Di kampung saya ada dua orang Ismail Mamat. Sorang baru sahaja meninggal beberapa bulan lepas. Beliau lebih dikenali sebagai Haji Ismail. Alfatihah.. saya hanya mampu mengirim SMS takziah kepada anak sulungnya. Dan sedekahkan al-Fatihah cuma. Tidak mampu saya pulang menjenguk insan yang pernah menjadi sahabat dan guru saya itu. Hari itu hari sabtu, 2 Mei dan latihan mengajar hanyalah hari isnin berikutnya. Seorang lagi Ismail Mamat ialah sahabat karib saya sejak kecil yang juga rumahnya sebelah rumah saya saja. Kalau datang berita mengatakan Ismail Mamat maka saya akan tanya Ismail yang mana? Alhamdulillah sahabat saya itu masih ada untuk saya tatap dan mungkin saya akan menyaksikan dia berteman tidak lama lagi..hehe.. ada beberapa orang lagi Ismail di kampung saya, antaranya dikenali sebagai Pakdo Weil, Pak Muda (juga dipanggil sebagai Jusuh dalam kalangan rakan sebayanya), Mail Keh (buldozer, sebab dulu keja dia bawak makeluk tu).. dan beberapa lagi Ismail termasuklah ayah sepupu saya yang anaknya serumah dengan saya sekarang.. orang kampung panggil dia Pokheng..
Malam tadi pula saya dapat satu SMS dari seorang kawan berbunyi begini;
“Innalillahi wainna ilaihi rajiun, Ustaz Ismail Kamus baru menemui Allah sebentar tadi.. satu kehilangan besar buat agama dan negara.. semoga Allah mencucuri rahmat kpdnya.. tlg fwd sama”Malam tadi pula saya dapat satu SMS dari seorang kawan berbunyi begini;
Saya tak melatah.. saya buka facebook.. biasa kawan-kawan ada yang mengulas dalam status mereka. Saudara Afifi ada tulis sesuatu menafikan.. Sape la sebarkan fitnah Ust. Ismail Kamus meninggal katanya. Saya pun komenlah status dia tu.
Tak lama lepas tu menyusul SMS berikutnya dari kawan sama.. alhamdulillah nasib saya selidik dulu.. saya juga SMS sahabat di Gombak, Ustaz Hj Manaf yang merupakan murid Ustaz Ismail Kamus. Pendek saja jawapannya “nawok tu”.. haha.. ringkas tapi padat.
Maka saya terbaca sebuah berita dalam Berita Harian online tentang Prof Ismail Salleh yang meninggal dunia akibat sakit jantung. Mungkinlah ada pihak yang memanipulasikan berita ini lalu mensensasikannya dengan mengatakan Ustaz Ismail Kamus yang meninggal dunia. Padahal beliau sedang berada di Mekah dalam keadaan sihat wal afiat. Subhanallah, siapalah punya kerja tak senonoh sebar berita palsu di bulan mulia ni..
Alfatihah buat Prof Ismail Salleh dan takziah buat keluarga arwah. Semoga beliau dicucuri rahmat olehNya.
SYAKIR Hanis (dua dari kanan) bersama kakak dan abang menyiram air mawar di pusara bapa di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang, semalam. (sumber BH online)
2 ulasan:
bukan org sensasikan.. tapi dasar orang malaysia ni kenal org politik, org hiburan saja.
sbb tu org ambik kesempatan..huhu.. nak2 musim ahli politik ngan selebriti meninggal plak.. (mcm musim plak)
Catat Ulasan