Hari ini kembali ke sini setelah jemu menulis di mukabuku yang mengundang komen yang tidak diingini. Menulis di sini ibarat menulis diari seperti zaman dulu. Hampir tiada yang ingin membacanya.
Ya seperti dihambat waktu yang melaju. Sedar tak sedar sudah empat tahun di bumi Ipoh, Bandar Baru Putra. Banyak beza dengan Kota Belud Sabah dulu. Di sini lebih laju tidak terasa waktu berlalu. Semua nak cepat. Ya lah, kota yang hidup 24 jam. Tak sama macam dulu bak kata seorang inspektor, ini pekan mati. Jam 9 dah tiada aktiviti.
Tapi aku sangat rindu pekan mati itu. Apakan daya kerana desakan ibu aku terpaksa. Minta Kelantan memang susah dapat. Tapi mak aku kata di mana-mana pun tak apa asalkan setanah, mudah nak balik.
Kau nak tunggu aku mati dulu? Tu ayat keramat yang buat aku kalah.
Setelah 3 tahun aku berhenti memohon kerana baru potong rumah akhirnya aku cuba dengan harapan tidak dapat. Yalah gaji sangat tidak stabil sebab potong rumah, kereta baru habis bayar.
Tapi takdir berkata sebaliknya, aku dapat Perak pada keputusan tukar bulan Jun 2021. Itupun aku tahu selepas 11 hari keputusan. Aku tak cek pada awalnya sebab tak sangka lagipun aku hanya pilih hujung tahun saja.
........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan