Jumaat, Oktober 17, 2025

menghitung hari

Slip disc dan sciatica bukan pilihan penyakit yang aku pernah bayangkan. Kolesterol pun sudah bersarang hampir 3 tahun.

Aku dah berhenti ubat kolesterol banyak bulan. Doktor pun dah bagi ubat jenis ketiga. Kononnya ubat sebelum ni tak berkesan. Tapi mula dua malam sudah aku mula makan semula.

Tidak pasti pula jika betul kesan sampingan ubat jadi cepat nyanyuk. Cuma dah berapa kali aku lupa benda simple. Dua kali masuk bilik nak ambil ubat saraf tapi keluar dengan benda lain. 

Ya aku ambil juga ubat saraf yang 30 butir RM85. Sebutir sehari setengah jam sebelum sarapan dengan perut kosong. Baru seminggu, dengan harapan saraf semakin baik. Aku pun tak pasti apakah sebenarnya, cuma berdasarkan pengalaman orang. Samada sebab slip disc membawa ke sciatica kemudian menjadi masalah saraf.

Lebih terasa masa tidur, nyeri rasa urat paha. Tangan tak boleh pegang benda lama-lama, jadi kebas. Semakin hari semakin teruk.

Inilah pertama kali aku tulis kepada umum dengan harapan tidak ada yang baca. Haha

Khamis, Oktober 16, 2025

pesan pada diri

Kadang kadang aku fikir, adakah aku layak untuk menasihati orang lain?

Persoalan ini menerawang dalam dada sendiri kemudian hati menjawab, lantaklah. Apa nak buat sudah menjadi tugas.

Kerana itu sering aku ucapkan kepada khalayak bahawa nasihat ini juga kepada diri sendiri. Aku bukan suci tanpa noda dosa. Kalau ada khilaf tegurlah. 

Dan, aku selalu khilaf pada diri sendiri. Terlanjur baru tersedar. Terhantuk baru terngaduh. 

Sesudah 5 tahun

Sejak berpindah ke Ipoh Perak ini pertama kali menulis di sini. Blog sudah tidak popular ketimbang muka buku dan tiktok serta banyak yang lebih trending. Siapa ja yang membaca di sini.

Hari ini kembali ke sini setelah jemu menulis di mukabuku yang mengundang komen yang tidak diingini. Menulis di sini ibarat menulis diari seperti zaman dulu. Hampir tiada yang ingin membacanya.

Ya seperti dihambat waktu yang melaju. Sedar tak sedar sudah empat tahun di bumi Ipoh, Bandar Baru Putra. Banyak beza dengan Kota Belud Sabah dulu. Di sini lebih laju tidak terasa waktu berlalu. Semua nak cepat. Ya lah, kota yang hidup 24 jam. Tak sama macam dulu bak kata seorang inspektor, ini pekan mati. Jam 9 dah tiada aktiviti.

Tapi aku sangat rindu pekan mati itu. Apakan daya kerana desakan ibu aku terpaksa. Minta Kelantan memang susah dapat. Tapi mak aku kata di mana-mana pun tak apa asalkan setanah, mudah nak balik. 
Kau nak tunggu aku mati dulu? Tu ayat keramat yang buat aku kalah. 

Setelah 3 tahun aku berhenti memohon kerana baru potong rumah akhirnya aku cuba dengan harapan tidak dapat. Yalah gaji sangat tidak stabil sebab potong rumah, kereta baru habis bayar.

Tapi takdir berkata sebaliknya, aku dapat Perak pada keputusan tukar bulan Jun 2021. Itupun aku tahu selepas 11 hari keputusan. Aku tak cek pada awalnya sebab tak sangka lagipun aku hanya pilih hujung tahun saja.

........ 

Jumaat, Disember 25, 2020

Terbang

 20 tahun lalu kubayangkan

Kereta berterbangan

Ironi, kapal terbang pun tak boleh



Jumaat, Julai 05, 2019

Kisah pelik hari ini

Ada dua perkara yang saya rasa pelik berlaku hari ni yang saya rasa ada kaitan dengan peristiwa malam semalam, 1. Tersilap masuk tandas perempuan, paling hairan ada bekas tuala wanita. Tandas lgbt ke ni? Lama juga hairan..  2. Duduk lepak kedai Cina, mula mula tanya mee Tuaran, dia kata takda masak, tanya air ada air tin saja. Ambik air tin duduk lepak 10 minit baru perasan kenapa ada arak, hiasan cina. Bangun, eh kedai cina!

Peristiwa sadis malam semalam kena pintu kedai yang dah kena tarik suku. Kuat bunyi. Bingung lama juga sambil gosok kepala. Tak sangka tinggal kesan.. Allahuakbar..

Myblogloglaq