Selasa, Julai 07, 2009

Jumaat, 3 Julai.

Anjung seri, SMK Taman Dato Harun. Menyaksikan saya menjaga sekumpulan pelajar India kelas 4 Kiambang buat kali ketiga dan berturut-turut tiap hari jumaat. Kali ini saya rasa semacam kena perli pula. Yelah, saya kan lebih kurang sekulit saja dengan budak-budak India nih. Haha. Satu Malaysia sungguh!

Relief. Itulah istilah muluk dalam bahasa Inggeris yang memaut perhatian guru tatkala nak masuk bilik guru. Sebelah kanan jadual untuk pagi. Kiri untuk guru sesi petang. Tumpuan saya ialah sebelah kanan. Buat saya hanya hari khamis saja tiada kelas relief. Sebab kelas saya pun dah padat sangat. Hari jumaat sah memang wajib ada. Sebab memang saya tak da kelas P&P . Orang puteh kata ''free'. Minggu lepas hanya satu masa jaga budak-budak hitam nih. Sekali jumaat seperti tarikh tertera ni, dua masa!

Setelah perhatikan kelas seni dekat bilikguru tu barulah saya tahu dari mana sumber kapur yang menjadi mainan budak-budak India ni. Mungkinlah kerana mereka kurang putih maka mereka suka main benda-benda putih. Tak tahu dah cara saya hendak larang. Tapi kali ni walaupun saya tak acah dengan rotan, mereka tetap dengar. Mungkinlah saya guna ayat lembut dan tidak menengking.

Saya tidak tahulah kenap setiap hari ada banyak sangat relief. Ke mana guru-guru ni. Selalu yang saya relief kelas 4 Kiambang ialah kelasPendidikan Moral. Sekali kan saya ajar budak-budak ni Pendidikan Islam baru tahu.

Entri ini bukan hendak melukakan hati sesiapa. Cuma ia adalah cetusan dalam diri saya sebagai peringatan kepada diri saya agar tidak buat perkara serupa pada masa akan datang dan buat guru lain yang ingin mengerti maksud murni saya.

Anak-anak bukan tidak mahu belajar. Mereka seperti yang lain juga. Cuma kadang-kadang mereka tidak mendapat suntikan motivasi yang sepatutnya. Kerana itu semangat mereka untuk belajar merudum dan ada yang tidak naik langsung. Datang sekolah semata-mata kerana dipaksa ibu bapa.

Anak-anak pada zaman ini kadang-kadang langsung tiada arah tujuan dan sasaran kenapa mereka belajar. Jangan pelik dan hairan pula kalau wujud jenis manusia yang tiada halatuju hidup!

Tuntasnya, kita para manusia yang mengaku dewasa adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab sebagai orang dewasa dalam menyediakan generasi pewaris kita pada masa mendatang?

3 ulasan:

Setelus Hati Zinnirah berkata...

erm.. betul tu.. setuju.. mane2 institusi pendidikan.. x kira sekolah.. ade je pendidik yg berkelakuan begitu.. moga2 kita x termasuk dlm golongan diorg la ek...

Korakora berkata...

guru ialah mereka yang tenaganya diperah dengan janji-janji muluk: merekalah pelita bangsa.

ironinya, mereka yang memberikan janji muluk itulah juga yang mengenakan pelbagai peraturan supaya pelita itu terus menyala dengan minyak yang sedikit tapi mahu api yang terang!

Hasmora berkata...

tadi seorang bapa memberi pendapat ikhlasnya, ibubapalah yang menyebabkan kuasa guru mejadi terlalu terhad.. masakan tidak boleh mengguna rotan untuk mengajar pelajar. dan kerajaanlah yang bertanggungjawab meraikan ibubapa yang suka memanjakan anak-anak. dan ramailah juga ibubapa yang menyebabkan anak-anak hilang hormat pada guru.

almakanya tuan-tuan, apakah maknanya bila menuntut ilmu tiada adab sedangkan yang harus terutama dituntut dan menjadi pakaian ialah adab pekerti mulia.

adakah anda menghormati waibi mengaji bertingkat2 tapi cerewet dan sombong berbanding waibi si pemborong ikan tapi senang berkira dan tidak mengira anda parti politik mana?

ooo.. saya harap saya tak lebih.. haha

Myblogloglaq