Sabtu, Ogos 08, 2009

Makhluk Tuhan bernama Apendix


Hari rabu lalu, pada awalnya saya ingat sakit perut biasa. Pada tengahari semasa hantar motor pada Ali Si Pomen Uni.Malaya sudah rasa gigitan mesranya. Pada petang sewaktu membantu menyiapkan gerai lesen SKEM di tapak pesta FESKUM pun rasa juga, Cuma tidak ketara. Hanya setelah sampai di rumah waktu maghrib, sakit perut menggila.

Hingga tengah malam saya menggelepar. Sakit tidak terkata. Hinggalah sahabat serumah mencadangkan saya ke hospital sebab dia syak apendix. Nik Pendi nama kawan saya tu. Dialah hantar saya jam satu pagi ke HKL. Menunggu hingga saya tahu keputusan, bahawa saya apendix positif!

Jutaan terima kasih buat mak yang datang lebih awal dari Kelantan, kerana saya masuk wad. Memang beliau nak ke Kuala Lumpur tapi bukan sebab saya apendix, adik saya konvo di Darul Quran pada Sabtu. Asalnya nak la datang hari Jumaat tapi diawalkan pada malam Jumaat. Paham ke tak ayat berbelit ni. Buat-buat paham je lah...

Terima kasih juga kepada sepupu saya di Kuala Lumpur kerana banyak membantu sepanjang Mak saya datang KL. Berkampung di KL Mak saya minggu ni. Konvo adik saya di DQ, Kuala Kubu Baru, dan konvo saya hari rabu mendatang ini.

Tak lupa, terima kasih dan sayang kepada bakal isteri saya yang sudi datang memberi sokongan moral dan semangat.(^_^) Jauh juga KL dengan tempat dia praktikum tu.. hem..

Dan juga terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi menziarahi saya.

Alhamdulillah.. Allah sekali lagi menegur dengan kifarat dosa ini. Sebenarnya setiap yang kita lalui adalah ujian dari-Nya,sama ada kesusahan atau kesenangan. Semoga kita sedar dari leka.

Wassalam...

2 ulasan:

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Hasmora,
Nasib baik kena Appendix, kalau kena influenza, Innallillah, wal'iyyazubillah. Molek sangatlah bermuhasabah. Tuhan menguji bukan tanda benci, tetapi kerana kasih.

Hasmora berkata...

Syeikh..
Buleh la ana makan cili dan bagainya lagi lepas ni.. hikmah tu.. hehe..
Influenza pun tanda Tuhan sayang kita.. menguatkan keyakinan bahawa Allah bukan saja2 mengharamkan yg haram itu pada manusia.. Tuhan Yang Maha Berhikmah.. SubhanAllah..

Myblogloglaq