

Aku Bukan Umar Al-Khatab berkata...

salam akhi...waaa...pertambahan usia seiring kematangan...semoga menerusuri hari2 di tahun mendatang dengan tenang dan mendapat Redha Allah...

salam ukhuwah dari sahabat USMkkj...

Myblogloglaq