Memaparkan catatan dengan label Nostalgia Kota Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nostalgia Kota Raya. Papar semua catatan

Rabu, November 18, 2009

Meredah hujan kota metropolitan

Tadi saya ke Gombak dengan motosikal yang dipinjamkan Tuan Haji Shamsudin Othman Al-Johori semalam, ada urusan di SKEM. Tak jadi hendak ke SAKM 09 di UKM. SKEM ialah Institut memandu yang saya jadi ejen pendaftaran di Universiti Malaya sejak saya tahun dua, 2006. Tapi urusan utama ialah lesen saya sendiri yang terbengkalai sejak bulan Jun tahun lepas, di samping turut memaklumkan untuk berhenti menjadi ejen. Ingin saya sudahkan lesen di Kelantan. Sementara menunggu penempatan mengajar yang entah bila. Dengar-dengarnya lewat, seperti maklumbalas pihak KPM beberapa minggu sudah. Lama masa yang saya ambil untuk sudahkan lesen kereta nan sekeping. Lantaran sibuknya saya pada perkara lain. Dan juga belanjawan saya yang sudah ‘lari’ ke perkahwinan saya. Hehe.

Dalam perjalanan pulang turun hujan. Lebatnya alang kepalang. Berhenti bawah khemah tepi jalan. Sudah berteduh dua orang. Saya hanya senyum pada mereka. Dan kami hanya senyum sepanjang perteduhan kami itu. Tiada butir bicara kata walau sepatah. Senyum mungkin sudah cukup untuk mewujudkan suasana harmoni dan mesra kerana kami tahu kami senasib. Tersangkut perjalanan dek hujan. Sudah musim dia. Dan hujan pun aturan Yang Maha Pencipta. Tidak perlu sesiapapun merungut pabila turun hujan. Ini tidak “alah... hujan pulak dah..” tapi itulah yang selalu terjadi pada kebanyakan orang. Kufur nikmat weii..

Dua kali saya berhenti sebelum tiba ke destinasi kedua, Hentian Putra. Beli tiket pulang pula Isnin depan ni. Dengan basah kuyup masuk ke dalam. Kasut pun basah. Rosak pulak kasut buaya aku tak sempat baham orang lagi. Kasut hantaran kahwin tu.huhuhu.

Tika entri ni ditulis (baca taip) hujan masih turun. Patutlah semalam hujan tak turun rupanya qadha pada hari ni. Tak betah saya tinggalkan isteri di kampung musim-musim hujan begini. Hehehe. Tapi kerana Pertemuan Penyair Nusantara sudah dirancang lama dan saya terlibat secara serius sebagai urus setia tidak boleh saya menarik diri meski kakak saya yang menjanda itu akan menamatkan status jandanya Jumaat ini. Mujur dia tak kisah, dan dia pun tak boleh nak kata apa pada saya. Lagipun saya sudah tinggalkan isteri saya sebagai wakil. Aulawiyatnya ialah saya harus menunaikan yang amanah diberikan. Apapun, semoga kakak saya menikmati musim hujan ni dengan suaminya yang baru. Hahaha...

Muka depan SKEM, kawasannya hampir dengan Muzium Orang Asli



berhenti teduh tak jauh dari Greenwood. Motosikal ni Haji Sham Al-Johori punya



Kembali ke Kuala Lumpur

5.20 pagi semalam saya tiba di Terminal Putra, Kuala Lumpur. Bertolak dari Terminal Bas Transnasional Langgar, Kota Bharu jam 9.00 malam. Asal perancangan hendak bertolak pagi semalam bas jam 9 pagi. Tapi mendapat SMS dari Haji Shamsudin Othman memaklumkan mesyuarat pada 17 November jam 4.30 petang (semalam la maknanya tuh) di Rumah PENA. Mujurlah belum beli tiket lagi. Segera saya ke Terminal Langgar beli tiket. Memang nak beli tiket dah pun petang tu tapi perancangan asal bukan hendak ke KL malam, tapi pagi.

Sampai di Terminal Putra, turun bas saja ramai pemandu teksi menerpa dan bertalu-talu menawarkan khidmat. Saya hanya geleng saja. Kalau waktu siang tengahari tambang dah RM 10 untuk perjalanan sedekat Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam apatah lagi untuk kala dinihari. Mahunya depa perah poket sampai tinggal sekupang. Saya memilih untuk naik komuter seperti selalunya. Dengan sebuah beg galas dan sebuah beg besar yang ada dua beg lagi di dalamnya saya berjalan ke stesen komuter seberang jalan. Ke Stesen Angkasapuri tambangnya baru seringgit.

Komuter sampai jam 5.55 pagi. Orang tak ramai. Yang ada jeling-menjeling. Tak mesra langsung. Senyum saya tak berbalas. Mungkin masing-masing masih mengantuk. Senyum masih tawar. Apalah mamat ni senyum. Ada apa-apa ke.. mungkin itu yang bermain di benak mereka. Ah, pedulilah. Di KL Sentral naik beberapa orang. Duduk tak jauh dari saya. Dari gaya bercakap bukan orang Malaysia. Macam Indonesia tapi tentunya bukan Jawa sebab saya pernah dengar bahasa Jawa. Bukan begitu. Sampai di Angkasapuri saya turun. Angkat beg yang agak berat naik jejantas. Mungkin sebab kurang latihan sejak bergelar pegawai kadet bersara menyebabkan stamina pun berkurang. Habis halangan jejantas saya heret beg bertayar tu. Ada seorang lelaki menunggu komuter dan saya senyum. Hambar tak berbalas. Serempak dengan petugas stesen yang baru sampai pun saya buat tak tahu. Bengang dah.

Saya memilih untuk naik bas, bukan minta tolong kawan di rumah sewa sebab beg besar susah bawa dengan motosikal. Seringgit juga tambangnya. Kalau teksi duduk saja dah tiga ringgit. Sampai di flat mahunya 5-6 ringgit. Padahal kalau berjalan tak sempat berpeluh pun. Takkan nak berjalan heret beg bertayar yang murah pagi buta. Berat pulak tu. Sampai di Kampung Pantai Dalam, ramai yang naik. Penuh satu bas. Kerana saya duduk belakang pemandu dan dekat pula dengan pintu maka saya tengok satu demi satu yang naik. Saya cam, wah ini semua bapak-bapak sama ibuk-ibuk mau pergi kerjak! Kebetulan pula pemandunya bernama Sunarto dan yang baru naik seorang berbicara samanya begitu lama sampai saya turun di Taman Bukit Angkasa. Nampak gayanya sungguhlah Kuala Lumpur bukan sahaja cepat banjir dek hujan malah sudah banjir sama pendatang!

Khamis, Oktober 29, 2009

Hari-hari terakhir di Kuala Lumpur

Dengan Nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Hari ini antara hari-hari terakhir saya di kota selut metropolitan, Kuala Lumpur.

Pertama kali saya menjejak kaki pada tahun 1999, bekerja di Restoren Artis Corner-Wisma Perisai Wira, milik Dato’ Muhammad Ghani, dua pupu Mak saya. Tika itu hendak masuk tingkatan tiga, umur saya sudah 15. Asalnya ia adalah misi mencari sepupu yang lama tidak pulang. Adik sepupu saya itu sebagai ketuanya, namun misi itu menemui jalan buntu. Tinggal saya dan Khairi bekerja di restoren itu sebagai pelayan dan tukang basuh pinggan juga. sepupu saya itu pulang, tak sedap katanya. Tidaklah seronok bekerja walaupun setiap hari boleh bertemu artis. Sejak itu saya berpendapat, bertemu artis bukanlah suatu yang mengujakan. Maklumlah, saya melihat sendiri perangai artis bagaimana, terutama pada bulan puasa. Itulah, kenangan pertama saya di KL.

Buat kali kedua saya jejak bersama kakak saya, Rosnani. Datang kami berhajat besar, merayu untuk belajar di Uni.Malaya. SPM saya tidaklah teruk sangat, tapi mungkin silap saya semasa mengisi borang UPU. Masakan tidak, empat pilihan pertama saya ialah Akademi Tentera Malaysia (ATMA), Universiti Pertahanan Nasional sekarang ni. UM pilihan kelima. Akhirnya saya pulang dengan harapan yang hampa. Bukan rezeki saya di UM ketika itu.

Dengan keputusan STPM cemerlang, alhamdulillah saya mendapat tempat di Universiti Malaya. Seorang abang di UIA, seorang kakak di IMR, seorang kauseling di UPSI, seorang jadi misi. Saya mencapai cita-cita menjadi guru mendapat Pendidikan Islam. Itulah cita-cita terpahat sejak peralihan di SMU (A) Amir Indra Petra. Seorang adik lepasan politeknik Politek Kb, kini juruteknik elektrik di HUSM. Seorang lepasan Darul Quran Kuala Kubu Baru kini melanjut ijazah di Insaniah, seorang sedang ambil diploma di Politek, KB. Tinggal seorang lagi di sekolah arab, Paksu.. minta dia jadi orang jadilah. Yang bongsu ni culas sedikit pelajarannya.

Saya berjaya kerana melewati liku berduri onak susah hidup seperti abang dan kakak saya lalui. Namun tidak adik saya yang bongsu, dimanjai kerana sudah ada abang dan kakak yang bekerja menyara keluarga dan yang mendapat lebih perhatian ketika kecil tentulah, dia..

Kini minggu terakhir saya di SMK Seri Permaisuri, Cheras. Minggu depan guru yang saya ganti akan datang ambil tempat dia. Moga-mogalah saya tidak ditempatkan mengajar di Kuala Lumpur. Paling tidakpun di pinggir kota atau lebih selesa saya di kawasan kampung. Pedalaman Ulu Legeh pun tak mengapa.. keh keh.. saya minta Sabah, entahkan dapat entahkan tidak. Ikutlah, tak kisah.. saya ini pacar hina hamba dina menurut kata lemparlah di mana sahaja. Ikhlas hati berkhidmat bakti untuk anak bangsa, insyaAllah..

Saya ingin menulis lagi, beberapa catatan pendek. insyaAllah kalau ada peluang kelapangan dan ilham.

Rabu, September 16, 2009

Yang sana kena pergi yang sini kena datang

Semalam hari yang agak kalut. Setelah meminta kebenaran dari Uncle Sultan minggu lepas, bolehlah saya ke program khatam Quran dan berbuka puasa di SMK Seri Permaisuri. Namun beberapa hari lepas itu dapat makluman dari SM Zakir akan diadakan mesyuarat Perhimpunan Penyair Nusantara dan majlis berbuka serta juga solat terawih. Pada waktu yang sama!

Dua perkara meletakkan saya dalam dilema. Saya harus memilih antara dua atau kedua-duanya atau mungkin saya memilih untuk tidak memilih!

Pengetua tidak mahu melepaskan saya dengan alasan yang sama saya terima semasa membuat latihan mengajar di SMK Taman Dato’ Harun dulu. Namun akhirnya pengetua membenarkan dengan syarat saya hadir dulu sekejap majlis khatam kemudian pergilah ke Rumah PENA.

Sempat saya berceloteh dengan shuib ‘penat aku shuib, yang sana kena pergi yang sini kena datang’.. Shuib senyum saja..

Memang melelahkan dari Cheras hendak ke Rumah PENA. Jalan terlampau sesak memberi kesan kepada motor tua saya. 45 minit juga. Mujur juga sempat sekejap hadir mesyuarat yang hampir selesai. Selepas berbuka solat jemaah maghrib dan menunggu isya’ sebelum solat terawih berimamkan Ustaz Azman al-Kurauwi dengan saya sebagai bilalnya.

Dalam kelelahan dan sedikit sakit kepala, hairan juga saya pabila merasakan tubuh saya tidak begitu kekenyangan dan kepenatan ketika terawih seperti malam-malam sebelumnya. Kerana apakah...

Saya pulang selepas menerima beberapa bahan untuk web komuniti PENA dan juga sempat menjemput yang mana sempat ke majlis perkahwinan saya raya ini.. oh ya.. saya akan kahwin.. doakanlah kelancaran majlis dan kebahagiaan saya ya.. :)



"Tak sabar nak balik kampung. Kawe nok kawen" kata Hasmora.

"mu ingat kawen ni mudoh ko?" jawab ustaz Azman dalam nada cemburu.

(gambar dan dialog adalah oleh Zalila Isa dlm album Mesyuarat PPN di facebooknya.. saya akan saman beliau kerana mereka-reka dialog tanpa izin atau mungkin mendesaknya menghadiahkan kamera seperti dia guna sebagai hadiah perkahwinan saya.. haha)

Ahad, September 13, 2009

Cerita Tiga Orang Bakhtiar

Pertama-tama saya mohon maaf andai anda yang membaca bernama Bakhtiar atau anda punyai kaitan saudara dengannya, kerana nukilan saya kali mungkin kan mengguris rasa. Maaflah ya.. bukan hendak membuka aib sesiapa cuma hendak berkongsi sedikit cerita dari beberapa peristiwa yang mencuit jiwa saya.

Atau anda yang saya sebut sendiri adalah watak cerita, maaflah ya.. sekadar berkongsi luahan rasa untuk tauladan bersama.

Bakhtiar yang pertama;

Ketika saya menjaga kedai buku di Akademi Islam, sebelum saya menjadi guru ganti di SMK Seri Permaisuri, Cheras.. ada seorang Bakhtiar datang kepada saya. Hari itu adalah hari terakhir saya menjaga kedai buku Ustaz Azman al-Furati (gelarnya begitu kerana syarikatnya bernama Furat Enterprise). Ketika dia datang adalah beberapa orang pelanggan lain, anak gadis. Setelah gadis-gadis itu beredar dia memberitahu saya akan isi hatinya yang berkenan dan suka pada gadis Kelantan, terutama yang dia lihat itu tadi. Comel dan manis katanya. Dia beli sebuah buku dan meminta nombor saya. Pertama kali saya tulis nombor telefon pada buku yang saya jual. Kenapa dia tak minta autograf saya sekali ye.. silap tu.. tandatangan saya lawa apa.. hehe

Hari berikutnya adalah langkah seterusnya bagi dia. Dia sms saya dan telefon saya. Bagi saya, inilah orang pertama begitu serius mencari jodoh melalui saya. Sebelum ni sudah ada, tapi sekadar sembang-sembang gitu saja. tidaklah sampai sms bertalu-talu dan bercakap lebih lima minit untuk hal ini. Bagi saya berbicara dengan lelaki yang baru kenal dalam telefon melebihi lima minit untuk hal seperti ini sudah dikira amat serius. Bermakna dia betul-betul ingin saya mendapatkan jodoh untuk dia. Dia ingat saya ni ejen cari jodoh apa. Cukuplah dengan muka ejen pendaftar lesen SKEM dan ejen HPA yang dicop di dahi saya. Cukup. Yang tu takpa sebab niaga dan cari wang biaya. Ini buat pening kepala. Bukan apa, cari jodoh untuk seseorang yang menetapkan syarat yang agak rigid adalah sesuatu yang agak menyusahkan. Di mana hendak cari seorang gadis yang cantik, berilmu agama, warak dan orang Kelantan pula. Ingat boleh petik jari macam tu ke.. cakap bolehlah buat tengok.

Memang ramai di Akademi Islam tu.. tapi pengalaman mengajar saya. Saya sebelum ni tak pernah minta tolong orang carikan. Memanglah sayapun agak popular di UM kerana aktif dalam persatuan tapi itu bukan saham saya dalam mendapatkan seorang calon isteri. Tidak mudah. Yang saya dapat sekarang pun tidak begitu mengenali saya ketika belajar dulu. Tapi pernah juga satu kuliah. Itupun dia yang beritahu. Nak harapkan saya kenal gadis-gadis sekuliah, yang sama-sama tutorial sajalah. Satu kuliah ramai takkan saya nak perhati sorang-sorang, nantikan apa pensyarah kata, orang lain kata.. kan?

Semalam dia telefon lagi tapi sudah lewat senja hampir waktu berbuka. Saya tidak angkat kerana waktu itu sedang bertadarus di rumah Uncle Sultan. Kalau ya pun SMS sepatah tanya boleh telefon ke tidak. Saya pun lupa hendak tanya lepas tu kerana hambatan berbuka dan bergegas pulang untuk terawih, kena jadi imamlah pula.

Telah saya maklumkan usah bergantung harap sangat kepada saya kerana saya sudah kurang ke dalam UM seperti sebelum mengajar. Masa tidak mengizinkan. Memang saya ada beberapa orang kawan, tapi bab mempertemukan jodoh bukan perkara biasa yang boleh sambil lewa seperti borak-borak biasa. Perlu bertemu mata bagi saya kalau dekat-dekat sama-sama di kota. Paling tidak panggilan telefon kalau si gadis sudah di desa. Dan, yang gadis pun mahu lihat si jejaka yang ingin mengambilnya menjadi suri, kacakkah dia. Machokah dia. Warakkah dia. Bukan hak sebelah pihak dalam memilih walaupun wanita ramai mereka pun ada kepentingan terhadap lelaki. Lelaki bagaimana yang layak untuk mereka. Atau yang mereka rasa sesuai dan kena dengan citarasa. Jangan diingat ya wanita bukan hanya memandang pada rupa. Wanita yang bijak menilai segala-gala. Dan wanita yang bodohlah yang selalu silap memilih yang mengakibatkan jalan hidupnya tidaklah jernih seperti diharapkan. Sama juga lelaki, jika hanya memilih rupa semata tanpa mengambil kira aspek-aspek lain, silap-silap anda kan merasa pahit bila mengecap gula!

Saya bilang sama dia, jangan hendak dipilih yang bertudung labuh saja. Yang pertama-tama tengok pada akhlak dia. Risik dia adakah dia menghormati orang tua. Kalau isteri hormat orang tua kita maka berbahagialah kita. Bab tudung kita boleh didik. Kita boleh suruh. Saya kata lagi, semuanya bergantung pada kita para suami. Saya bawa contoh seorang kawan saya yang kini bakal menimang cahaya mata pada Syawal bakal menjelma. Isterinya sebelum menjadi isterinya bertudung tiga segi, tapi sekarang bertudung labuh dan siap berjubah lagi. Apa pula berlaku pada sesetengah gadis yang bertudung labuh tapi dapat suami yang tak suka isterinya pakai begitu... dia setuju apa yang saya kata. Tentang dia berhenti di situ. Saya masih berfikir bagaimana cara hendak carikan dia seorang isteri seperti yang dia mahu. Yang tak tahan... demand tuuuu...


Bakhtiar yang kedua;

Yang ini pendek saja ceritanya. Yang ini saya tak jumpa, dia telefeon saya. Ketika dia telefon saya di SMK Seri Permaisuri, hari pertama melapor dan sedang lepak-lepak tempat duduk yang saya gantikan sementara tuan asalnya dalam pantang. Saya dimaklumkan guru yang saya ganti tu terpaksa bercuti kerana dibuat orang. Hehe..

Yang ni sorang berkempen dalam telefon. Agak lama juga dalam 15 minit gitu. Dalam hati saya cuak bercampur geram akan adanya mangkuk ayun macam tu. Cakapnya laju. Pada awal bicara dia beritahu tentang pakej rescue-simkad Celcom. Encik adalah orang terpilih mendapat panggilan ini dari kami.. begitulah lebih kurang awal mulanya. Manis je dengarnya. Mujur tidak perempuan,kalau perempuan lagi lama saya layan.. haha...

Katanya kalau telefon hilang nombor-nombor telefon akan selamat bila kita tuntut nombor yang sama. Percuma untuk bulan pertama dan RM2.50 bulan seterusnya. Strategi niaga memang awal percuma, macam orang tak tahu. Cuaknya bila dia sambung lagi bicara kempen insuran la pulak. Hampeh betul rasa pabila nada katanya macam nak paksa saya daftar insuran tu. Saya tanya laman web syarikat yang katanya kerjasama dengan Celcom Malaysia. Tak pernah saya dengar nama syarikat tu. Tak masyhur pun.

Macam-macam dia cerita nak tarik perhatian saya. Yang sakit hati dia cerita kalau encik mati besok mak bapak encik bagaimana? Weh bapak aku dah takda dan mak aku ada lapan orang lagi adik-beradik boleh jaga! Tapi saya tak kata camtu pun kat dia. Ingat ni bulan puasa dan dalam bilik guru pula. Lagipun saya ni guru agama. Malulah saya. Saya cuak dia berbicara tentang takdir, tentang jaminan masa depan. Kalaupun saya tidak ambil insuran dia apa dia ingat dia sorang saja ke meniaga insuran? Saya cakap elok-elok taknak ambil. Dan dia macam cuak dengan saya terus letak telefon lepas beritahu – encik kalau berminat encik boleh telefon talian 1-800 dan beberapa nombor yg tak sempat saya tangkap sebab lajunya dia bercakap sebelum gagang itu dihempas. Kalau betul kenapa tidak suruh saya telefon talian tetap yang dia guna untuk memanggil saya. Apa dia ingat saya bodoh, talian hangat tu memang bebas tol tapi kawan saya kata minyak kena bayar sendiri! dan memang saya pernah kena pun.

Tidak lama ada seorang ejen insuran takaful etiqa tak silap saya yang menawarkan skim takaful warga pendidik khas kerjasama dengan NUTP. Saya dengar sekejap penerangan pakcik India itu yang berdiri macam cikgu bagi penjelasan pada cikgu-cikgu yang duduk-duduk di kawasan rehat bilik guru. Dan tidak pula dia memaksa guru-guru supaya mendaftar walaupun dia bercakap sudah lebih dari sejam saya tengok. Dan dalam hati saya, nanti aku posting ok jugak ambil takaful ni dari duk percaya yang dalam telefon yang entah ya entah tak ya.

Tak lama juga tiba SMS yang menawarkan khidmat rescue-simkad. Sekali saya terfikir, macam betul je.. ah.. aku salin dah pun nombor-nombor dlm telefon ni. Tak payah buang duit tiap bulan.. huh


Bahktiar yang ketiga;

Yang ini lagiii pendek. Sebenarnya ini adalah cerita kawan saya apabila dia mendengar perbualan telefon saya dengan Bakhtiar yang pertama tadi. Dia rasa lucu apabila ada juga orang macam tu. Dia pun ceritalah pasal kawan dia bernama Bakhtiar yang sudah tua tapi belum juga kawin entah-entah meninggal sebatang kara. Jenis tersumbat katanya. Haha.. apa-apalah. Tapi konklusinya bukanlah yang bernama Bakhtiar itu tersumbat ya.. kebetulan saja. Sapa-sapapun tersumbat kalau tak kena cara.

Oklah.. selamat menikmati hari-hari terakhir Ramadhan dengan penuh pengertian. Hargailah peluang yang ada ini. Ramadhan tahun depan belum tentu kita jumpa. Renung-renugkanlah dan selamat beramal.

Sabtu, Ogos 08, 2009

Makhluk Tuhan bernama Apendix


Hari rabu lalu, pada awalnya saya ingat sakit perut biasa. Pada tengahari semasa hantar motor pada Ali Si Pomen Uni.Malaya sudah rasa gigitan mesranya. Pada petang sewaktu membantu menyiapkan gerai lesen SKEM di tapak pesta FESKUM pun rasa juga, Cuma tidak ketara. Hanya setelah sampai di rumah waktu maghrib, sakit perut menggila.

Hingga tengah malam saya menggelepar. Sakit tidak terkata. Hinggalah sahabat serumah mencadangkan saya ke hospital sebab dia syak apendix. Nik Pendi nama kawan saya tu. Dialah hantar saya jam satu pagi ke HKL. Menunggu hingga saya tahu keputusan, bahawa saya apendix positif!

Jutaan terima kasih buat mak yang datang lebih awal dari Kelantan, kerana saya masuk wad. Memang beliau nak ke Kuala Lumpur tapi bukan sebab saya apendix, adik saya konvo di Darul Quran pada Sabtu. Asalnya nak la datang hari Jumaat tapi diawalkan pada malam Jumaat. Paham ke tak ayat berbelit ni. Buat-buat paham je lah...

Terima kasih juga kepada sepupu saya di Kuala Lumpur kerana banyak membantu sepanjang Mak saya datang KL. Berkampung di KL Mak saya minggu ni. Konvo adik saya di DQ, Kuala Kubu Baru, dan konvo saya hari rabu mendatang ini.

Tak lupa, terima kasih dan sayang kepada bakal isteri saya yang sudi datang memberi sokongan moral dan semangat.(^_^) Jauh juga KL dengan tempat dia praktikum tu.. hem..

Dan juga terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi menziarahi saya.

Alhamdulillah.. Allah sekali lagi menegur dengan kifarat dosa ini. Sebenarnya setiap yang kita lalui adalah ujian dari-Nya,sama ada kesusahan atau kesenangan. Semoga kita sedar dari leka.

Wassalam...

Khamis, Jun 04, 2009

Dua Pupu Ke Turki

Ustaz Sin, Abe Mat Mesir, Pok Su Wa, Pak Lah (ambolah) Awie tiada dalam gambar sebab dia kameraman.

Seorang woris saya ke turki dua hari lepas. Untuk cari bahan kesarjanaan PHDnya. Wah.. sampai turki ye. Setelah mengenali sejak di tingkatan empat rentetan perbualan depan maktabah hinggalah ke hari ini, tentulah ini pencapaiannya yang paling saya banggakan. Saudara-mara saya yang lain boleh menghubungi saya kalau nak mengaku woris (maksudnya merapatkan persaudaraan alias jejak kasih). Maklumlah zaman moden ni jurang persaudaraan makin jauh. Alaahai..

Anuar Mamat memang teruji kebitaraannya sejak di bangku Maahad Amir Indra Petra lagi. Sejak peralihan melompat ke tingkatan satu yang dipanggil tingkatan satu khas seterusnya cemerlang dalam PMR dan sempat ke kelas sains tulen di Maahad Muhammadi. Namun jiwanya tidak sun dengan kelas di sana menyebabkan dia kembali ke sekolah lama. Penolong kanan ingin menempatkan dia ke kelas teknik, menambah bilangan lelaki yang hanya 6 orang termasuk saya, namun dia tetap memilih aliran sastera. Memanglah dilihat luarbiasa bila cemerlang PMR tapi pilih kelas biasa. Baginya itu bukan suatu yang pelik, dan dia memang hanya minat mendalami bidang pengajian Islam, bukan teknik atau sains.

Kebitaraannya terserlah di pentas pengucapan. Para guru sendiri terpegun dengan kebolehannya yang petah berpidato di depan dua ribu pelajar. Kata seorang ustaz yang kebetulan duduk di tepi saya “ana pun tok leh kecek lagu ni.. mantap nuar.. kagum ana”. Masa tu saya jadi pengerusi majlis. Yang memang selalu saya yang ambil sebab anak buah ramai sangat gugup tak bersedia.

Saya tidak tahu apa perasannya ketika berucap. Gugupkah atau tidak. Yang tentunya ucapannya yang yakin, bernas dan mantap membuatkan semua orang ternganga. Mungkin ada yang berkata “tuan yang bercakap tak padan dengan saiz” haha.. jangan marah.

Saya masih ingat ketika pertama kali mempengerusikan perhimpunan, rostrum bergegar bila saya memegangnya. Tak lain tak bukan disebabkan saya yang bergetar. Masakan tidak mata dua ribu orang melihat kita di depan. Sudahlah berbaju hijau muka hitam hangus terbakar dek kawat memanjang.

Saya pasti dua pupu saya itu adalah orang pertama di tanah Beris Kubur Besar yang terus menyambung ke peringkat PHD selepas tamat ijazah pertama. Juga orang pertama alumni Al-Amir ke Turki mencari bahan untuk PHD. (Kalau ada yang lain boleh maklumkan di ruang komentar..hehe)

Semoga beliau selamatlah di sana selama dua minggu ini. Malam tadi ketika SMS dengan Ustaz Muhsin katanya orang di sana baik-baik dan perjalanan program setakat ini lancar. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusannya di sana.

Di KLIA, bertemu sahabat yang berkenalan di PPMN lepas, Ustaz Zulkhair. Beliau ingin ke Qatar. Ada wacana ilmiah katanya.Terkial-kial berbasa-basi dengan teman Turki yang ada di sebelahnya. Pertemuan tidak lama kerana bergegas dengan rombongan menghantar Anuar. Abe Mat Mesir selaku orang yang amat berpengalaman di ‘bandara’ KLIA tentulah pembimbing terbaik buat Anuar dan kami yang pertama kali berurusan dengan penerbangan.

Setelah bersalaman dan bersalam dan salam lagi barulah berpisah dengan sahabat rafik saya itu. Lucunya apabila beliau sudah di bawah, berjalan terus dengan telefon melekap di telinga hingga tidak dengar kami memanggil untuk lambaian terakhir. Aduuhai..

Pulang dari KLIA kami para penghantar Dr. Anuar (baca bakal..hehe) ke Restoran Rawsyah di Jalan Damai. Sekilo Madghut tidak cukup tambah lagi setengah kilo. Perut yang hilang kawalan semakin ke depan tidak mampu menampung lebih banyak beban. Haha.. tapi dua pinggan juga malam tu. Abe Mat lain.. dia orang Arab. Tapi saya rasa, kalau ada ulam budu memang jelira malam tu. haha

Selasa, Jun 02, 2009

Empat Minggu Latihan Mengajar

Para bakal guru di Hari Guru SMKTDH

Tak terasa sudah empat minggu saya jalani latihan mengajar di SMK Taman Dato’ Harun. Minggu ini kalau dikira minggu kelima, namun cuti sekolah 2 minggu menyebabkan latihan secara otomatiknya terbantut. Mungkinlah juga salah satu dari latihan. Iaitu latihan cuti sekolah. Latihan mengatur cuti dengan bijaksana. Haha. Tapi latihan cuti tidak begitu relevan buat manusia lelaki bujang seperti saya dan ramai lagi yang terkial-kial cuba menamatkan zaman berpoya-poya ini. ~maksud saya, zaman yang masih boleh ke sana-sini sesuka-suki tanpa terikat dengan insan bergelar isteri. Alaahai..

Bidang perguruan memanglah pilihan hati nombor satu saya, bukan askar. Kalau tak saya tak pilih sampai empat pilihan berturut-turut masa isi borang UPU dulu. Tapi askar tetap minat dan hobi saya. Sebab itu saya masuk PALAPES. Namun ramai yang kata saya lebih sesuai jadi tentera. Mungkin sebab imej saya yang tegap dengan rupa paras yang tegas dan garang. Memanglah, kalau saya tidak melarik senyum akan nampak garang dan bengkeng semacam. Namun demikian saya seorang yang ceria dan suka juga senyum. Suka buat lawak juga. Pandangan pertama orang akan melihat saya seorang yang garang. Tapi bagi yang pernah berkawan atau belajar dengan saya, tidaklah seperti yang dibayangkan.

Minggu pertama saya mengajar, ada dua orang murid yang tanpa segan silu ketika berselisih ‘eh garanglah cikgu baru ni’. Mungkinlah sebab saya tak senyum masa tu. Entahlah, mungkin masa belah mulut tika kecil bayi nak cukur dulu ayah saya taruh banyak asam gelugur. Kalau taruh banyak kurma dengan madu mungkin lainlah kot. Elok juga begitu kan..haha. tapi.. tapi.. kalau saya ‘ambil baris’ atau pakai baju askar, tak payah la buat lawak dengan saya terutama saat getir yang bukan sekadar memerlukan keseriusan dan ketegasan, bahkan suara yang paling tinggi juga. Jadi, sesiapa yang terlibat dengan saya masa itu usahlah ambil hati. Bak kata pepatah askar – kehendak perkhidmatan. Kadang-kadang terpaksa diaplikasi dalam kegiatan luar askar juga. Bila keadaan memerlukan saya berbuat demikian. Aduuhai..

Bagi saya, mengajar adalah sesuatu yang seronok. Bak kata Tuan Sabariah (Bidadari dari Timur) – kita harus bahagia dengan pekerjaan kita. Kalau tak silaplah. Lagipun buku tu dah di tangan bakal bidadari timur saya.. ehem..

Tika kaki jejak tanah Beris Kubur Besar, tempat membesar bapa saya dan daerah kebanyakan waris-waras saya – saya menanam azam ingin menjadi seorang guru. Berbeza dengan sekolah rendah semasa cikgu besar masa tu yang berjebang bertanya sorang-sorang nak jadi apa maka saya bangun jawab dengan tegas dan yakin “saya nak jadi askar cikgu!”. Bagus.. bagus.. yang beginilah yang kita nak. Kata cikgu besar yang ingat-ingat lupa namanya. Anehnya juga saya masih ingat sesetengah kenangan lama sedangkan saya mudah lupa banyak perkara yang baru dilalui. Mungkin dulu kurang tekanan, dan sekarang banyak sangat yang kena fikir dan kena ingat.

Jumaat lalu sekolah adakan sambutan hari guru. Kawan-kawan ada yang dapat banyak hadiah. Terutama guru GSTT yang memang dah lama mengajar. Tapi, ada juga yang jadikan guru sebagai kerja pra-kerjaya. Bermakna guru bukanlah kerjaya utama. Tidaklah hendak dikatakan dia tidak minat menjadi guru. Saya percaya bila dia bekerja sebagai penyelidik kelak pasti akan merindui saat menjadi guru. Rindu pada telatah kerenah murid. Rindu pada gurau senda teman sekerja. Rindu pada narwastu sekolah yang khas. Tiada di tempat lain.

Meladeni karenah murid yang bermacam ragam perangai. Mungkinlah sesetengah guru yang tak tahan dengan perangai murid akan mengata budak macam setan dan haiwan. Tapi harus diingat kata-kata guru tak ubah kata-kata ibu bapa yang merupakan doa. Walaupun sekolah yang saya jalani latihan sekarang memang masyhur dengan budak-budak yang berlagak samseng, tapi saya lebih suka anak-anak yang tidak sombong bongkak kerana kekayaan. Kadang-kadang timbul rasa kasihan dengan anak-anak yang menjadi mangsa golbalisasi sosial. Terjebak dengan bermacam perkara tidak baik yang diistilahkan oleh kerajaan sebagai gejala salahlaku. Latarbelakang keluarga yang rata-riti bukanlah berada. Dalam kelas belakang adalah seorang yang bapanya jadi kerani bank. Yang lain, ada bapa sudah pencen, ada bapanya pemandu lori, ada yang kerja dengan lori sampah bandaraya. Kawasan sekolah itu berada di kawasan orang pendapatan rendah. Baik sedikit dari setinggan. Dan memang kebanyakannya yang asalnya dulu penduduk setinggan yang bernomad kerana ops setinggan sifar, demi membersihkan wajah kota yang berjerawat.

Masih ada 6 minggu lagi. Jumaat ini pula bengkel refleksi di ILIM selama tiga hari, hingga hari ahad. Hari ini mesyuaratnya. Memang ada yang tidak berpuashati dengan tarikh ini. Namun bagi saya, ia adalah di luar lingkaran kemampuan manusia untuk meningkah takdir dan tidak mampu memuaskan hati semua orang. Saling faham-memahami akan situasi dan kerjasama serta toleransi itu penting. Dalam menganjurkan program yang penting atau kurang penting sama sahaja; dedikasi, komitmen dan pengorbanan semua pihak. Penganjur sudah membuat yang termampu dan terbaik baginya. Sebarang kekurangan dan kekhilafan adalah perkara biasa selagi kita bergelar manusia.

Apapun, saya mendoakan para sahabat Sarjana Muda Pendidikan Islam dan Sarjana Muda Sains Pendidikan selamat menjalani latihan mengajar walau di mana dan suasana sekolahnya. Masing-masing ada cabaran yang tersendiri. Sekolah elit dengan kepandaian dan kebongkakan sesetengah pelajarnya (yang ini saya akan ulas kemudian). Sekolah biasa dengan kebiasaan pelanggaran disiplinnya. Yang penting, mengajarlah dengan gembira dan berlapang dada. Tanggungjawab mendidik anak bangsa sesungguhnya mulia dan berat timbangannya. Mengajarlah dengan ikhlas dan penuh kasih sayang.

Ingatlah kata-kata Syeikh Abu Saif – erti hidup pada memberi. Dan katanya brader kala jengking – apa yang anda beri, anda akan dapat balik!

Khamis, Mei 28, 2009

Bukan Salah Anak Ini


bukan salah dia terpaksa lena
kerana dia pun tak tahu nak jawab apa
siapa saya hendak marah dia
kalau saya marah saya dapat apa
kalau dia bangun dia tak tahu buat apa
termangu-mangu macam kambing gigi takda

bukan salah jadi anak bongsu dia
yang katanya tiada apa dia dapat yang istimewa
tak terkata saya bila saya bertanya
tak tahu ayah dia dulu sebelum pencen kerja apa

selain dia ramai lagi gelagat begini ya
cuma tak larat saya nak ambik gambar
sebab dia sebelah saya
tanpa segan silu pejam mata atas meja
kertas jawapan cukup sekadar tulis nama
yang lain saya tak pasti la
macam tak jawab apa juga

mungkinlah ramai lagi begini
jadi mangsa kekeliruan bahasa
bahasa tak dapat, ilmu pun tak dapat
alahai anak bangsaku
pasrahlah..
tabahlah..
sabarlah..
redhalah...

kalau inilah suratan takdirmu
berhentilah berharap aku
melihat bangsaku maju
dengan bahasa ibunda kebanggaanku


Taman Bukit Angkasa

Sabtu, Mei 16, 2009

Dari Guru Untuk Guru

Selamat Hari Guru buat semua guru tak kira apa gelaran dan status. Bagi saya sesiapapun yang dipanggil tok guru, cikgu, ustaz, pensyarah atau yang senada dengannya adalah GURU. Tidak kiralah yang menjadi guru ganti, yang masih dalam latihan perguruan, apatah lagi yang sudah bertugas secara tetap mahupun yang sudah bersara. Adakah anda akan memanggil guru anda yang sudah pencen sebagai Pak Haji atau Pakcik? Tiada kita melihat dan mendengar kerjaya lain yang mulia penggilan seperti guru. Tiada saya dengar seorang tentera yang pencen orang panggil encik askar, atau Yang berhormat selepas pencennya orang panggil yang berhormat. Begitu juga dengan tuan hakim, semasa hakim tidak bertugas di luar dewan mahkamah saya tak pasti adakah orang masih memanggilnya 'yang arif'. Yang arif tak semestinya yang benar dan yang jujur.

Zaman Sekolah Rendah
Guru kelas saya yang pertama di sekolah rendah ialah Cikgu Siti Fatimah. Senama dengan Mak saya. Guru kelas di darjah 6 pula Teacher Rosmawati. Saya ingat benar dua orang guru saya ini. Cikgu Aini (yang terkenal garang) dan suaminya Cikgu Rozani pernah ke rumah saya kerana kebetulan mengajar sama sekolah dengan kakak saya beberapa tahun dulu. Ada beberapa lagi guru saya yang ingat mengajar saya di sekolah rendah dulu dan kalau berjumpa sekarang pun mereka mungkin masih mengenali saya. Maklumlah budak baik. hehehe.. Sungguh zaman itu sangat nostalgia. Menjadi pengawas dan hampir dilantik menjadi ketua pengawas. Bersungguh-sungguh saya tolak jawatan itu dan mencadangkan kawan saya, Sanusi Nasir. Saya lebih suka jadi tukang baca doa, tukang tekan loceng (pernah tekan silap waktu,haha), angkat-jatuh, angkat jatuh, jaga budak kutip sampah sambil dijeling budak sebab pengawas tak kutip sampah.. haha terasa lucu bila kenangkan.

Zaman Sekolah Menengah
Saya sekolah menengah aliran agama. Sebab itu saya memilih untuk menjadi ustaz sejak peralihan. Mungkin sebab masin mulut Ustaz Muhammad Ismail 'cotek' semasa bertanya cita-cita saya nak jadi apa. Antara guru yang mengajar saya di SMU (A) Amir Indra Petra (sekarang Maahad Amir Indra Petra) ialah Cikgu Mat Ghana (entah dari mana dia dapat gelaran ni), Ustaz Rahim, Ustazah Naemah, Ustazah Zaemah, Ustazah Haizan, Cikgu Baharudin (Haji Baha), Cikgu Sarbini, Cikgu Faridah (dah beberapa tahun tak sampai rumahnya), Cikgu Nazri (kimia), Ustaz Mohd Noor (saya panggil Abang Noor je..), Cikgu Rosli K. Matari (pengajian am sahaja, bukan belajar sastera dengannya), Cikgu Mat Amin (Lukisan Kejuruteraan..oo yeah..haha), Cikgu Ashpawati (panggilan manjanya cikgu T, MatematikTambahan) dan Cikgu Hazmi (jumpa masa kenduri Asmak tahun lepas dia genggam tangan saya tak lepas.. haha.. rindu sangat kot..) -dan ini hanya sekadar menyebut beberapa nama. Jenuh nak sebut semua kan..
Ooh ya.. tidak lupa pada guru-guru saya di SMAP Labu Nogori Sombilan.. Ustaz Zawawi, Ustaz Nasarudin, Ckgu Nasirah, Ustaz Robiah, Cikgu Zulkifli (mengesan saya ahli wataniah seminggu lepas lapor SMAP), Cikgu Husin - yang pernah merotan kaki saya kerana buat dek masa waktu Subuh (ingatkan dia tak masuk dorm sebab budak yg saya jaga turun surau.. maklum penat prep tido lambat..haha).. Cikgu Zam, guru baru posting yang sekapal.. Cikgu Roslan Bustani-yg banyak membantu dan pernah membantut kepulangan saya untuk kenduri kahwin dua kakak saya.. sapa lagi.. semua sekali yang kenal saya lah.. jasa kalian takkan dilupa...

Zaman Kampus Universiti Malaya
Zaman universiti tentulah jauh sekali berbeza dengan zaman sekolah. Hidup berdikari menjaga diri jauh dengan keluarga dan bebas dari pandangan ibu dan bapa. Guru tentulah juga berbeza. Guru bergelar Doktor dan Profesor.. kalau adapun tutor mereka juga dalam peralihan ke arah tahap pendidikan yang lebih tinggi. Guru saya ada di tiga tempat utama. Akademi Pengajian Islam, Fakulti Pendidikan, dan Kompleks PALAPES UM. Terima kasih kepada semua guru saya selama saya menuntut di UM. Ustaz Syed Hilmi yang murah senyumnya. Ustaz Rasyid yang bernas kata-katanya. Ustazah Tengku Sarina yang kini di luar negara. Di Fakulti Pendidikan- Ustaz Zawawi yang tegas wibawa penuh makna dalam kata. Ustaz Azhar yang sporting tapi penuh nasihat dan wasiat. Ustaz Rahimi yang selamba namun kata-katanya kemas bernas sesekali pedas. Dr. Ghazali yang ceria penuh cerita lawak jenaka, menyakitkan perut saja kerjanya.. haha.. Dr Wan Hasmah yang senyum sokmo sampai sekarang panggil saya Pak Lah.. Dr. Shahrir yang tidak suka bagi nombor telefonnya pada pelajar akhirnya terpaksa telefon saya dengan telefon bimbitnya..hihi.. dan yang paling saya sayangi tentulah Dr. Habib Mat Som yang menjadi Guru Idola saya sepanjang masa. Nasihat dan Wasiatnya insyaAllah akan saya pegang sebagai landasan selama menjadi seorang bergelar guru. Di PALAPES, semua yang saya lalui menjadi guru saya, bukan sekadar jurulatih yang suka meletihkan saya dan kawan-kawan..haha.. Kapten Mazalan, Kapten Khairul, Kapten Peter, Cik Sabri, Cik Din, Cik Asri, Cik Zaini, Sarjan Azman, Kopral Fuad Smoke, Kopral Muru Kopral Jasmi, Kopral Halim dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama).

Sesungguhnya semua pengalaman ini menjadi guru paling bermakna dalam hidup saya. Terima kasih guru-guruku semua!

Buat semua guru Uni. Malaya, para sahabat SMPI, DPLIUM dan guru-guru Malaysia..

Selamat Hari Guru!

Ahad, Mei 10, 2009

Riadah Bukit Gasing

Ketika berjumpa Remy di pejabat bersama Program Pendidikan Islam dan Program Sains Gunaan Jumaat lepas, tak tersangka akan membawa saya ke Bukit Gasing. Sungguh tak sangka ada bukit yang dijadikan tempat riadah berhampiran Pantai Dalam 'ni.

Remy mengajak staf Sains Gunaan, Kak Ani untuk menyertainya.. dan Kak Ani ajak pula kawan serumahnya. Rasa segan pula bila tengok-tengok kami lelaki tiga orang, tambah Budin dan mereka pun tiga orang. Ketika saya tiba dan parkir lalu berlari menyertai Kak Ani dan Remy serta yang lain-lain ada dua pasangan remaja juga ingin ke Bukit Gasing. Yang membezakan kami dengan dua pasangan remaja yang berjalan di belakang kami adalah kematangan. Mereka hanyalah remaja yang masih mentah dan bergayut di dahan cinta nan rapuh. Risau saya lihat fenomena cinta remaja di KL 'ni. Kata-kata Ustaz Khalid semasa saya temuramah beliau tahun lepas tak perlu saya sebut saya rasa. Bikin malu sama masyarakat. Tapi masyarakat kelihatan tidak ingin berubah ke arah lebih baik. Malah semakin bejat!

Pergaulan bebas sedemikian siapapun yang waras tahu akan kemungkinan kesudahannya. Hendak pula anak remaja KL yang cepat 'matang''. Mereka memintas kami ketika turun bukit. Entah ke mana sudah mereka. Cuma hendak buat pelik-pelik tak mungkin sebab ramai sangat orang pagi 'tu. Yang ramainya pula India dan Cina. Melayu ada kadang-kadang. Asyik 'morning' saya. Pandai morning-morning la pulak. Huh...

Sambil berjalan Remy berkongsi ilmunya. Maklumlah sudah bidang dia main dengan hutan. Tanda hutan sudah diteroka la. Kenapa daun yang rendah besar dan yang tinggi kecil. Dan indikator hutan itu pernah diteroka ialah sebuah pokok bernama simpoh.

Riadah pagi semalam akhirnya diakhiri dengan makan roti jala di warung terkenal berhampiran PPR Kerinci. Berjalan ada dekat sejam tapi duduk di bangku hampir dua jam. Dah tunggu roti jala saja sudah dekat sejam..

Lain kali.. pergi sendirilah. Ajak serumah sewa ke.. lama tak turun naik bukit. Semacam nak bergelar Leftenan Muda (bersara) lebih cepat rasanya.. haha.

di antara dua simpang, satu lagi ke Menara Pandang..

Rabu, April 29, 2009

Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Awal April saya terima tawaran dari seorang kakitangan PTS yang juga kawan saya yang pernah sekuliah dengan saya untuk subjek Media Cetak Dakwah (Elektif Luar Jabatan).

Agak terkejut.. kena baca sajak di Pesta Buku!

Ini adalah tawaran pertama yang agak eksklusif saya terima. Pesta buku yang khalayaknya ramai dan jauh bedanya dengan apa yang pernah saya lalui sebelum ini. Sebelum ni hanya depan kawan-kawan. Sama-sama PALAPES, dalam PMKUM dan juga SMPI. Persembahan hanya sekadar menghiburkan kawan-kawan semata-mata.

Deklamasi puisi depan keluarga PTS, Pak Samad Said, penulis-penulis dan khalayak pengunjung Pesta Buku. Agak gementar juga. Maklumlah, deklamasi puisi depan Sasterawan Negara.

Alhamdulillah, dengan nama Allah saya melangkah.. membacanya dengan penuh semangat. Mungkin juga kerana hadirnya seseorang yang memberi semangat..huhu. Puisi yang saya bacakan bertajuk Jika Ia Sebuah Cinta. Tajuk ini adalah cetusan idea insan yang saya dedikasikan puisi ini kepadanya. haha..

Terima kasih kepada warga PTS kerana memberi saya peluang. Terima kasih kepada rakan penulis kerana memberi semangat. Semoga saya terus tekal bersemangat melewati batas-batas dunia sastera, meladeni manusiawi dan kemanusiaan.

Subhanallah...

Isnin, April 20, 2009

Ganti kawan mengajar tuesyen

(diedit setelah seminggu lebih bergelar draft..)

Semalam ganti kawan mengajar tuesyen mengaji. Tempat terpaksa dirahsiakan.. hehe.. kena mengajar dari jam 9 hingga satu. Dalam hati saya mengajar apa la sampai empat jam berterusan. Budak pertama datang jam 9.20. Tuan pusat tuesyen pula yang nampaknya macam telefon mak bapak.. rasanyalah kot. Mengajarlah walau cuma seorang. Mengajar 'Iqra' bukan senang seperti fikiran kebanyakan orang. Kalau senang mengajar la sendiri kat rumah. Tak perlu lah kerajaan susah-susah buat jQAF apa semua. (dengarnya guru jQAF dipandang sebelah mata.. bagaimana tu..?)

Bapak budak tu hantar. Budak dengan mata bengkak lepas menangis. Mutaligat otak saya bagaimana nak tarik perhatian dan minat budak ni mengaji. Budak ni namanya Aiman. Macam nama anak saudara saya pula. Diam bejurus macam suci budak ni. Dekat sejam saya ajar. Menggeliat, menguap. Mata ke lain saya buat dek jer. Janji dia baca dan ikut apa yang saya ajar. Kemudian datang budak kedua dalam jam sepuluh, pun Aiman juga namanya. Aiman Haziq. Budak ni bagus sikit. Sama umur dengan Aiman mula-mula tadi. Bila saya nak ajar Aiman Haziq ni Aiman mula-mula tadi cakap dia dah penat. Masakan tidak hampir sejam. Saya suruh menulis. Dia buat dek. Huh.. jenuh. Saya ajar Aiman haziq. Aiman satu lagi mula terkinja-kinja. Melompat-lompat dan semacam mengajuk aksi gelagat kartun. Soheh hantu kartun budak ni. Ganggu saya ngajar sebab dia duk sebelah saja. Tak lama lepas ajar Aiman Haziq saya suruh dua-dua menulis. Kemudian untuk senangkan panggil saya gelarkan Aiman mula-mula tu Aiman spiderman sebab pakai baju spiderman dan Aiman Haziq sebab dia pakai baju KIKO.

Keadaan bertambah riuh dengan kehadiran baru Dina dan adiknya Ikhwan. Juga pelajar baru Izan dan Hakim. Admina dan Almin pelajar lama, paling lewat. Patutlah kawan dah wasiat awal-awal budak-budak tu ganas-ganas tu (nakal-nakal maksudnya). Saya sengeh jelah. Dalam kepala dah nampak camana nakal budak KL nih.

Sejak sedari sampai ke pusat tuesyen saya sudah perhatikan dibawah ada seorang hisap gam. Murid-murid bising masa saya tengah mengajar. Maklumlah, mengajar sorang yang lain ambil kesempatan main dan berlari. Kalau ambil satu kelas terus kan senang. Hairan macamana Bukhori boleh buat kelas macam ni. Yang belajar tajwid tak datang. Pelik jugak rasa takkan pelajar sepuluh orang saya kena ajar dalam masa empat jam berterusan. Pening fikir.

Saya lalui sesi P&P yang haru-biru dengan penuh seronok dan santai. Lantaklah budak nak berlari ke apa ke. Dah suruh duduk diam kat kerusi tak mahunya. Budak tak habis-habis mengintai di jendela. "Ustaz, ada orang hisap gam kat bawah.." "Ye ustaz tau.. tadi lagi ustaz dah tengok..". Budak ni nak belajar ke tak nih..huh pening.. Pertama kali mengajar mengaji kelas hiruk-pikuk cam ni. Dengan yang pakai benda alah Naruto. Dengan yang melompat-lompat. Waduu apa kes lawak budak-budak ni buat.

Setelah empat jam mengajar, bergurau senda dan ambil gambar budak-budak ni maka tiba masanya hendak balik. Saya sendiri tidak pasti adakah ini yang pertama dan terakhir atau akan ada pelawaan lagi selepas ini untuk mengganti. Yang pasti meskipun baru sekali budak-budak kelihatan mudah mesra dan sudah suka saya mengajar mereka. Tak mengapalah.. ada peluang berjumpa lagi.

Sebelum pulang.. sempat juga saya minta anak-anak soleh ini baca surah Al-Fatihah dan saya rakam.. saya kata nak masukkan dalam internet.. haha.. mana bohong, sungguh bagai dikata.. akhirnya gelagat dan aksi mereka ditatap seluruh dunia!


Sabtu, April 04, 2009

beberapa hari ini

SAKIT MATA
Beberapa hari ni saya sakit mata.. dalam penyembuhan, alhamdulillah.. jadilah ini ujian maha hebat dalam beberapa hari ni.. Agak mengganggu perjalanan kehidupan. Banyak program kena ikut. Mesyuarat Agung PMKUM, saya kena jadi pengerusi mesyuarat. Bengkel latihan mengajar saya pengarah. Payahnya nak bercakap dengan orang. Tiap orang yang saya jumpa mesti tanya, kenapa pakai spek hitam? Selain tu, wah pak lah hensemnya.. huh.. ada yang saya bagitahu sebabnya. Ada yang saya tunjuk saja mata saya. Ada yang celik mata tengok mata saya. Ada juga yang memalingkan muka, hah ambik! haha

KE KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA
Beberapa hari lepas,hari terakhir Mac 2009, saya ke International Islamic College atau Kolej Islam Antarabangsa, Gombak sebagai kerja kursus subjek Pendidikan Islam di Malaysia(pergi pakai spek hitam). Sehari sebelum tu sudah telefon buat temujanji nak pergi. Masa masuk pintu pagar Mak Guard tanya - apa gerangan datang ye (ni bahasa saya, lebih kurang ni la soalannya). Ada temujanji dengan pihak IIC, untuk assignment. Mula-mula makcik tu cakap KL. Tapi budunya tumpah..haha.. Saya pun apa lagi keluarkanlah saya punya bahasa emas. Wow.. makcik tu meski tak terkasima tapi dengan penuh akurnya menutur bahasa yang sama. Lalu pergi jumpa kerani itu setelah saya beritahu saya sudah sampai. Tibanya saya di kaunter dengan tawaduknya saya beritahu - saya Hasbullah... Oh.. lupa pula.. kejap ye.. katanya lalu bangun sambil cakap apa entah. Macam bersalah pula gayanya. Sudah temujanji tapi lupa khabarkan pihak atasan... hemm.. manis juga orangnya.. hehe.. jangan kau.. sinar mata... Setelah dia telefon seorang pihak atasannya maka dibawalah kami bertiga (bersama Malik dan Abang Marsal) ke bilik orang kuat akademik IIC, Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya. Temubual dalam setengah jam juga. Berbual selebihnya. Orang dekat kampung saya rupanya. Gertak Kecupu 10 minit saja dari kampung saya. Berkirim salam pula pada kawannya yang jadi tutor di APIUM, Ustaz Safiri dan Ustaz Sufian. Setelah usai temubual, makan di kafe - ambil gambar sekitar IIC, gambar terakhir depan IIC.

KLINIK MATA
Dalam tengahari pergi Hospital Kuala Lumpur. Mula-mula ke pesakit luar. Jumpa doktor, dia buat surat suruh jumpa pakar mata. sambil-sambil tu sempat temuramah saya. Macam nak buat calon adik ipar je..hehe.. Apa tidak, ia tengok umur saya pada kad kesihatan.Oh awak 26, dah kahwin? Kerja mana? Oh belajar lagi... Ambik apa? Oo ustaz la ni ye.. malu-malu kambing saya jadinya.. huhu..

Ke klinik pakar mata kan main lama menunggu. dari jam 12.30 sampai 4.30 barulah panggil nama saya. Tu pun kena tunggu kejap. Doktor wanita cina tu mundar-mandir keluar masuk bilik dia. Ada seorang lagi doktor cina, lelaki. Dia banyak berbual dengan pesakit yang juga orang cina yang masuk kemudian dari saya. Bila doktor wanita tu masuk saya pun mengadaplah dia.

"Sakit apa?" dia tanya.
"Sakit mata doktor." saya jawab. Bodoh je bunyinya.
"Saya tahulah awak sakit mata. Saya kan doktor mata. Awak pun dalam klinik mata kan. "Huh... soalan ni nak jawapan macam mana sebenarnya. Pening aku weh.
"Ok takpelah saya tengok. Duk situ."
Saya duduk depan mesin mata. Manggih nampak gayanya. Dalam asyik doktor wanita cina bersembang dengan doktor lelaki cina dan pesakit lelaki cina itu maka dia pun tersasullah bercakap dalam bahasa cina dengan saya. Dia cakap apa dah.. kang si pey ke.. oh oh.. depan sikit.. hehehe.. dia ketawa. Lepas tu dia cakap cina lagi dengan saya. Kang si pey.. kang si pey...Seronok sangat layan berbual dengan kawan-kawan sampai saya pun turut terima tempiasnya. Habis dikoreknya mata saya.
"Oh.. awak alahan ubat ni." Diberi saya ubat baru.
"Awak simpanlah ubat ni, tapi jangan guna." Ubat tu ubat klinik pelajar UM. Bukan klinik pakar mata. Jadi saya kena dengar cakap pakar matalah.
Terima kasih ladoktor ye bagi saya MC seminggu, tapi tak dapat saya gunakan sepenuhnya kerana tak dapatlah saya terperap di rumah melainkan ke sana sini dek banyak pertemuan.

Saya ingat saya sudah terseksa sakit mata seminggu. Namun betapa saya insaf apabila melihat seorang adik, juga cina, di atas kerusi roda dengan baju hijau pesakit - matanya bernanah meleleh di kedua-dua pipinya. Sedih amat melihat keadaan. Seksa mata melihat sengsara lagi hati yang menanggung derita. Subhanallah.. Tuhan menguji hambanya.. adakah kia merasakan kita cukup beriman sedangkan kita tidak diuji?

DBKL
Ketika saya ke Kompleks Pertama untuk buat nametag saya parkir motor saya sebaris dengan motor-motor lain yang ada tepi kompleks. Susah sangat nak cari tempat letak motor. Kali ni saya tak pusing kompleks untuk cari, nampak kosong je terus letak. Biasanya pusing jugak. Sekali-sekala parkir seberang jalan, tapi hari tu jalan sibuk sangat. Nak lintas pun susah. Tak lama saya masuk ke dalam. Hanya beri senarai nama dan sebut harga. Keluar saja nampak ramai penguasa DBKL.

"Adik ada motor sini? Kalau ada baik bawak motor adik pergi. Kami nak angkut motor ni."

Baik jugak abang DBKL ni. Sorang lagi abang bernasib baik. Betul-betul parkir tepi saya. Fuh selamat.. saya cakap kat abang tu. Kalau tak memang kena tuntut la motor saya. Hari khamis esoknya DBKL datang rumah saya dalam bentuk lain. Kakitangan kesihatan. Ketuk pintu macam orang nak gaduh. Kuat kan main. Rupa-rupanya nak bagi perangkap jentik-jentik. Terima kasih saya cakap. Saya terus pasang perangkap jentik-jentik percuma tu sambil mengomel kat housemate pasal orang DBKL. Sudahlah pakat buat tak tahu saja masa kawan tu ketuk.

TEGUR BIBIK
Bibik ni pengasuh anak murid saya. Dah lama saya sakit mata tengok cara dia pakai. Dah lama saya melemahkan iman saya dengan hanya mendiamkan diri dan mengutuk dalam hati. Tapi petang khamis itu saya kuatkan iman saya dengan menegurnya. Apa makna dia panggil saya pak ustaz tapi saya tak berani tegur meski sepatah mahupun sekali..

"Kak.. kalau saya tegur kakak jangan marah ye.." sebab anak murid saya pun bahasakan kakak.

"Ada apa ya pak ustaz.." jawabnya sopan.

"Orang perempuan tak elok pakai seluar pendek.. tak manis." Saya tegur sebab dia Islam. Saya sudah tanya namanya minggu sudah. Kalau bukan Islam seperti 'bong' takpelah. Pakai seluar pendek saya nak kata apa. Sudah la tak reti cakap melayu. Orang Kemboja, buddha pula tu.

"Kakak tak boleh pakai seluar pendek macam ni.. tak baik.. bapak ada tegur tak?" bapak tu maksud saya majikan dialah..

"Saya cuma orang gaji pak ustaz.. bapak pun tak pernah tegur.. saya cuma pembantu.. enggak apa-apa pakai gini.. kawan-kawan saya pun pakai begini aja.. lagipun ini kan dalam rumah" dia maksudkan kawan-kawan sejawatan dengannya yang kerja sekitar apartmen itu. Apa dia itu rumah rumah dia kah. Dia ingat dia hamba ke boleh pakai camtu. Tetap haram sebab dia ajnabi. Dan dia hanya orang gaji.. haram tuannya melihat auratnya.

Kelakuannya berubah seiring dengan airmukanya yang mula memuncung. Tindakannya agak kasar pabila meletakkan bekas biskut di hadapan saya. Rupa-rupanya tegur cara baik pun tak terkesan buat orang sebegini. Beberapa kali dia berpakaian melampau (bagi saya) saya buat tak tahu saja. Berbaju tidur pergi kedai. Pakai agak seksi ketika keluar kota KL (tersermpak dgn saya depan Mydin Sinar Kota) Jangan bagitau bapak - dia rayu. Semoga Allah limpahkan hidayah kepada anda. Saya hanya mampu berdoa. Saya telah menjalankan tanggungjawab dengan menegur sepatah dua kata. Meski majikannya hanya diam sahaja. Saya hendak kata apa.. Saya cuma ustaz muda yang belum berubah statusnya..haha

MAKAN MALAM KOLEJ
Saya tidak tahu hendak kata bagaimana. Sudah saya tolak pada awalnya. Hari ni dia minta tolong lagi. Saya nak bagitahu mata saya baru baik sikit. Tapi saya kata dah OK. Yang ok cuma kurang sakit. Tak berair. Mata masih bengkak. Lalu bagaimana saya hendak pakai Nombor Satu (lebih dikenali dgn istilah one dress) dengan mata bengkak. Nak pakai spek kata orang lebih-lebih pulak. Akhirnya saya tolak. Meskipun dia sms - ni la kawan, mintak tolong pun susah. Huh.. buat ayat sedih pulak. Ni yang runtun hati saya nih.. tapi sebelum itu memang saya ada demand lebih.. bagi saya tak cukup sekadar bagi satu meja percuma kerana bukan kehendak kami ke makan malam tu, kehendak kolej. Memang satu kepala RM100 lebih seorang, tapi pakaian kami kena basuh juga. Sepasang RM30 kurang lebih. Saya ni pelajar. Duit pun banyak habis wat bayar yuran kolej dalam 3 tahun lepas. Yang entah apa-apapun ada jugak kadang-kadang. Apa depa caj pun tak pasti. Tahu-tahu dah bayar pada bendahari. Dengan penuh paksasetuju.

Setelah sekali lagi kawan saya yang sorang tu telefon. Benar-benar berharap.. saya tak mampu menolak. Pergi jugalah saya. Dinner kolej bukanlah suatu yang mengujakan saya. Namun tak ingin saya menghampakan kawan. Ikhlas ke tak saya nih.. takpelah.. kawan punya hal.. tak kisahlah..


Beberapa hari ni.. dalam mood kurang memberansangkan.. ada beberapa perkara yang saya belajar di luar dewan kuliah. Namun sejauh mana saya ingat.. itu bergantung kepada kemampuan manusiawi saya yang seperti manusia lain jua.. ada penyakit lupa.. manusia itu kan keterlupaan.. (katanya Pak Thib)

Selasa, Februari 24, 2009

Sesekali

Sesekali menghadiri Hari Keluarga Pendidikan Islam. Kali ini ada kelainan. Kali pertama diadakan semua peringkat sekali bergabung. Sebelum ini hanya sendiri-sendiri punya tahun. Nak buat atau tidak bergantung kepada kemahuan dan kemampuan batch masing-masing. Kali ini dengan idea penyelaras yang mengambil tugas yang pernah dipegangnya dulu maka dapatlah diadakan program santai sebegini. Diadakan di Taman Tasik Perdana. Sesekali.. rasa seronok juga. Alangkah lebih seronok dapat bawa keluarga sendiri macam Ustaz Rahimi dan Ustaz Zawawi.. Dan indahnya juga, Ustazah Shamsiah dengan madunya macam adik-beradik pun ada. Madunya bawa anak. Madunya dipanggil oleh anak sebagai Umi dan dia pula dipanggil Mama. Alangkah indah kalau poligami dalam Islam difahami sebetulnya... kan?


Sesekali menjeguk adik-adik junior di kolej Kelima. Kali ini mereka laksanakan Pameran Ketenteraan atau Military Exhibition (MIEX). Nama baru setelah perkampungan perang. Ditukar namanya sebab bunyi macam ganas. Sesekali saya berfikir dangkal juga pemikiran sesetengah orang yang terpengaruh dengan propaganda global. Apa-apa sajalah. Bertemu dengan kawan seangkatan. Muka masing-masing memang dah tak macam muka askar lagi. Dengan rambut panjang, janggut dan jambang. Ada juga yang berkata apabila melihat GPMG "Aku lupa dah macamana guna menatang nih..." Saya senyum. Sebentar tadi pun saya terkial-kial nak selamatkan Mesin Gun tu. Padahal ni lah senjata yang seberat hampir 11 kilo yang pernah menghempap lutut saya semasa pergerakan sebelum subuh menuruni bukit pertahanan. Kononnya untuk mengelak dari dilihat musuh. Walaupun hanya latihan tapi harus aplikasi seperti keadaan sebenar. Jenuh juga saya melalui latihan yang memeritkan dek lutut tercedera. Kena jalan berkilo-kilo lagi. Malangnya beberapa orang sahaja kawan yang memahami. Tak kisahlah kan... alahai... kenangan, pahitmanisnya indahnya di sukma..

Sesekali apabila saya pulang dari mengajar tuesyen dalam keadaan hujan, saya merasakan saya pasti akan merindui saat-saat ini.. Kuala Lumpur sekarang hujan petang. Saya pasti juga merindui Kuala Lumpur yang senang banjir dalam sekelip mata...

Seselalu... wajib kita mensyukuri segala nikmat ini. Terima kasih ya Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Kawan yang berkeluarga tak ada nampak muka


Inilah juga tempat kami berlumuih tahun sudah


Kenangan manis ada, pahit pun ada dengan GPMG ni...

Dave... kenangannya tak lama bersama saya.. hanya setakat junior



Tanda yang saya tinggalkan setelah setahun... wow...

Ahad, Februari 08, 2009

Beberapa catatan Jumaat lalu

Pagi-pagi; kuliah Pendidikan Islam di Malaysia. Sebahagian mukaddimah telah saya ceritakan di bawah ini. Selepas sesi perbincangan politikkatak Perak, pembentangan kumpulan pertama. Tajuknya Institusi Pengajian Pondok di Malaysia. Banyak perkara baru tentang pondok di Malaysia saya baru tahu. Cuma saya tak angkat tangan mengaku pernah belajar di pondok. Salah satu sebabnya ialah saya bukan sepenuh masa. Malah orang Kelate kata cerelang cerelup. Maksudnya kadang-kadang pergi kadang-kadang tak. Menariknya ialah Ustaz Rahimi pun pernah bekerja di Pusat Pembangunan Pondok Berhad sebagai pendaftar selama 8 bulan sebelum sambung pengajian di UIAM.

Tengahari; macam biasa ke Masjid Ar-Rahman. Sebelum tu pekena nasi lauk gulai kambing di Akademi Islam. Sekarang untuk mengelak mengantuk saya mencatat isi-isi penting khutbah. Angin panas meruap selalu menyerang saraf dan meransang kantuk. Kalau tak tidur pun kadang-kadang otak merata merayapnya. Lepas jumaat lupa dah khatib cakap apa. Kan baik catat. Lagipun sebagai bahan untuk mengisi blog assignment saya yang sudah sunyi sepi tanpa pengunjung. Minggu ni tajuknya 'Keliru Minda'. Kelirunya akal waras apabila manusia mengguna akal tanpa merujuk syariat Allah Taala. Maka berlakulah syirik dan khurafat.

Lepas jumaat; bertemu Abang Din, menantu Pok Teh - jiran saya. Jarang-jarang bertemu di Kuala Lumpur. Makan keropok dan minum bersama, seadanya. Apalah yang ada sangat pada pasar jumaat Ar-Rahman. Sebetulnya macam pasar malam pun ada. Tapi tulah, ramai pulak yang lagho tak mengutamakan jumaat. Sebelum jumaat dah hurung gerai, lepas jumaat tak apelah. Tapi belum baca al-Fatihah dah bangun keluar, sudahlah datang lewat. Tak boleh nak tunggu Imam baca doa sekejap.

Balik ke rumah buka tv. Alahai hampeh.. rancangan khas politik Perak. Politikkatak dan politikkambing, ting ting ting menenting.. Mual tengok ulasan. Ah..malaslah ulas pasal katak dan kambing ni banyak-banyak. Baik layan penat dan berehat. Membuta sekejap. huh... kan nikmat.

Petang; setelah menyanggupi penggantian seorang sahabat untuk mengajar Emil di Subang maka untuk kesekian kalinya saya gagahkan diri meredah hujan petang yang mampir setiap hari. Tapi kan Tuhan dah kata - Aku turunkan hujan! Itulah antara kata nasihat arwah Wok kepada saya dulu. Guru al-Quran tersohor Kedai Baru. Kebanyakan pemuda-pemudi berhampiran rumah berguru dengan arwah. Selalu saja saya terima pujian isterinya dan hampir saja saya dijadikan anak angkat mereka! Cuma saya segan dan menolak dengan baik. Adakah saya boleh dinobatkan sebagai pelajar terbaiknya? Entahlah... tak penting semua itu sebenarnya.. Sekarang, Mak saya pula mengambil alih tugas Wok dan Pakdo Deraman yang sudah uzur. Cuma beza saya dan mereka ialah mereka menanti di rumah dan anak murid datang mengadap - percuma. Hanya kebiasaan ibubapa beri hadiah seumpama gula atau susu lemak manis. Saya di ibukota pula harus meredah arus deras kereta dan banyak kenderaan lain yang sedang menghambat dunia untuk ke rumah pelajar. Dan perkhidmatan saya itu dibayar perjam!

Maghrib; ke ar-Rahman lagi. Petang dapat mesej dari al-Hazizi, ceramah Ustaz Azhar Yaakub. Menyelerakan ceramahnya. Oleh kerana isu Perak masih panas dan meruap maka banyak juga disentuhnya. Adalah 20 minit. Lepas tu baru masuk tajuk. Yang menarik saya boleh kongsi ialah 3 perkara pelik orang Malaysia menurut satu kajian. Tak sempat catat kajian siapa.
pertama - paling kerap makan. 6 kali sehari. Apa tidak, macam-macam makanan ada.
kedua - paling banyak forward sms. SMS berangkai. Padahal ia adalah helah syarikat untuk menguntungkan mereka.
ketiga - paling kuat berpolitik. Kadang-kadang berpolitik sampai mengabaikan apa yang sepatutnya diberikan kepada rakyat.

Selepas isyak; ke Malam amal Deklamasi Puisi Palestin DBP. Lebih kurang macam tu lah bunyinya. Tak berapa pasti dah tajuk sebenarnya. Tapi tu lah, tren sekarang masyarakat sastera menganjurkan Majlis Puisi mengutip derma untuk tabung Palestin. Bagus daripada satu sudut. Yang tak bagusnya bercampur aduk segala macam perkara. Nak geleng pun buat sakit leher je.. sabar je lah. Kak Aisyah malam tu adalah kemuncaknya. Meskipun bertudung litup tapi dia masih gagal menjaga aurat suaranya. Dato' Siti lagilah. Dia berjaya bertudung tapi aurat jambulnya tetap terdedah. Kak Masyitah tak tegurpun, saya pulak lebih-lebih. Apa la ustaz nih, ijazah pun tak habis lagi. Hoi... jadinya Tuhan tengok ijazah la ye... Subhanallah enti. Sabar je lah ana..huhu..

Malam hitam langit kelam suram. Metropolitan tetap terang benderang menyuluh bumi muram. Jalan-jalan liku arus deras terkadang merisaukanku yang hanya bermotor cabuk lagi perlahan. Hati risau galau kacau. Bimbang sebelum ke negeri abadi jauh sana bekalan tidak mencukupi. Ya Rabbi, hanya Engkaulah yang tahu isi hati ini.

Isnin, Februari 02, 2009

Malam Puisi Di Bawah Langit Gaza

Ramai sungguh hadirin pada malam tadi di Rumah Pena. Maklumlah rancangan besar. Mas Zakir masuk TV3 ajak rakyat Malaysia menyaksikan di bawah langit gaza. Wah ramainya tak terhingga. Untuk program sastera memang sudah cukup ramai. Sama seperti diskusi karya mantan MPR, Rahimidin Z pun jadi hairan kenapa tiba-tiba ramai orang datang. Biasanya dua puluh orang sudah ramai bangat. Wah... lewahnya ramai.

Agak lewat saya mampir. Maklumlah pergi pameran ATM dulu. Balik lewat. Siap mandi pakai baju solat empat rakaat, sang Teruna Zakir menelefon-di mana anda saudara Hasmora? Wah saudara... anda orang kedua memanggil saya Hasmora dalam telefon selepas Cikgu Zamzuri (cikgu dia sekarang). Wah... terkial-kial saya rempit motor malam tadi. Masakan tidak, termakan langsat untuk kesekian kalinya.

Maka saya pun hanyalah ingin menukilkan sebuah puisi sebagai pandangan saya terhadap Di Bawah Langit Gaza.


Interpretasi Sebuah Malam Puisi


Ramainya yang datang menyaksikan
ramainya juga memakai selempang
wah semangatnya anda saudara,tapi...
adakah anda berdoa setiap malam
agar Gaza mengecap keharmonian.

Puisi-puisi melantun dari dada penyair
hatiku meruntun cair
oh kuharap ini bukan sekadar retorik indah
yang akhirnya hanyut di bawa angin malam
dimamah oleh gundah hati kelam.

Kumampir ke Teratak Pena kali ini
bukanlah pemandangan begini yang kuharap
tapi apakan daya yang mampu kubuat
memang begini pemandangan dunia kini
dedah sana dedah sini
kalau boleh hendak ditunjuk semua barangkali
wah... di mana-mana pun kini
orang Melayu pun suka pakai macam yahudi!

Aku bukan penyair malam puisi ini
maafkan aku andai ada stanza menghiris hati
inilah bicara hati Hasmora Masnuri
sesungguhnya kita usah hanya marahkan yahudi
tetapi lihatlah dalam diri sendiri
yang mengalir dalam darah dan denyut nadi
adakah ada racun-racun duniawi
ideologi-ideologi propaganda yahudi.



Hasbullah Haji Mohamed Abdul Rahman al-Masnuri
Taman Bukit Angkasa
Pantai Dalam.


Antara yang menjayakan majlis


Pak Sutung Umar RS dan Pak Arbak Othman

sasterawan muda sdr Zarif dan sdr Saifullizan

Bersama Ustaz Nazmi


Tandatangan pada banner Rakan Muda - sign arab-jawi tuh


Sdr Nasriah juga sudi menandatangannya

Yang ni Zarif gelak sakan pabila saya tunjuk... mulanya Zarif kata "sharp la kamera dia" saya pergi jenguk kamera apa... Sony... wah kamera baru tu... eh.. masih ada tanda harga.. eh.. agak2 la kak... sabar je la ana... huhu

Suatu Senja Di Dataran Merdeka


Seriau saya tengok anak-anak remaja, tak kurang juga budak-budak dewasa bermain-main senjata. Merewang sini sana. Hala ikut suka. Kalau masa saya kadet dulu mesti dah kena lempang dgn jurulatih. Tapi sebab hanya sebuah pameran maka perkara-perkara itu tidak dikisahkan.

Banyak senjata yang tak pernah saya tengok. Sempat juga bergaya dengan senjata sniper. Siap kawan tu pakaikan baju penyamaran lagi. Wah... tinggal angan-angan la saya nak jadi sniper. Ustaz Askar Watanabe mana ada masa nak masuk askar tetap. Kursus asas tiga bulan. Kemudian ada kursus susulan kemudian ada lagi kursus tambahan. Huh... kerjanya nak tembak orang. Nak?

Pusing-pusing keliling akhirnya inilah kenangan yang sempat diabadikan.


Bersama Adnan...



wah... ramainya manusia..


Lias kata muka aku sebijik dengan muka rimau ni... sebenarnya rimau ni yang serupa muka aku



Bersama Nicholas Cage.. nape tak percaya?...



Encik Alias... Agro Manager Jazmeen


Agak-agak bila kadet UM nak guna alat semboyan macam ni... ah mimpilah...


Hah... nampak dah.. spek Lias.. yeah.. hilang spek la dia jap g..haha


Adnan nak pulang... bye...


Kebenaran pulang Tuan! ya silakan.. silakan...

Sedang kita asyik dan seronok pasal boleh tengok senjata-senjata canggih-manggih, tidakkah terasa yahudi laknatullah menyembelih saudara mara kita di Gaza dengan senjata-senjata sebegini. Bahkan mungkin sepuluh tahun lebih canggih teknologinya. Senjata depa tu sebab nak uji kehebatannya. Maklumlah, Amerika nak jual.

Myblogloglaq