Selasa, Februari 24, 2009

Sesekali

Sesekali menghadiri Hari Keluarga Pendidikan Islam. Kali ini ada kelainan. Kali pertama diadakan semua peringkat sekali bergabung. Sebelum ini hanya sendiri-sendiri punya tahun. Nak buat atau tidak bergantung kepada kemahuan dan kemampuan batch masing-masing. Kali ini dengan idea penyelaras yang mengambil tugas yang pernah dipegangnya dulu maka dapatlah diadakan program santai sebegini. Diadakan di Taman Tasik Perdana. Sesekali.. rasa seronok juga. Alangkah lebih seronok dapat bawa keluarga sendiri macam Ustaz Rahimi dan Ustaz Zawawi.. Dan indahnya juga, Ustazah Shamsiah dengan madunya macam adik-beradik pun ada. Madunya bawa anak. Madunya dipanggil oleh anak sebagai Umi dan dia pula dipanggil Mama. Alangkah indah kalau poligami dalam Islam difahami sebetulnya... kan?


Sesekali menjeguk adik-adik junior di kolej Kelima. Kali ini mereka laksanakan Pameran Ketenteraan atau Military Exhibition (MIEX). Nama baru setelah perkampungan perang. Ditukar namanya sebab bunyi macam ganas. Sesekali saya berfikir dangkal juga pemikiran sesetengah orang yang terpengaruh dengan propaganda global. Apa-apa sajalah. Bertemu dengan kawan seangkatan. Muka masing-masing memang dah tak macam muka askar lagi. Dengan rambut panjang, janggut dan jambang. Ada juga yang berkata apabila melihat GPMG "Aku lupa dah macamana guna menatang nih..." Saya senyum. Sebentar tadi pun saya terkial-kial nak selamatkan Mesin Gun tu. Padahal ni lah senjata yang seberat hampir 11 kilo yang pernah menghempap lutut saya semasa pergerakan sebelum subuh menuruni bukit pertahanan. Kononnya untuk mengelak dari dilihat musuh. Walaupun hanya latihan tapi harus aplikasi seperti keadaan sebenar. Jenuh juga saya melalui latihan yang memeritkan dek lutut tercedera. Kena jalan berkilo-kilo lagi. Malangnya beberapa orang sahaja kawan yang memahami. Tak kisahlah kan... alahai... kenangan, pahitmanisnya indahnya di sukma..

Sesekali apabila saya pulang dari mengajar tuesyen dalam keadaan hujan, saya merasakan saya pasti akan merindui saat-saat ini.. Kuala Lumpur sekarang hujan petang. Saya pasti juga merindui Kuala Lumpur yang senang banjir dalam sekelip mata...

Seselalu... wajib kita mensyukuri segala nikmat ini. Terima kasih ya Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Kawan yang berkeluarga tak ada nampak muka


Inilah juga tempat kami berlumuih tahun sudah


Kenangan manis ada, pahit pun ada dengan GPMG ni...

Dave... kenangannya tak lama bersama saya.. hanya setakat junior



Tanda yang saya tinggalkan setelah setahun... wow...

5 ulasan:

Setelus Hati Zinnirah berkata...

erm... tuan ni mmg jiwa2 lah... ayat2 tuan mmg ayat2 org sastera.. even sy yg sastera ni pun x bunyi cam tuan ek.. ekekekeke... :P

Hasmora berkata...

cik nuyui,

bacalah bahan spt puisi, cerpen, novel dsb yg berat2.. selami fikiran sasterawan mapan dan gah.. barulah kita kan mampu berfikir dan menulis spt mereka.. menukil diksi-diksi puitis sesekali perlukan pemikiran yg dalam terhadap sesuatu yg ingin kita tulis.. yg penting.. selalulah baca karya yg berat-berat terutama karya sasterawan negara..

salam hormat.

Zarif Hassan berkata...

salam jejaka..

saya takut nak baca karya berta, takut terhempap..
kalau sesak nafas ok lagi, takut-takut terus mati..
hahaha...

Hasmora berkata...

jejaka zarif,

hem... seharusnya kita melompat mengelak dr kena hempap.. kan selamat..hihihi

kartini berkata...

assalamu'alaikum ustaz. saya dah lawat blog baru ustaz. sangat bagus puisi2nya.. mabruk.. cuma saya tak dapat komen. sebab tu komen kat sini.. teruskan menulis. moga tulisan2 anda punya manfaat.. amin..

Myblogloglaq