Isnin, Jun 24, 2013

api oh API


ada api yang perlu dipadamkan
oleh pihak bertanggungjawab

ada API cuba dipadamkan
oleh manusia tidak bertanggungjawab

nota: Gauth Jasmon patut letak jawatan, jangan sampai jadi macam Hosni Mubarak baru nak menyesal...

je-re-bu




barangkali,
untuk menanam sawit
untuk menhasilkan minyak
untuk menggoreng ikan dan ayam
mereka perlu membakar
hutan yang luas
dan hati yang banyak

Hasmora
Kota Belud.

Jumaat, Jun 21, 2013

TIADA LAGI KOTA BICARA

Maaflah,
tiada lagi kotak bicara
'shoutmix' tidak lagi memberi percuma
yalah, nak beli tepung kena pakai duit
hidup pula bukan semata makan
kan?

nota: dua tahun bersawang blog ini. maafkan saya. maafkan saya. hehehe

Antologi 'Bukan Menari di Pentas Peluru'

Antologi 'Bukan Menari di Pentas Peluru' khabarnya akan dirasmikan malam ini. Puisi saya menjadi tajuknya. Selamat berpuisi buat warga Persatuan Penulis Kelantan. Al-fatihah buat wira yang terkorban.
nota: saya setuju dengan pendapat mereka syahid dunia akhirat bukan syahid dunia sahaja, maaf jika ada yang tak setuju. ya, manakan sama orang mati kerana pertahankan negara dengan mati lemas di laut.

Myblogloglaq