Jumaat, Januari 16, 2009

Pagi Babi... Petang Anjing!

Gambar ihsan Ustaz Adi Jabatan Siasah Syariyyah

Sebelum subuh... kira2 jam 4 pagi, abang Din selaku staf APIUM, yg bertugas sbg drebar di APIUM dlm masa sama juga ditugaskan sbg tok siak surau APIUM datang ke surau. abang Din yg kepenatan kerana byk kerjanya, tidur lena. Dia hanya tersedar apabila Azlan Zainal mengejutkannya dan berkata "Pak Din, kepala babi tu!" terkejut abang Din bukan kepalang.

Azlan Zainal dan Shahril datang ke surau APIUM untuk menunaikan solah subuh. tak tersangka ada orang yang sanggup meletakkan kepala babi lakdalam surau apium! Abang Din menghubungi keselamatan UM tapi kerana kesengauannya Azlan pun membantu. Abang Din hanya dapat difahami jika bercakap berdepan. Kalau dalam telefon memang entah apa yang dibicarakannya.

Dalam masa singkat pelajar mula membanjiri surau apium.. seorang demi seorang datang. Saya sendiri dikejutkan dari tidur oleh Bukhori Ganu dengan ayat "Loh, ada ppaler babi dalam surau A.I! saya bingkas bangkit, terkejut bukan main. Usai solat terus lepas tu ke a.i.

Subhanallah... ini sudah melampau... kenapa terlalu nihil manusia sampai sanggup begini sekali. Setakat pilihanraya kampus sampai tahap ni. Kepala babi diletak di atas bendera Pas dan di bendera di tulis PMI, Pro-M (pro mahasiswa@gagasan) dan Pas... sanggup buat kerja sebegini.. astaga... polis hadapi kesukaran mencari cap jari. seolah2 tdk ditinggalkan pada tombol pintu. yg didapati di tempat lain. entah jap jari sapa. seorang demi seorang datang melihat. ambil gambar dan menggeleng. aku sendiri mual tengok, terutama ketika pak gad belek2 dan angkat bubuh dalam plastik hitam. tak boleh makan aku pagi tadi. huh...

Petang pula saya ke Subang, ada kelas tuesyen di rumah. Sudah agak lama juga mengajar di sini. Ganti kawan yang dapat GSTT. Selepas mengajar dalam setengah jam, rehat kejap. Sedang syok sembang tetiba anak murid saya tu cakap "Ustaz, esok papa nak beli anjing" Amboi selambanya dia cakap macam tu. Saya agak terkesima. Sebelum ni dia ada tanya "boleh tak ustaz saya nak bela anjing?" depan mak bapak dia ditanyanya saya. Saya cakap "tak boleh". Dia jawab lagi "kawan saya kata boleh. Ayah dia cakap tak apa. boleh" Alahai... macamana aku nak jawab. Mama papa dia marah sebab tanya soalan tu pada saya.

Agak lama tempoh kejadian pertanyaan itu dengan hari ini. esok, bakal jadi kenyataan. Boleh pulak dia tanya saya "Ustaz nak main dengan anjing saya tak?" Budak ni aku lesing jugak kang. "Anjing saya tu perempuan, saya bagi nama Tun.. atau Toress. Ustaz suka nama mana?" Boleh pula tanya saya macam tu. Memang nak kena lesing budak nih. Pulak tu cakap anjing perempuan. Eh, budak ni nak beli budak perempuan ke anjing.. konpius aku... Saya tanya lagi "kenapa nak bela anjing?" Dia jawab "Minggu lepas ada pencuri masuk. banyak kali dah pencuri datang sini. jadi papa nak beli anjing.." Rasa lega sikit. Masalahnya tadi cakap nak main ngan anjing. Mmg nak kena budak ni.

Dalam hati saya mengeluh.. alahai.. pagi tadi babi dalam surau AI... petang ni anjing pulak... Allahu Akbarr...

2 ulasan:

kartini berkata...

salam ya ustaz. masya Allah. sampai macam tu sekali lepas pilihan raya kat UM. dahsyat sungguh. hurm. tak cukup dengan zionism.. tambah lagi hal ni.. macam2 dah berlaku kat dunia nie.. astaghfirullahal 'azim..

Hasmora berkata...

salam srikandi..
manusia berhati zionislah yang melakukannya. semoga berbahagialah di jahannam selamanya.
kami masih menunggu hasil siasatan polis.atau spt biasa, tutup kes. ini tahun keempat saya hadapi pilihanraya kampus sbg pengundi tegar dan tahun rasa menyampah kpd hal ehwal pelajar sampai kemuncak paling menyampah. isu merasuah calon pro-mahasiswa (pembangkang) supaya bertanding atas tiket aspirasi. segala keperluan ditanggung. mujurlah iman muslimah yg jadi calon tu kuat. tambah menyampah org kuat hep - timbalan naib canselor HEP- kalau goyah memang hancurlah. ar-rasyi wal murtasyi fin nar.. yang jelas yg bagi rasuah konfem dah..moga2 bertaubat laa..alahai..apasal nmpk dunia sangat... susah la kalau tidak berjiwa hamba.. alangkah molek kalau dia seperti Bapak Prof Ahmad Thib Raya, Rektor Mahasiswa UIN. pernah sanggup membonceng moto saya utk ke kuliah.. sdgkan dia dosen saya..takkanlah saya nak bagi naik pulak kan.. tentunya saya berusaha dapatkankenderaan lain yg lebih selesa...
pabila babi jadi alat persenda Islam di UM ni..pelbagai polemik bakal timbul. fenomena politik kampus bakal berubah. kami berdoa suatu perubahan.. cukuplah aspirasi yg dibela HEP selama 4 thn ni..

Myblogloglaq