Selepas menunaikan tanggungjawab sebagai imam Solat Sunat Dhuha dan Solat hajat (imam terjun import on the sport ganti Ustaz Kamal yg pergi daftar Master) Cikgu Yushak ajak saya makan. Guru disiplin sesi petang yang tegas dan garang tapi disukai ramai pelajar. Apa yang saya lihat, pendekatan beliau yang fleksibel itulah petua disukai budak-budak.
Saya perhati ketika mula-mula beliau mengendalikan pelajar sebelum masuk ke dewan. Memang tegas, tapi kerana pendekatan yang berkesan pelajar tidak segan untuk menyerahkan ‘lighter’.
“Sapa yang bawak rokok mengaku.. keluarkan sebelum cikgu dapat tangkap.. semua duduk cangkung dan tangan atas kepala.. cikgu nak spotcheck”. Saya pun tolong sekali.
Dalam dewan dalam sepuluh orang yang mengaku hisap rokok. Memang ada yang memberitahu beliau, tapi beliau cakap kat budak “pokok pisang bagitahu cikgu korang merokok belakang tu tadi.. betul tak ada yang yang merokok kat situ tadi?” budak-budak jawab “yaa...”
Sebelum solat sunat pun saya ada merampas gelang plastik yang pelajar lelaki pakai. Itupun sebab dia duduk depan sekali dan dekat dengan saya pula.
“Sapa-sapa pun lelaki tak boleh pakai gelang macam ni.. haram.. menyerupai perempuan” macam tu lah lebih kurang ayat saya semalam.
Semalam adalah Kem Bina Insan Tingkatan satu kumpulan kedua. Walaupun kelas-kelas belakang tapi lebih ramai dari hari isnin, kumpulan kelas-kelas hadapan. Cikgu Yushak puji kerana lebih ramai hadir berbanding hari sebelumnya.
Di kedai makan, saya ambik nasi kerabu berlauk ikan keli. Terambik banyak. Katanya tuan kedai, “Kalau awak habis awak pandai makan.” Dengan nasi menimbun ditambah ulam dan macam-macam rencam memang banyak. Tapi saya terdidik kena habiskan makanan sejak kecil lagi. Kerana saya orang susah saya tidak pernah mahu dan tahu membazirkan makanan. Mak saya kata “tak baik... nanti nasi nangis..”
Kata Cikgu Yushak, pelajar-pelajar nakal.. dengan suasana kota yang tidak mendokong perkembangan positif anak remaja ditambah dengan ibu bapa yang tidak peduli dengan prestasi pelajaran dan asuhan akhlak anak mereka.
“Tanggungjawab kita berat.. kalau nak berjuang mendidik anak bangsa.. kat sinilah” mungkin maksudnya umum, di kota. Memang kawasan Petaling Utama masyhur di peringkat negeri Selangor dengan pelajar-pelajar nakalnya, tapi hakikatnya di mana-mana pun sama saja. Di mana-mana pun ada pelajar nakal. Beratnya tanggungjawab bergantung kepada kerjasama ibu bapa. Tugas mendidik akhlak bagi saya lebih kepada terletak kepada bahu ibu bapa. Guru hanya memurnikannya. Jika dibebankan kepada guru, sebenarnya tak tergalas. Guru banyak lagi tugas lain yang terbeban. Ramai ingat tugas guru senang. Tanggapan itu harus diubah. Tak semudah yang disangka. Jika tidak percaya cuba sendiri didik anak. Baru tahu, mengajar dan mendidik tidak mudah. Kalau mudah marah, bukan nak mendidik namanya.
Kejumudan pemikiran masyarakat kita boleh dikatakan amatlah melampau. Adakah cukup sekadar menyara hidup dengan makan minum dan menghantar anak ke sekolah maka sudah dikira sudah selesai tanggungjawab?
Ilmu keibubapaan bukan sekadar satu matapelajaran elektif di APIUM yang diambil kebanyakan mahasiswa. Lebih dari itu. Ilmu ini pun bukan hanya wujud di universiti. Bahkan kita boleh dapati dengan memerhati masyarakat sekitar dan berkongsi pengalaman dengan orang. Menjadi seorang yang bodoh sombong iaitu sudah tidak tahu tidak mahu bertanya dinasihat tak mahu dengar adalah sangat tidak bijak dan tidak profesional.
Pelajar nakal boleh menjadi jahat jika tidak dididik dengan baik di peringkat remaja. Peranan ibu bapa dengan kerjasama guru amatlah penting. Dan bukan menyerahkan bulat-bulat kepada guru. Ingatlah, anak-anak masanya banyak dengan kawan-kawannya di luar. Jika ibu bapa tidak memanfaatkan masa dengan baik, bakal hilang kawalan terhadap anak-anak. Yang penting, muhasabahlah. Belum terlambat hendak mencegah. Bertindaklah!

5 ulasan:
salam tuan.. [elajar nakal tu penyeri dlm tugas kita tao.. nnt.. bile dah abis blaja.. pelajar2 nakal ni la yg byk cari kita n ucap terima kasih.. time tu, br kita dpt rase betapa manisnye tugas sbg sorg pendidik ni..
salam nuyui..
cikgu Yushak pernah ceritakan pada saya dua minggu pertama saya di sekolah tu, katanya banyak pelajar yg tegur dia lepas depa tamat belajar ialah dari golongan yg 'nakal'dan byk kes disiplin.. sdgkan kebanyakan yg 'bagus2'ni buat dek jer.. tapi saya adalah pelajar yg bagus tp tak sombong dgn cikgu2 saya.. kekeke.. betul nih.. hehe
Salam tuan guru,
saya dah menamatkan sesi berdakwah di sekolah. Masa pertama masuk ke dalam kelas, ada seorang anak murid saya bukan sahaja nakal tetapi hebat.
Saya bertanya kepada setiap orang mahu menjadi apa. Jawapan klise adalah doktor, juruterbang, pensyarah, dan macam-macam lagi. tetapi si nakal ini menjawab "Cikgu saya nak jadi setan".
Nampaknya, ada anak murid yang bukan sahaja nakal, tetapi mahu jadi setan pun ada. hahahahaha
Salam Cikgu Zarif,
nampaknya unsur satanisme membarah dalam dada anak remaja kita.. sungguh.. tugas kita amatlah berat.. Tuhan sudah kata kan.. syaitan itu sesat dan menyesatkan.. dan kita yang nyata..
ralat - dan musuh kita yang nyata..
Catat Ulasan