Ahad, Ogos 30, 2009

Kali yang terakhir

Semester lepas, ketika itu saya meniti hayat terakhir sebagai mahasiswa di Universiti Malaya. Di hadapan Bank Islam, Bangunan Peperiksaan, dia datang kepada saya dan meminta supaya menyertai pertandingan pantun anjuran jabatannya. Sebagai kerja kursus katanya. Namun saya tidak menjanjikan apa-apa. Tengok keadaan kata saya. Saya ambil nombor dia, dan dia ambil nombor saya.

Tidak berapa lama dia SMS saya. Saya mula garu kepala. Mana nak cari lagi dua orang peserta. Hendak tiga satu kumpulan. Saya kata saya kan beritahu bila dah jumpa orangnya. Saya tanya Hafizul. Dia tak sudi. Aku tak pandai berpantun, katanya. Saya tanya Cik Salmi Manja (gelar saya padanya).. pun tak sudi. Saya pun beritahulah dia, tak dapat menyertai sebab tiada partner.

Semalam, sedang saya jaga buku di Akademi Islam, Maizatu Akman mampir lalu mengkhabarkan pemergiannya menemui Tuhannya. Innalillah.. satu kejutan buat saya. Arwah seorang yang periang dan sangat aktif dalam Persatuan Mahasiswa Kelantan. Kali pertama engenali sejak di tahun tiga dulu semasa program gerai konvo. Ada gelaran diberi untuk mereka tiga orang. Lupa dah... ish... kenangan tu.. boleh lupa pulak dah.. kali terakhir berseloroh dengannya ketika gerai konvo yang lalu. Tika itu saya sudah jadi pelanggan. Bukan pekerja lagi dah. Dah empat tahun saya di dapur Citarasa Darul Naim. Tiba masa kena jadi pelangganlah pula.

Itulah permintaan pertama dan terakhir dari dia kepada saya. Hari ini rasa terkilan itu tiba-tiba menerpa kerana tidak menunaikannya dulu. Ah, sesal tiada guna.

Al-Fatihah buat Arwah Siti Shuhada Mohamad. Semoga beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang soleh di akhirat kelak. Amin...


Jari Siti Suhada dan hafizul seolah-olah saling menunjuk antara satu sama lain.. yang berpaling ke kanan dipanggil kawan-kawan sebagai Seni. Tak silap saya, ini gambar terbaru di gerai CDN, konvo yang lalu..
(sumber gambar dari blog PMKUM)

4 ulasan:

JHaZ KiTaRo berkata...

salam ramadhan dari penuntut di bumi Eire.. blog hopping.. kalau rajin, lompat2 laa ke blog hamba.. :)

Romibaiduri Zahar berkata...

Salam sdr...
semoga rohnya dicucuri rahmat...

Terima kasih sudi singgah blog saya...

Salam Ramadhan, kemerdekaan dan perkenalan...

Setelus Hati Zinnirah berkata...

Takziah buat pemergian arwah.. erm.. mesti sedey kan nk tinggalkan tempat kita blaja tu tn.. sy yg kdg2 g uia ni pun.. asyik teringat je kt memori lama ngn kwn2.. best nye time blaja dulukan..

Tanpa Nama berkata...

kalau sdr pak lah nak tahu gelaran utk mereka bertiga, kenapa tak tanya ambo?hai...

mereke digelar PBB ( Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ). Ambo la yg bg gelaran tuh...tak ingat doh deh?

Myblogloglaq