Rabu, November 12, 2025

Alam Dan Manusia

Sudah beberapa hari aku ingin berkata sesuatu tentang ini, matapelajaran Alam Dan Manusia. Aku rasa bukan aku generasi terakhir tetapi setahun selepas aku. Kalau aku UPSR 1995 maka yang terakhir belajar ialah UPSR 1996. Aku rasa begitu kerana ketika tingkatan 4 aku sekelas dengan ramai yang lompat kelas, iaitu pelajar cemerlang ketika peralihan lompat kelas ke tingkatan 1 selepas ujian pertengahan tahun. 

Ketika cikgu menampal jadual waktu ada satu subjek dengan ringkasan ADM. Beberapa orang tertanya-tanya, termasuk aku subjek apa itu, lalu aku berlelucon, Alam Dan Manusia. Yang lain ketawa kerana mereka juga tahu. 

Seingat aku ketika darjah 6 aku dengar tahun depan akan ada subjek baru Kajian Tempatan. Sekarang mungkin dah jadi subjek sains, wallahu alam.


Tiada ulasan:

Myblogloglaq