Jumaat, Julai 17, 2009

Hadiah Sastera Berunsur Islam ke-12


Sekalung tahniah buat para penulis yang memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam, pagi tadi. Pemenang kategori puisi ialah Amin Minhad, kedua Fahd Razy, ketiga Aminudin Mansor dan saguhati pula Jamaludin Darus, Ahmad Sarju dan Abdullah Abd. Manaf. Kategori cerpen pula tempat pertama Nisah Haron, kedua Hafizah Iszahanid, ketiga Amiza Kusyri Yusof dan saguhati Fasal Tehrani, Serunai Faqir dan Syarifah Salha Syed Ahmad. Saya pun dapat saguhati juga tadi, dapat makan free.. haha.

Saya hadir sebagai memenuhi undangan yang sampai di peti surat minggu lalu. Kawan-kawan serumah melihat surat penuh rasa istimewa, seolah-olah saya ini undangan istimewa. Masakan tidak, macam kad jemputan VIP pun ada.

Agak janggal pula kehadiran saya kali ini ke DBP. Biasanya saya tidak pakai kopiah, hari ini pakai kopiah. Maklumlah dalam jemputan sebut pakaian kebangsaan, dan keputusan saya pakai separuh pakaian kebangsaan. Dalam PALAPES, istilahnya – half kebangsaan. Rojak pulak jadinya. Mujurlah pakar rojak orang nombor satu. Ehem, maaf kalau berlebihan. Huhu.

Saya mula-mula duduk dekat Encik Salleh, salah seorang orang kuat dan besar DBP. Maaf ye Encik Salleh. Hehe. Duduk tak sempat nak sedap duduk Ustaz Azman al-Kurauwi pulak cuit, pergilah saya duduk dekat dia. Saya intai-intai hadirin, wah.. saya seorang yang pakai kopiah putih. Pak Haji tu tak ada la pulak kali ni. Selalunya kalau program sastera dia ada. kali ni tak da pula. Ustazah Lina dua minggu lepas ada berceloteh tatkala saya pakai kopiah putih ke sekolah tika program bina insan tingkatan 5. Maksudnya dalam-dalam, ye lah.. orang selalu buruk sangka mengaitkan dengan parti politik Islam di Malaysia kalau pakai kopiah macam tu. Almaklumlah, dah jadi trade mark barangkali.

Yang menarik dalam banyak-banyak ucapan ialah ucapan perasmi majlis, YB Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir (B) – Bos besar dah bersara maknanya tak dapatlah Ujang nak tunjuk Kapten Kagat yang mantap tauliah nanti. Nasib ekaulah Jang..

Yang menarik dalam ceramahnya ialah tentang saf. Bukan skadar merapatkan barisan malah merapatkan hati.(sudah namanya penceramah kat mana pun bagi ceramah katanya.. kelakar jugak Syeikh Kabir nih). Tidak dinafikan di mana-mana masjid pun imam selalu meingatkan makmum tentang saf. Baik dalam bahasa melayu mahupun dalam bahasa arab. Tapi apa yang saya perhatikan, orang kita ambil mudah hal ni. Saya pernah beri tazkirah pasal ni. Dalam askar pula yang ditekankan semasa kawat ialah barisan yang lurus. Tapi masalah askar sendiri tiada disiplin tatkala solat. Askar dalam konteks mahasiswa universiti maksud saya, yakni pengalaman saya tika pegawai kadet dulu. Betapa Islam mengajar umatnya menitikberat kan perkara yang kelihatan sebagai remeh tapi sebenarnya amat penting.

Kerana entri ini bertajuk Hadiah Sastera Berunsur Islam maka saya sekali lagi sebagai penulis kerdil mengucapkan tahniah buat semua penulis yang menang. Semoga terus sukses.

Wassalam.

kredit gambar; Ustaz Azman - http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com/

Tiada ulasan:

Myblogloglaq