Memaparkan catatan dengan label Askar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Askar. Papar semua catatan

Selasa, Februari 24, 2009

Sesekali

Sesekali menghadiri Hari Keluarga Pendidikan Islam. Kali ini ada kelainan. Kali pertama diadakan semua peringkat sekali bergabung. Sebelum ini hanya sendiri-sendiri punya tahun. Nak buat atau tidak bergantung kepada kemahuan dan kemampuan batch masing-masing. Kali ini dengan idea penyelaras yang mengambil tugas yang pernah dipegangnya dulu maka dapatlah diadakan program santai sebegini. Diadakan di Taman Tasik Perdana. Sesekali.. rasa seronok juga. Alangkah lebih seronok dapat bawa keluarga sendiri macam Ustaz Rahimi dan Ustaz Zawawi.. Dan indahnya juga, Ustazah Shamsiah dengan madunya macam adik-beradik pun ada. Madunya bawa anak. Madunya dipanggil oleh anak sebagai Umi dan dia pula dipanggil Mama. Alangkah indah kalau poligami dalam Islam difahami sebetulnya... kan?


Sesekali menjeguk adik-adik junior di kolej Kelima. Kali ini mereka laksanakan Pameran Ketenteraan atau Military Exhibition (MIEX). Nama baru setelah perkampungan perang. Ditukar namanya sebab bunyi macam ganas. Sesekali saya berfikir dangkal juga pemikiran sesetengah orang yang terpengaruh dengan propaganda global. Apa-apa sajalah. Bertemu dengan kawan seangkatan. Muka masing-masing memang dah tak macam muka askar lagi. Dengan rambut panjang, janggut dan jambang. Ada juga yang berkata apabila melihat GPMG "Aku lupa dah macamana guna menatang nih..." Saya senyum. Sebentar tadi pun saya terkial-kial nak selamatkan Mesin Gun tu. Padahal ni lah senjata yang seberat hampir 11 kilo yang pernah menghempap lutut saya semasa pergerakan sebelum subuh menuruni bukit pertahanan. Kononnya untuk mengelak dari dilihat musuh. Walaupun hanya latihan tapi harus aplikasi seperti keadaan sebenar. Jenuh juga saya melalui latihan yang memeritkan dek lutut tercedera. Kena jalan berkilo-kilo lagi. Malangnya beberapa orang sahaja kawan yang memahami. Tak kisahlah kan... alahai... kenangan, pahitmanisnya indahnya di sukma..

Sesekali apabila saya pulang dari mengajar tuesyen dalam keadaan hujan, saya merasakan saya pasti akan merindui saat-saat ini.. Kuala Lumpur sekarang hujan petang. Saya pasti juga merindui Kuala Lumpur yang senang banjir dalam sekelip mata...

Seselalu... wajib kita mensyukuri segala nikmat ini. Terima kasih ya Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Kawan yang berkeluarga tak ada nampak muka


Inilah juga tempat kami berlumuih tahun sudah


Kenangan manis ada, pahit pun ada dengan GPMG ni...

Dave... kenangannya tak lama bersama saya.. hanya setakat junior



Tanda yang saya tinggalkan setelah setahun... wow...

Isnin, Februari 02, 2009

Suatu Senja Di Dataran Merdeka


Seriau saya tengok anak-anak remaja, tak kurang juga budak-budak dewasa bermain-main senjata. Merewang sini sana. Hala ikut suka. Kalau masa saya kadet dulu mesti dah kena lempang dgn jurulatih. Tapi sebab hanya sebuah pameran maka perkara-perkara itu tidak dikisahkan.

Banyak senjata yang tak pernah saya tengok. Sempat juga bergaya dengan senjata sniper. Siap kawan tu pakaikan baju penyamaran lagi. Wah... tinggal angan-angan la saya nak jadi sniper. Ustaz Askar Watanabe mana ada masa nak masuk askar tetap. Kursus asas tiga bulan. Kemudian ada kursus susulan kemudian ada lagi kursus tambahan. Huh... kerjanya nak tembak orang. Nak?

Pusing-pusing keliling akhirnya inilah kenangan yang sempat diabadikan.


Bersama Adnan...



wah... ramainya manusia..


Lias kata muka aku sebijik dengan muka rimau ni... sebenarnya rimau ni yang serupa muka aku



Bersama Nicholas Cage.. nape tak percaya?...



Encik Alias... Agro Manager Jazmeen


Agak-agak bila kadet UM nak guna alat semboyan macam ni... ah mimpilah...


Hah... nampak dah.. spek Lias.. yeah.. hilang spek la dia jap g..haha


Adnan nak pulang... bye...


Kebenaran pulang Tuan! ya silakan.. silakan...

Sedang kita asyik dan seronok pasal boleh tengok senjata-senjata canggih-manggih, tidakkah terasa yahudi laknatullah menyembelih saudara mara kita di Gaza dengan senjata-senjata sebegini. Bahkan mungkin sepuluh tahun lebih canggih teknologinya. Senjata depa tu sebab nak uji kehebatannya. Maklumlah, Amerika nak jual.

Sabtu, November 29, 2008

Jubli Emas Askar Wataniah

Bermula 15 hingga 23 November lalu saya berada di Pusasda Port Dickson untuk meraikan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah ke 50 atau signifikan jika disebut sebagai Jubli Emas Askar Wataniah. Rejimen 515 AW Kl menghantar 43 anggota untuk menyertai perbarisan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah ke 50 di PUSASDA, Port Dickson. Yg lelaki seramai 25 org, majoriti dari Institut Perguruan Teknik Kuala Lumpur kecuali seorang dari UIA dan semua anggota wanita seramai 15 org dari UIA. Anggota LLP yg bersama saya mewakili Rejimen 515 AWKL ialah 41 org termasuk RSM, Cik Azhar. Pegawai hanya saya dan Kapt Nasran @ Hasran. Lt M Hafiza, membantu sebagai pegawai tadbir.

Saya berasa cukup bertuah dan beruntung kerana berpeluang menyertai Jubli Emas Askar Wataniah. Semua pegawai dan anggota yg menyertainya juga bertuah kerana terpilih.Sebanyak 12 Rejimen Askar Wataniah seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak menyertai kawad HUT kali ni. Dalam ramai-ramai pegawai pula saya adalah yg paling junior, yakni YO yg baru tauliah. Jubli Emas hanya sekali. Peluang ini pula tentulah peluang keemasan.

Kawad HUT AW mendapat pujian Timbalan Panglima Tentera Darat, katanya lebih bagus dari kawad Jubli Intan TD yg lepas. Teruja bagi yg mendengarnya terutama bagi kami askar wataniah yg sering dianggap tidak mampukawad sebagus askar tetap.

Selama seminggu berada di Port Dickson, tidak terasa rasanya... masa bagaikan terlalu pantas berlalu... terkenang-kenang saat-saat manis bersama kawan-kawan dari unit lain, terutama Rej 506 AW - Mej Awang, Kapt Hassan, Lt Bee dan Lt M Azman, Rej 504 AW - Mej Azmi, Lt M Sanie dan Lt M Rohani, juga dari unit-unit lain yg tak mampu saya sebutkan di sini...

Jubli Emas hanya sekali.. alhamdulillah... saya salah seorang yang bertuah menyertainya...

Di bawah adalah antara gambar-gambar kenangan lain semasa di Port Dickson---

anak-anak buah dr IPTKL

juga dengan anak buah IPTKL

suasana petang sebelum majlis tahlil-padang kawat utama PUSASDA

anak buah dr UIA

bergambar depan Annex-penginapan pegawai HUT AW

bwh pokok dpn Annex


bersamaMejar Azmi; pegawai saya di Rej 506 AW dulu, skrg OC di Rej 504 AW

Kapt Nasran dan saya bersama pegawai muda 515 yg datang menyaksikan perbarisan

bersama Lt M Sanie dan Lt M Rohani

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki utk menyambut Jubli Intan Askar Wataniah 25 tahun lg.. insyaAllah.....




Myblogloglaq