
Ahad, September 04, 2011
Lelaki Kedekut Air Mata

Jumaat, April 29, 2011
Cucu Sulung Datuk Kami

Nama beliau Prof. Dr. Mohd Zawawi bin Mahmood. Merupakan mantan pensyarah di Universiti Malaya suatu ketika dahulu. Saya tidak pasti tahun berapa, jika tak silap zaman 80-an.
Selalu di zaman kecil saya mendengar tentang beliau dari mulut mak dan cik, namun tidak pernah saya kenal sehinggalah pada Oktober 2009 ketika Husmidi Husin @ Abe Di membawa saya melawat beliau yang terlantar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Abe Wi dan Abe Di adalah sepupu saya dan kedua-duanya merupakan anak sulung keluarga masing-masing. Bezanya Abe Wi adalah cucu sulung kepada datuk kami, Abdul Rahman @ Deraman atau panggilan mesra orang kampung, Pak Mahmood (Pok Mamud) yang bermaksud bapak kepada Mahmood. Walaupun saya di Kuala Lumpur selama 4 tahun kerana belajar di UM tapi tidak ditakdirkan saya berjumpa semasa dia sihat dan masih bekerja sebagai pengarah syarikat.
Gambar di atas adalah perjumpaan kedua kami, kunjungan pertama saya ke rumah barunya yang mana menempatkan kehidupan baru bersama isteri barunya berketurunan Cina. Juliana nama isteri baru, memeluk Islam sebelum kahwin dengannya.
Sepetang bersembang dengan Abe Wi di belakang rumahnya di Jalan Tempayan, Kampung Paya Jaras Dalam. Banyak cerita yang keluar dari mulutnya. Cerita-cerita yang menarik untuk dikongsi dengan sanak-saudara yang lain, namun tidak pasti apakah mereka bersedia menerima cerita-cerita itu. Cerita-cerita yang menjadi rahsia keluarga sejak zaman datuk kami. Yang tidak diceritakan kepada bapa-bapa kami semasa muda oleh datuk kami. Cerita-cerita yang saya rasa tidak dapat saya kongsikan di sini kerana terlalu peribadi dan mungkin tidak diterima sesetengah orang, atau disalahgunakan.
Abe Wi telah kembali ke rahmatullah jam 8.40 malam, pada 27 April 2011. al-Fatihah. Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah SWT.
Ahad, Oktober 04, 2009
Bapa saudara yang terakhir
Setelah cubaan untuk menumpang anak menantu poknik gagal, saya pulang juga meskipun gagal mendapatkan keizinan pengetua setelah telefon tidak berangkat. Namun sms saya berbalas juga dengan satu amaran jangan sms, minta izin berlisan.. jumpa saya bersama sijil kematian! Hoh.. nasib eden la labuu.. saya pulang juga walaupun tahu guru ganti dibayar mengikut hari dan saya akan rugi sekurang-kurangnya RM 260 termasuk tiket pergi balik. Tapi duit kan boleh dicari.. silaturrahim? Cukuplah dengan insiden kekhilafan majlis perkahwinan saya yang tidak terjemput ramai kawan. Huhu..
Ketika saya menulis artikel ini, seorang lagi di kampung saya meninggal dunia. Makdo Lijah. Salam takziah buat keluarga arwah.
Ahad, Ogos 30, 2009
Kali yang terakhir
(sumber gambar dari blog PMKUM)
Jumaat, Ogos 28, 2009
Ismail oh Ismail
Di kampung saya ada dua orang Ismail Mamat. Sorang baru sahaja meninggal beberapa bulan lepas. Beliau lebih dikenali sebagai Haji Ismail. Alfatihah.. saya hanya mampu mengirim SMS takziah kepada anak sulungnya. Dan sedekahkan al-Fatihah cuma. Tidak mampu saya pulang menjenguk insan yang pernah menjadi sahabat dan guru saya itu. Hari itu hari sabtu, 2 Mei dan latihan mengajar hanyalah hari isnin berikutnya. Seorang lagi Ismail Mamat ialah sahabat karib saya sejak kecil yang juga rumahnya sebelah rumah saya saja. Kalau datang berita mengatakan Ismail Mamat maka saya akan tanya Ismail yang mana? Alhamdulillah sahabat saya itu masih ada untuk saya tatap dan mungkin saya akan menyaksikan dia berteman tidak lama lagi..hehe.. ada beberapa orang lagi Ismail di kampung saya, antaranya dikenali sebagai Pakdo Weil, Pak Muda (juga dipanggil sebagai Jusuh dalam kalangan rakan sebayanya), Mail Keh (buldozer, sebab dulu keja dia bawak makeluk tu).. dan beberapa lagi Ismail termasuklah ayah sepupu saya yang anaknya serumah dengan saya sekarang.. orang kampung panggil dia Pokheng..Malam tadi pula saya dapat satu SMS dari seorang kawan berbunyi begini;
Saya tak melatah.. saya buka facebook.. biasa kawan-kawan ada yang mengulas dalam status mereka. Saudara Afifi ada tulis sesuatu menafikan.. Sape la sebarkan fitnah Ust. Ismail Kamus meninggal katanya. Saya pun komenlah status dia tu.
Tak lama lepas tu menyusul SMS berikutnya dari kawan sama.. alhamdulillah nasib saya selidik dulu.. saya juga SMS sahabat di Gombak, Ustaz Hj Manaf yang merupakan murid Ustaz Ismail Kamus. Pendek saja jawapannya “nawok tu”.. haha.. ringkas tapi padat.
Maka saya terbaca sebuah berita dalam Berita Harian online tentang Prof Ismail Salleh yang meninggal dunia akibat sakit jantung. Mungkinlah ada pihak yang memanipulasikan berita ini lalu mensensasikannya dengan mengatakan Ustaz Ismail Kamus yang meninggal dunia. Padahal beliau sedang berada di Mekah dalam keadaan sihat wal afiat. Subhanallah, siapalah punya kerja tak senonoh sebar berita palsu di bulan mulia ni..
Alfatihah buat Prof Ismail Salleh dan takziah buat keluarga arwah. Semoga beliau dicucuri rahmat olehNya.

SYAKIR Hanis (dua dari kanan) bersama kakak dan abang menyiram air mawar di pusara bapa di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang, semalam. (sumber BH online)Khamis, Ogos 13, 2009
Dia telah pergi.... tak kembali
Sedang saya asyik duduk di gerai lesen di Feskum, Khalil datang memberitakan pemergian Ustaz Asri Ibrahim. Al-Fatihah untuk arwah.
Sungguh... kali ini beliau telah pergi tak kembali.
Saya ingat lagi dulu, Ustaz Asri sebelum menubuhkan Rabbani dalam Nadamurni bersama Hijjaz sekarang, bernaung di bawah OVA Production, syarikat Arqam dulu. Termasuklah juga The Zikr sebelum menjadi Raihan. Saya membesar dengan lagu-lagu nasyid mereka. Menyebabkan saya juga menjadi penasyid semasa remaja, dan masih suka melagukan nasyid sampai sekarang.
Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang soleh di sana nanti.
Sehingga berjumpa di sana.. insyaAllah...
Ahad, Ogos 02, 2009
Belasungkawa Makteh Minah
Saya tahu dari Kak Nani dan juga Kak Raihan, awal pagi semalam. Biasanya Raihan atau gaya panggilnya Royhan saya panggil dengan nama saja. Nama sebenarnya Yati. Dia SMS saya tak berapa lama lepas Kak Ni SMS. Lepas mandi sebelum ke APIUM saya baca SMS kedua-duanya. Maksud isinya serupa; Makteh Minah meninggal dunia. Lepas saya balas SMS Royhan dia telefon saya, minta beritahu Abang Di. Sepupu saya yang tinggal di Puchong Prima (kalau dia tak pindah lagi). Kemudian saya panjangkan juga kepada adik-adiknya, Ja dan Li.
Hanya Li saya tak tanya dia balik atau tidak. Tapi kedua-dua abangnya kata tak dapat balik. Tak tahu sebab apa. Saya juga tak balik. Terkilan juga. Tapi apa kan daya. Musim krisis kewangan sekarang. Bak kata orang tua ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Saya ni, malam pun mengais lagi.. uhu hu.. jadinya bajet pulang kampung perlu dihadkan. Masakan tidak, duit rumah sewa bulan lepas tak selesai. Bulan ni, tunggu hujan emaslah jawabnya. Ada kawan tanya, mengapa saya tak balik kampung? Kalau balik kampung, tak berkais la saya jawabnya.. uuuhuuu...
Apa pun, saya hanya mampu sedekahkan al-Fatihah dan juga al-Ikhlas. Sudah dibuat solat ghaib jenazah. Saya masih terfikir apakah mungkin Abang Di di Puchong boleh anjurkan majlis tahlil buat arwah. Walau sekadar dengan anak-beranak sendiri.
Kenangan terakhir bersama Makteh Minah, saya lupa bila. Tapi kali terakhir saya sempat bergambar, dan beliau masih boleh berjalan. Cuma tak larat hendak senyum, kerana sakit agaknya. Dia sakit berat beberapa minggu lepas pun saya tak tahu. Tapi baru minggu lepas, entah mengapa tiba-tiba wajahnya memanggil-manggil. Meminta saya menjenguk. Tiba-tiba rindu. Rupa-rupanya itulah panggilan terakhir beliau. Tapi firasat saya terhijab. Tidak terbaca isyarat itu.
Makteh Minah, ibu saudara terakhir sebelah Cik. Sekarang hanya tinggal Pok Nik Husin, ayah kepada Abang Di dan dua orang sepupu saya yang berada di Lembah Kelang ini.
Al-Fatihah buat Makteh Minah, semoga beliau dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman di akhirat kelak. Begitu juga dengan arwah Cik, Pok Loh (dikatakan kebanyakan saudara saya serupa dengannya bukan hanya sekadar nama panggilan), Mok Yang (saya sempat bertemu ketika kanak-kanak dulu), Mak Su (saya tak sempat dengannya). Juga buat arwah datuk yang tidak saya tatap wajahnya, gambar pun tak pernah. Nenek sempat, tapi masa tu dia dah tua benar. Dan masa tu saya pun kanak-kanak amat. Tak berapa cerdik lagi.
Oh ya... mohon ampun maaf kepada sepupu sepapat kalau ada yang saya tak kenal atau tak rapat. Maklumlah, jarang benar kita ziarah menziarahi. Orang tua pun bukan ada kereta dan memang tak pernah berkelapangan membawa ziarah ke rumah saudara mara. Kalau kenal hamba ni, tegurlah dulu. Kata kita sepupu. Setakat ini, sehingga saya saja yang cakna dengan sedara-mara ni.. adik-adik dah tak peduli dah. Kiranya ambo ni jenis suko bersilaturrahim lah..
Wassalam.. wallhu ‘alam.
Sabtu, Mac 07, 2009
AKHIRNYA... KITA KAN PERGI JUA

siapapun yang hidup
pastikan mati
siapapun yang datang
pastikan pergi
dia telah pergi
dan kita pun bakal
menyusuli
ps; arwah Zubir Ali pernah mengajar saya sekejap dua tahun sudah dalam satu seminar penulisan lirik dakwah... semoga arwah dicucuri rahmat-Nya. al-fatihah.