Memaparkan catatan dengan label Kenduri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenduri. Papar semua catatan

Ahad, Oktober 03, 2010

Kenduri kedua di Sabah

Tempat kedua diungguli oleh Ustajah Kasyfe Aidi, selepas Najia Izzati Kekijin.. anak Datuk rupanya dia ni.. ish..siap ada jalan bapak dia, maklum la jalan nak masuk rumah dia bah..haha

Asalnya PokLan kata Kam (Kamarul Adam) ikut sekali, tapi tak dapat pulak dia ikut atas alasan yang saya malah Pok Lan sendiri pun tak tahu. Nak kata malas, bukannya orang ajak pegi jalan kaki. Naik kereta, Persona Elegance lagi tu.. jangan 'demand' (dengan izin - kehkeh) nak naik BMW ke Merz ke, tak dapeknya.

Cuma satu yang saya kempunan dari majlis Ustajah ni, oleh-oleh.. ish tak dapat la.. geram nak ambik yang atas meja, rasa segan pulak, kang orang tengok kang malu pulak. Biar entah sapa entah tinggalkan kat meja tu. Takpalah, dapat gambar pun jadilah.

Gambar-gambar kenangan di Papar pegi bekwoh bersama Zamzuri (MRSM KK, Kinarut) Fadhlan (SK Kinabongan) dan Naim (SK apa entah lupa)


dengar-dengarnya depa ni kawan sejak sekolah, akhirnya kawin..jarang benar jumpa yang macam ni.. yang kawan masa Universiti pun entah ke mana..

Souvenir yang saya kempunan.. adeh...

Tepi sungai bah rumah dia, wow sedapnya dapat lepak kat sini petang-petang sambil pegang sebatang joran..

Selasa, Jun 15, 2010

Pak Lang kami kawin

Dari Kota Belud ke Kg Tungou, Ranau
kami bergerak dengan kereta patriotik kami
sebuah Proton Persona hitam metalik
menuju sebuah majlis perkahwinan dua sahabat
pengantin lelaki dari Bagan Datoh, Perak
rakan juang semasa kadet di universiti
pengantin perempuan orang tempatan
rakan belajar dalam kuliah dahulu

dalam keadaan kereta patriotik baru kami
sebuah Persona sudah ada bunyi keriuk
keriuk... keriuk.. keriuukkk..
terutama melalui jalan tidak rata
kebiasaan jalan di Sabah ini
dan jalan kami lalui menuju Kg Tungou
panjang tidak beraspal

Selamat pengantin baru Pak Lang
selamat bercinta sampai syurga.



jadi kelabu persona hitam penangan jalan grabel sepanjang setengah jam ke Kg Tungou


Kebanyakan kenderaan yang berselisih ialah jenis 4WD.. sebuah 4WD terbabas tika dalam perjalanan pulang

Selasa, Jun 02, 2009

Kugiran Kenduri Kahwin Taman Bukit Angkasa

Setahun sudah saya mendiami Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam. Sudah bermacam rencam-rencana saya lalui. Namun, setakat ini tidaklah saya lihat ia semakin baik.

Ahad lepas ada kenduri kahwin atas jalan masuk ke blok 21. Tepatnya blok 19. Seperti lumrah berlaku di mana-mana di taman perumahan di Kuala Lumpur, bila buat atas jalan maka akan mengganggu lalu-lintas. Namun bukan soal lalu-lintas yang mengganggu nurani saya. Tapi perkara yang bagi saya tidak diperlukan dan membazir – kugiran alias hiburan. Bahkan kerana hiburan seumpama inilah yang mengklasifikasikan walimatul urus yang digalakkan oleh Islam daripada harus menjadi haram.

Sebelah siang saya lihat kumpulan gila hiburan (kugiran) hanyalah sekadar biasa. Itupun sebab saya sekadar lalu. Tak pernah saya bertandang tumpang makan kalau ada kenduri. Orang tak ajak takkan nak pergi. Sebelah malamnya amatlah mengecewakan saya. Bercampur lelaki perempuan berdansa diiring lagu kugiran. Jelas nampak kelihatan walaupun hanya sekadar lalu. Saya yang pulang dari rumah kawan yang buat majlis solat hajat dan bercukur hanya mampu menggeleng dan berkata-kata kecewa sesama kawan yang bawa motor. Ingatkan nak ambil video atau gambar. Tapi tak jadi memikirkan ada risiko jika buat begitu dengan pakaian baju melayu dan kopiah. Ah... Belum berubah lagi rupanya masyarakat kita.

Patutlah tak ramai orang kat surau. Rupanya ramai manusia yang macam ni. Nampaknya Kak Izzah Anwar selaku AP Lembah Pantai kena ambil pendekatan merubah fenomena begini paling tidak kawasan Taman Bukit Angkasa yang didiami oleh kebanyakan mahasiswa Universiti Malaya. Memanglah mahasiswa pun ramai yang spesis tak sedar diri, sama ada yang tinggal di dalam atau di luar. Sekurang-kurangnya beliau sebagai orang kuat Pakatan Rakyat yang mewakili Lembah Pantai di parlimen menjadi contoh dan menangkis tanggapan sesetengah orang yang pesimis melihat kemampuan AP muda menewaskan Kak Jat PRU lalu. Golongan muda memang memerlukan contoh dalam kalangan muda sebagai tauladan.

Ini hanyalah catatan kecil dari insan kerdil. Politik kepartian bukan bidang saya. Tapi tidak semestinya berpolitik hanya di atas landasan kepartian. Dan landasan politik perlu untuk berdakwah kepada masyarakat seumpama ini kerana dakwah melalui contoh tauladan pemimpin mudah dan cepat berkesan berbanding penceramah dan pendakwah di televisyen yang hanya dilihat kaki masjid. Kaki liburan tentunya cepat-cepat alih siaran hiburan. Kan banyak siaran tv kita sekarang ni. Macam-macam ada.. tepuk dada tanya iman laa..

Jumaat, Oktober 31, 2008

Syawal nan berlalu

Syawal telah berlalu. Meninggalkan kenangan dan pengalaman, pada memori yang semakin usang. Belum pasti apakah kan ketemu lagi syawal kan datang. Ramadhan, lagi jauh meninggalkan. Tarbiyah ramadhan belum lagi benar-benar terkesan. Ruginya.

I’dil fitri lalu, ramai sahabatku mendirikan istana bahagia mereka. Ustaz Sin, Mat Napi, Awang, Beah malah mungkin ada beberapa org yg tdk sampai ke pengetahuan....

Aku? Entah bila. Moga-moga ada rezeki. insyaAllah. (^^)



Muhsin Sulaiman @ ustaz Sin, menikahi seorang gadis yang dipinangnya beberapa bulan nan lalu, Nor Azimah. Tidak ramai dalam kalangan sahabat dan kenalan yang tahu tentang perkahwinan ini. Surprise katanya. Hanya majlis akad sahaja. Walimahnya raya haji nanti. Awalnya dia bagitau dulu pada saya bulan Mac 2009. Tapi diawalkan. Moleklah. Perkara baik tidak elok ditangguh-tangguh.
Ustaz Sin & permaisurinya; Nor Azimah


Mohd Nafi Abdullah @ mat Napi, kawan karib dan kawan sepermainan sejak kecil, mengahwini gadis pilihannya yang dikenali sejak beberapa tahun lalu. Lupa pula namanya apa. Napi selalu juga ke UUM melawat. Satu usaha yg berbaloi. Tahniah sahabat.

di rumah pengantin perempuan di Kg. Pulau, Kubang Kerian.


Rabi’atul Adawiyah @ be’ah dinikahi oleh seorang bakal guru matematik, Raja Abdullah yg kini menuntut di sebuah Institut perguruan di Pulau Pinang. Lewat berkunjung ke rumahnya. Bahkan tergesa-gesa dari majlis mat napi di rumah orang perempuannya. Ada kenangan lucu dgn Beah. Pernah dlm kelas awal semester ni masa dia tersengguk-sengguk, saya kacau. Saya miskol telpon dia. Kebetulan telpon tu dekat ngan dia dan dia vibrate pulak. Sempat berbalas sms jugak. Dia kata saya jahat sbb kacau. Saya menduga, dgn sms ‘mimpi jmpa cik abang ke? bergurau. Dia jawab ‘rindu kat suami yg jauh..’ rupanya gurauannya bukan kosong. Ada isi yg tak terduga. Saya punya firasat tak meleset. Ya, ada benar firasat saya tentang Be’ah. Sudah saya ceritakan firasat itu pd beberapa teman rapat... kalau mereka teringat, tentu mereka kan datang bertanya tentang orang yg mereka minat nak tackle... dahlah.. jenuh aku tolong, korang bukan serius pun... (ayat ini sengaja dibelitbelitkan)

saya, Malik dan Seypul bersama pengantin baru, Be'ah & Raja Abdullah


Fadhli Deraman @ Awang, seorang tentera dlm unit PARA; mengahwini gadis Bachok, yang menurut Ismail @ Mael adalah satu batch dgnku semasa di Al-Amir Indra Petra dulu. Tapi melihat namanya di Kad Undangan tdk dapat membayangkan siapa orangnya. Tapi kata Mael, kalau saya tengok orangnya, mungkin saya kenal. Bini Awang pastilah kenal saya, sebab saya dulu masa sekolah jadi ketua pengawas. Yang susah jadi ketua pengawas ni tentulah jadi orang glemer, pastu org tegur kita mcmlah kita ni kenal dia. Susahnyer bila ramai yg kenal kan? Lagi susah saya ni susah nak ingat nama org. Nak kenal org pun susah lagikan ingat nama. Terutama perempuan, huuu lagi susah. Meskipun saya ni bukan tergolong dlm golongan ‘Siqah’ namun saya bukan jenis suka berkenalan dgn perempuan, terutama zaman sekolah. Masuk U ni lain la sikit. Hehe..

Sang PARA kedai baru sdg buat persiapan kendurinya. Jrg jumpa org mcm ni. Askar key...



Syawal telah berlalu. Semasa anda membaca blog inipun mungkin sudah berapa Zulkaedah sudaa... tak lama lagi musim haji. Bermula semalam jemaah haji sudah mula pergi. YDPA merasmikan.

Alhamdulillah haji tahun ni Mak saya ada kat rumah dia di Kelantan. Tahun lepas dia pergi Rumah Allah di Mekah. Menunaikan rukun Islam kelima. Ya, haji. Entah bila kan sampai giliran hamba. insyaAllah, semoga dikurnia rezeki dan kudrat mengerjakan haji nanti.

Ada lagi catatan yang tertangguh. Dekat exam byk idea pulak nak menulis. Ish.. dugaan betul...

Justify Full


Myblogloglaq