Khamis, April 24, 2008

Emel TNC HEPA UM tentang isu Afandy Tanjung

Assalamualaikum wrbkth sahabat sekalian... mungkin kerana ada segelintir kita malas nak buka akaun perdanamail terutama musim peperiksaan ini, maka saya tolonglah siarkan emel yang dihantar oleh TNC kita kepada emel perdanamail kita semua. Saya ada juga menulis tentang Afandy Tanjung. Masih mengumpul bahan berkaitan... mungkin usai peperiksaan 5 Mei nanti akan saya utuskan sebelum latihan ketenteraan saya bermula. Tiada prasangka dan unsur hentaman sama ada posting ini atau posting yang dalam pembikinan itu. Hanya perkongsian untuk muhasabah kita semua.

di bawah ini adalah emel dari TNC HEPA (tarikh emel 15 April 2008) yang dipotong dan ditampal dari emel ke laman yang tidak seberapanya ini;

From: tnc_hepa@um.edu.my


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada semua pelajar UM;

Ayahanda ucapkan selamat belajar dan berjaya dalam peperiksaan minggu hadapan.

Izinkan ayahanda mengambil perhatian para pelajar kepada isu perkauman yang dibangkitkan baru-baru ini. Isu tersebut dikatakan berpunca dari satu“Perutusan YDP” yang telah diedarkan oleh pihak tertentu tanpa kebenarandari HEPA.

Rentetan dari itu, ayahanda telah memanggil satu perjumpaan dengan MPPUMpada hari khamis 10 April 2008. Hasil dari perjumpaan tersebut jelaslahbahawa “Perutusan YDP” yang dikatakan berbau perkauman itu adalah palsu.Tandatangan YDP dan cap rasmi HEPA adalah palsu.

Untuk meyakinkan lagi satu upacara telah diadakan dikalangan ahli MPP beragama Islam yang hadir pada hari Jumaat, 11 April 2008 (jam 2.30ptg). YDP dan beberapa lagi ahli MPP beragama Islam telah bersumpah tidak mengeluarkan ataupun ada apa-apa kaitan dengan perutusan tersebut.

Dengan itu, ayahanda menganggap perkara tersebut telah selesai, namun isuini masih digembar-gemburkan oleh pihak tertentu. Ingin ayahanda nyatakan disini bahawa UM tidak pernah sesekali mengamalkan atau menyokong ‘racism’. Dasar dan pelaksanaan aktiviti HEPA sedia ada sekali gus menggambarkan pendirian ini. Semua kelompok etnik bangsa diambil kira dalam pelaksanaan aktiviti kecuali aktiviti tertentu yang spesifik untuk sesuatu bangsa/kumpulan etnik.

Justeru, melalui warkah pendek ini ayahanda berharap semua warga pelajar mengamalkan sikap bertanggungjawab yang tinggi untuk tidak mempercayai berita/perkara yang telah sahih kepalsuannya.

Jangan hendaknya kita terperangkap dalam mainan pihak yang tidakbertanggungjawab. Sesungguhnya memain sentimen perkauman amat bahaya dalam sebuah negara yang majmuk seperti Malaysia. Jika tidak dibendung, ia bolehmemudaratkan keharmonian masyarakat.


Wahai putera dan puteri ayahanda, jadikanlah kampus kesayangan kita inisebagai satu sudut bumi yang mulia yang sepi dari angkara jahat dan dendam kesumat tetapi terus menjadi tempat bertuah untuk menimba ilmu yang baik.

Sekian, semoga berjaya dalam peperiksaan.

PROF. MADYA DR. AZARAE HJ. IDRIS
TIMBALAN NAIB CANSELOR / DEPUTY VICE-CHANCELLOR
HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI / STUDENT AFFAIRS & ALUMNI
UNIVERSITI MALAYA / UNIVERSITY OF MALAYA
KUALA LUMPUR
MALAYSIA


Cc: Naib Canselor, UM
Dekan/Pengarah Fakulti
Pengetua Kolej Kediaman


posting ini bukan bertujuan untuk berpihak kepada mana-mana pihak sama ada pihak UM atau sesiapa sahaja, termasuk yang menerbitkan blog anti fendy. Saya hanyalah marhaen di UM ini dan sebagai mahasiswa prihatin maka saya mengambil cakna sedikit sebanyak perkembangan UM. Semoga sahabat-sahabat lain tidak hanya pentingkan diri dan hanya asyik pergi mari dengan 'bakal bini' je. Kita mahasiswa Islam perlu ada matlamat dan halatuju yang jelas dalam perjalanan menuju Negeri Abadi.

Selamat berjaya sahabat sekalian;

dalam peperiksaan Dunia dan ujian Akhirat.

Buka mata, buka minda
pasang telinga pasang indera semua
Tuhan itu Maha Perkasa Lagi Maha Berkuasa
syukuri segala nikmat dan rahmatNya, ayuhai manusia...

Tiada ulasan:

Myblogloglaq