Isnin, Jun 30, 2008

Hasmora kembali!

Setelah lebih dua bulan menyepi dari mengisi dan mengedit blog ini. Pada mulanya sibuk dengan peperiksaan di akhir-akhir bulan April. Ketika mengajar kompang pun sudah hampir tarikh periksa. Tapi terpaksa jgk prgi sbb dah janji dgn Ustaz Man.

Habis periksa 5 Mei dan terus masuk Fasa latihan pada 7 Mei. huh jenuh penat exam tak hilang lagi terus masuk latihan. Ujian betul. Cubaan.. cubaan.. 7 Mei hingga 30 Mei di Markas PALAPES UM. Sebenarnya diadakan awal sebab ada target yang ingin dicapai iaitu kejayaan di Pentauliahan UKM. Alhamdulillah, walaupun kami kalah beberapa pertempuran tapi kami menang peperangan. Bagaimana tu? pikir la sendiri.. 21 Jun 2008 tamatlah riwayat zaman pegawai kadet, dan sekarang sdg menghadapi zaman pegawai muda. Musim peralihan yg agak merimaskan. Perangai kadet masih lekat lg setengah2 tu..

Skrg nak cari adik2 baru pulak untuk join PALAPES. Skrg ni pun tgh tunggu freshi kat APIUM nih. Depa duk dlm DKU lg. Ntah membuta ke dgr penerangan lantak depa la. Yg penting jap lagi borang habis, ambo pun balik lenggang. Mlm karang p jenguk lg kat kolej 10. Kot ada yg minat dan isi borang bleh kutip mlm nih.

Kepada kawan2 terutama infiniti, hamba sudah kembali menulis dan mengedit blog ini tatkala ada kesempatan mengadap internet sama ada di APIUM, Fak Pendidikan dan di mana jua.

Jadi saudara... salam perjuangan, selamat berjuang dan selamat menjadi pejuang!!!

- Makmal Komputer APIUM

Khamis, Mei 01, 2008

Memalu Kompang di Seri Bintang Selatan

Hari ini, perjalanan ke sekolah seri bintang selatan berjalan lancar, tidak terhenti-henti seperti hari isnin lepas. Dan hari ini, semoga ada perkembangan positif.

Setibanya ke sekolah, anak-anak ribena sudah menanti. Beberapa guru sudah ada, dua guru PJK dan termasuk ustaz man juga. Duk pukul2 kompang ikut selera sendiri. Wajah gembira terpancar kerana ‘pemain kompang Malaysia’ sudah tiba. Dan saya, masih terasa penat bawak motor agak jauh. Tidak begitu lancar juga sebenarnya, Cuma bernasib baik kerana kebetulan, walaupun ikut jalan lain tapi betul.

Alhamdulillah, setelah diminta cuba memainkan apa yang mereka berlatih semalam, menunjukkan peningkatan prestasi meski lagunya sudah sedikit ‘lari’ berbanding apa yang diajar senin lepas. Yang penting mereka boleh bawa kompang selawat. Cuma hari ni tinggal nak ajar 6 org lagi, geng menyelang dgn melingkah. Susah kalu mengajar sorang-sorang. Kena 2 orang baru nampak jelas. Tun tak dapat join sebab ada exam. Katanya malam tadi tak ada, tiba2 ada. Tersilap tengok jadual katanya.

Lagu kedua bukan lagu baru. ‘Rasulullah’ yang pernah dibawakan oleh Hijjaz. Setelah budak2 ni berlatih barulah ustaz man kata syarat sebenarnya nak lagu reka sendiri. Tapi takpe dia kata sebab dah takde masa, budak nak hafal lagi. Kebanyakan budak ni ada yang pernah dengar lagu ni. Jadi senang depa nak hapal.

Latihan bertukar tempat dari depan dewan gimrama ke bilik muzik yg terletak di bangunan utama. Kata ustaz man, usatz2 bantah pembinaan dewan gimrama ni, tapi kemenangan tetap berpihak kpd guru besar dan PIBG. Saya amat bersetuju dgn tindakan ustaz2 kerana apabila saya tengok seoranag budak dihantar ayahnya memakai pakaian menjolok mata, maksud saya tak menutup aurat la. Keretanya ternyata terang menampilkan pemiliknya beragama Islam. Aduhai, kalau kecil sudah begini, besarnya bagaimana. Jadilah ibu bapa yg menyalahkan sekolah kerana anaknya tak jadi baik, sedangkan tanggungjawab mendidik akhlak sebenarnya siapa?

Bila naik ke atas saya bertanya arash – sering sasul sebut asyraf- kenape dataran ilmu ada dua. Jawabnya “yang tu sekolah menengah ustaz”. Ooo... huk ala, tepi tu jer sekolah menengah.. ssuuumbat molek... sebuah sekolah intergrasi saya rasa, atau lebih tepat dua sekolah dalam satu pagar.



Isnin, April 28, 2008

Tiba-Tiba Jadi Cikgu Kompang

Tiba-tiba jadi cikgu kompang... alkisahnya...

Telah lama saya mendapat pemintaan dari Ustaz Azman- ajar kompang dan buat lirik nasyid (nasib baik nasyid dia dah bagi cikgu lain kalu tak... huh jenuh..), namun dek kekangan masa, tidak dapat penuhi permintaan lebih awal. Pertandingan sabtu ini, 2 Mei.. Dan tiba-tiba... saya menjadi cikgu kompang.

Telah diminta pertolongan seorang kawan, tetapi dek keduniawinya meminta-minta upah mengajar, maka tak dapat tidak terpaksalah saya menyiapkan segala jenis payung untuk terjun dalam bidang mengajar palu kompang. Terima kasih kepada Yusof ibnu Busrara kerana sudi meminjamkan kompang dan menujuk ajar sedikit apa yang dia tahu tentang kompang. Memang dia tidaklah sepandai kawan saya seorang lagi, tapi sekurang-kurangnya apa yang ditunjukkan itu amat berguna.

Memang ada sedikit ganjaran, tapi apa yang seorang kawan itu minta memang lebih... Ustaz Man minta tolong dan saya sebagai sebagai sahabat merangkap penjaga kedai bukunya.. maka tidak tergamak pula minta bayaran lebih.. sekadar yang diberi cukuplah...

Sebelum menempuhi perjalanan beronak liku ke Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan saya study dulu apa patut. Tapi RP gagal la..haha.. Buka youtube, cari kompang selawat.. fuh semangat.. sejam duk hadap...

Saya menggunakan method tersendiri mengajar budak sekolah main kompang. Apa nak jadi jadilah. Asalkan depa boleh palu sudah. Yang rasa harunya ialah tiada kesungguhan pula anak-anak itu. Ish.. harus bagaimana kubuat pak?!!

Ustaz Azman banyak support saya ketika itu.. bertegas dengan anak-anak ribena yang banyak main... nak bertanding sabtu ni dah tapi banyak main.. dah la import pemain kompang Malaysia, banyak main jugak... haha.. banyak provok Ustaz Man kat budak-budak dia..

So.. Ustaz nak tunjuk cara main kompang.. ada tiga rukun.. ada rukun pulak.. katanya Ustaz Man.. Melalu, Menyelang, Melingkah.. nasib baik yusup habaq.. kalu tak, melongo gak aku.. tak tau nak kata apa kat budak-budak nih.. cakap habis campur.. teganu ada, kedah ada.. nogori pun ada.. tak terkeluar pulak dialek Kelate eden.. pelik betul.. bingung budak-budak.. Ustaz ni orang mana.. ustaz Kedah ke Teganu Ustaz? Lepas tu keluar nogori pulak.. garu kepala dia...

Hari ini belajar sikit je.. sambung pula hari rabu ni sebab esok nak ke Putrajaya kalu jadi.. hantar member (si Syamim ibnu Tang temuduga SPA)... ok kita jumpa rabu nih.. esok belajar sendiri..

Dan masa balik, lupa pulak nak tanya jalan balik kot mana... nyaris makan langsat pulak.. ooo jalan-jalan Kuala Lumpur, selama kutelusuri.. kau terlalu memesrai selirat jiwa ini...

Khamis, April 24, 2008

Emel TNC HEPA UM tentang isu Afandy Tanjung

Assalamualaikum wrbkth sahabat sekalian... mungkin kerana ada segelintir kita malas nak buka akaun perdanamail terutama musim peperiksaan ini, maka saya tolonglah siarkan emel yang dihantar oleh TNC kita kepada emel perdanamail kita semua. Saya ada juga menulis tentang Afandy Tanjung. Masih mengumpul bahan berkaitan... mungkin usai peperiksaan 5 Mei nanti akan saya utuskan sebelum latihan ketenteraan saya bermula. Tiada prasangka dan unsur hentaman sama ada posting ini atau posting yang dalam pembikinan itu. Hanya perkongsian untuk muhasabah kita semua.

di bawah ini adalah emel dari TNC HEPA (tarikh emel 15 April 2008) yang dipotong dan ditampal dari emel ke laman yang tidak seberapanya ini;

From: tnc_hepa@um.edu.my


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada semua pelajar UM;

Ayahanda ucapkan selamat belajar dan berjaya dalam peperiksaan minggu hadapan.

Izinkan ayahanda mengambil perhatian para pelajar kepada isu perkauman yang dibangkitkan baru-baru ini. Isu tersebut dikatakan berpunca dari satu“Perutusan YDP” yang telah diedarkan oleh pihak tertentu tanpa kebenarandari HEPA.

Rentetan dari itu, ayahanda telah memanggil satu perjumpaan dengan MPPUMpada hari khamis 10 April 2008. Hasil dari perjumpaan tersebut jelaslahbahawa “Perutusan YDP” yang dikatakan berbau perkauman itu adalah palsu.Tandatangan YDP dan cap rasmi HEPA adalah palsu.

Untuk meyakinkan lagi satu upacara telah diadakan dikalangan ahli MPP beragama Islam yang hadir pada hari Jumaat, 11 April 2008 (jam 2.30ptg). YDP dan beberapa lagi ahli MPP beragama Islam telah bersumpah tidak mengeluarkan ataupun ada apa-apa kaitan dengan perutusan tersebut.

Dengan itu, ayahanda menganggap perkara tersebut telah selesai, namun isuini masih digembar-gemburkan oleh pihak tertentu. Ingin ayahanda nyatakan disini bahawa UM tidak pernah sesekali mengamalkan atau menyokong ‘racism’. Dasar dan pelaksanaan aktiviti HEPA sedia ada sekali gus menggambarkan pendirian ini. Semua kelompok etnik bangsa diambil kira dalam pelaksanaan aktiviti kecuali aktiviti tertentu yang spesifik untuk sesuatu bangsa/kumpulan etnik.

Justeru, melalui warkah pendek ini ayahanda berharap semua warga pelajar mengamalkan sikap bertanggungjawab yang tinggi untuk tidak mempercayai berita/perkara yang telah sahih kepalsuannya.

Jangan hendaknya kita terperangkap dalam mainan pihak yang tidakbertanggungjawab. Sesungguhnya memain sentimen perkauman amat bahaya dalam sebuah negara yang majmuk seperti Malaysia. Jika tidak dibendung, ia bolehmemudaratkan keharmonian masyarakat.


Wahai putera dan puteri ayahanda, jadikanlah kampus kesayangan kita inisebagai satu sudut bumi yang mulia yang sepi dari angkara jahat dan dendam kesumat tetapi terus menjadi tempat bertuah untuk menimba ilmu yang baik.

Sekian, semoga berjaya dalam peperiksaan.

PROF. MADYA DR. AZARAE HJ. IDRIS
TIMBALAN NAIB CANSELOR / DEPUTY VICE-CHANCELLOR
HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI / STUDENT AFFAIRS & ALUMNI
UNIVERSITI MALAYA / UNIVERSITY OF MALAYA
KUALA LUMPUR
MALAYSIA


Cc: Naib Canselor, UM
Dekan/Pengarah Fakulti
Pengetua Kolej Kediaman


posting ini bukan bertujuan untuk berpihak kepada mana-mana pihak sama ada pihak UM atau sesiapa sahaja, termasuk yang menerbitkan blog anti fendy. Saya hanyalah marhaen di UM ini dan sebagai mahasiswa prihatin maka saya mengambil cakna sedikit sebanyak perkembangan UM. Semoga sahabat-sahabat lain tidak hanya pentingkan diri dan hanya asyik pergi mari dengan 'bakal bini' je. Kita mahasiswa Islam perlu ada matlamat dan halatuju yang jelas dalam perjalanan menuju Negeri Abadi.

Selamat berjaya sahabat sekalian;

dalam peperiksaan Dunia dan ujian Akhirat.

Buka mata, buka minda
pasang telinga pasang indera semua
Tuhan itu Maha Perkasa Lagi Maha Berkuasa
syukuri segala nikmat dan rahmatNya, ayuhai manusia...

Sabtu, April 19, 2008

Maaasyarakat.... oo... maaasyarakat...

Sebagai bacaan selingan minggu ulangkaji, saya meminjam Mastika edisi Februari 2008 sahabat saya, Wan Rahman. Saya terus membuka, dan membaca cerita seorang ibu muda yang menyatakan kekesalannya terhadap masyarakat yang memandang serong kematian anaknya. Anaknya dituduh mati selepas meniru lagak spiderman berlagak di landasan keretapi semata-mata anaknya mati dalam pakaian spiderman. Sungguh naif masyarakat kita membuat hipotesis melulu tanpa ada satu kajian dan langsung tidak bersikap adil serta prihatin atas kedukaan seorang ibu muda yang kehilangan anak sulungnya.

Bacaan saya beralih kepada sebuah tajuk ‘Untuk Seorang Manusia Cacat’ dalam ruangan ‘Kenapa Saya Berkerusi Roda?’ ditulis oleh Anthoni Thanasayan. Memang menyedihkan, masyarakat kita masih ada bersikap naif. Sebuah masyarakat yang dikatakan semakin maju ke hadapan dari segi kebendaan dan pembangunan tetapi budi, akhlak dan adab amat menyedihkan.

Dalam sebuah retorik yang digembar-gembur bahawa masyarakat Malaysia adalah sebuah negara yang rakyatnya prihatin, mesra, saksama dan semua sikap positif dijaja, rupa-rupanya masih banyak indah khabar dari rupa. Orang Kurang Upaya masih tidak dilayan dengan adil dan saksama. OKU masih tidak diberi khidmat masyarakat yang selayaknya. Lagikan Jabatan Kebajikan Masyarakat masih memberi diskriminasi kepada OKU apatah lagi masyarakat kini yang semakin tandus budi akhlak dan nilai ilmu.

Saya memetik tulisan Anthoni yang mengatakan bahawa apabila ada anak muda OKU yang telah pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meminta bantuan OKU RM 200 sebulan namun dengan mudah ditolak oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat atas alasan bantuan hanya untuk golongan OKU yang bekerja sahaja. Jadi yang tidak mampu bekerja hendak makan apa? Bahkan setelah diberi peluang dan pemuda itu bekerja dengan menjual tisu muka pun tidak bertahan lama kerana dihalau lantaran pekerjaannya mengganggu pandangan orang kaya dan bisnes pasaraya. Pekerjaan itu sahaja yang termampu dia buat lantaran kekakuannya dan hanya mampu menggerakkan sebatang jari sahaja tetapi dihalang juga!

Ironisnya Anthoni menyebut apabila mereka membuat demontrasi di hadapan bangunan PBT kerana tidak berpuas hati dengan tindakan PBT menyita perniagaan sahabat mereka atas alasan tidak mempunyai permit perniagaan, mereka diminta oleh seorang pegawai tertinggi PBT supaya naik ketingkat sembilan untuk menyerahkan memorandum. Bayangkan apabila seorang manusia sihat dan sempurna serta berpangkat dan bergaji ‘tinggi’ menyuruh 50 orang manusia cacat- yang bertongkat kerana buta, berkerusi roda, tempang dan sebagainya supaya naik mengadapnya di tingkat 9! Betapa angkuhnya manusia, lebih dari seorang raja. Bahkan lebih mangkuk dari mangkuk itu sendiri!

Anthoni membawa pula contoh lain masyarakat, manusia yang sebaliknya. Ketika beliau singgah di khidmat pelanggan nokia di Plaza Berjaya, Kuala Lumpur untuk mengambil telefonnya yang dibaiki. Seorang lelaki 40-an turun dari tingkat 13 dan pergi ke kereta Anthoni untuk menyerahkan telefon beliau dan beberapa helai kertas untuk ditandangani diiringi dengan sebuah senyuman manis yang ikhlas. Beliau adalah Peter Teoh, pengurus kanan pusat khidmat pelanggan di syarikat itu! Betapa ironisnya.

Semakin bijak pandai seorang manusia pada zaman ini belum tentu lagi mereka semakin bijaksana dalam tindak-tanduknya. Mungkin kerana kesenangan yang dikecapi dan suasana negara yang ‘selesa’ menyebabkan sesetengah golongan manusia yang mengejar kemewahan dunia dan nikmat sementara lupa bahawa dunia ini hanya ujian Yang Maha Esa. Mereka tidak sedar bahawa golongan kurang upaya yang wujud hanyalah sebahagian daripada ujian juga. Sesiapa yang mampu menghadapi dan melayan mereka dengan sepatutnya adalah bonus akhirat bagi mereka!

-teringat kepada Abang Mat yang cacat sejak kecil dan berusia 50 tahun kurang lebih, kini dijaga Mak Teh sekeluarga, emak saudara yang dengan sabar dan tabah menjaga Abang Mat setelah pemergian ibunya, Mak Ngoh lebih sedekad lalu. Mak Teh sudah tidak bergilir menjaga Abang Mat dengan Pak Da Deraman saya rasa selepas pemergian Mak Da Setawa. Juga amat merindui arwah Siti Aisyah yang ditakdirkan down sindrom, adik kesayanganku yang dijemput Tuhan ketika berusia 2 tahun kerana penyakit jantung berlubang, ibu selalu sayu dan menitis air mata tatkala teringatkannya. (saya pun menitis tatkala menyatakan hal ini. Al-Fatihah.)

Myblogloglaq