Selasa, November 02, 2010

Siapa Melayu Sebenar?

Jika bercakap dengan orang Bajau, mereka tidak mengaku mereka orang Melayu, tetapi Bajau. Bila bercakap dengan sesetengah orang Jawa, mereka pun tidak mengaku mereka Melayu, tetapi Jawa. Lalu di mana titik tolak dan noktah persoalan ini..?

Apa yang saya belajar; Bajau, Jawa, Bugis, dan banyak lagi etnik merupakan komponen bangsa Melayu. Yang menjadikan perbezaan ialah dialek bahasa setiap etnik. Adapun bagi kes orang Kelantan, tentu ada penjelasan lain selain kajian oleh pakar forensik seperti artikel di atas.

Orang asli pun diistilahkan sebagai Melayu proto atau Melayu Asli dan juga Melayu Jakun. Sedangkan menurut kajian, mereka berasal dari tanah Afrika. Lalu bagaimana mereka bergerak sekian jauh.. adakah wujudnya orang asli berkulit hitam hampir setiap benua mengesahkan teori seperti yang dikemukakan lewat iklan Piala Dunia di Afrika baru-baru ini yang bumi ini asalnya satu benua yang besar sebelum keraknya berpecah dan membentuk benua-benua lain serta pulau-pulau.

Pernah ada orang Melayu sendiri yang mempertikaikan bangsa Melayu ini bahawa bukanlah sebuah bangsa yang asli tetapi bangsa hasil campuran bangsa-bangsa lain. Kata-katanya itu seolah-olah Melayu tidak punya identiti sendiri tetapi dibayangi bangsa lain.

Seperti gambar yang saya ambil dari facebook Roslan Jomel di atas, Melayu moden seperti yang kita belajar dari sejarah, merupakan Melayu deutro, yakni golongan yang kedua datang selepas Melayu proto@asli. Cuma, saya rasa masih ada perdebatan, pertikaian dan persoalan - dari mana kita datang?

2 ulasan:

Saya Sarah berkata...

sejarah xkan berubah..kita tetap dari adam dan hawa.

siko sorik berkata...

sebab di malaysia melayu di kelas kan sebagai rumpun sedangkan kalau d indonesia melayu dikelaskan sebagai suku,,dh terbukti pun melalui hasil kajian org kelantan melayu terawal di sampimg mempunyai kaitan dgn kedah dan melyu patani,,org kelantan sememang nya asal kelantan,,bila kia sebut jawa sdh tentu asal bhasa itu di pulau jawa,,bila sebut minang dtg dr sumatra wlupun 10 jenis kaum yg mebentuknya,,sma mcm kelantan loghat dn bhasa kelantan adalh dr kelantan,,tidak kisah 10 jenis kaum dr tnh besar@dr mn2 yg dtng ke kelantan membuka penempatan,,tp bila kata kelantan,bhasa kelantan,,adalah dr/dibentuk/dicipta d klantan dan brada tnh melayu,,kesimpulan kelantan bukan pendatang,,sma mcm kedah dn patani,,cina adlah dr tnh besar tp yg membentuk tmadun/bhasa cina bkn la asalnya disitu,,mustahil tiba2 cina ada disitu tiba2 boleh ckp cina tp kita boleh kata org/bhasa cina berasal dr tnh chinabhasil dr baka infuk yg mebentuk budaya bhasa cina,,nampak tak maksud sy.

Myblogloglaq