Jumaat, Julai 17, 2009

Catatan ketika pulang kampung laman

Saya rasa jarang saya menulis tentang kepulangan ke kampung. Kali ni saya nak tulis. Sebab saya dah lama tak tulis diari. Jadi biarlah catatan ini menjadi tatapan saya nanti.

Bas

Setelah minyak turun harga, harga tiket tetap tak turun. Malah tambang teksi pula yang naik. Saya anggap ini membantu rakyat. Ya, sangat membantu. Dalam banyak-banyak syarikat bas, saya suka bas transnasional. Entah kenapa. Tapi kerana hanya eBudaya yang menawarkan harga istimewa buat ahlinya, maka itulah pilihan paling bijak demi ekonomi yang sedang gawat. Diskaun RM 7 dari harga asalnya RM 40. Banyak tu. Kalau bas lain, tak dapeknya.

Air minuman

Ada yang menarik tentang air minuman ni. Kali ni entah kenapa senasib antara botol yang saya beli masa nak balik dan masa nak kembali ke Kuala Lumpur. Kedua-duanya hilang sebelum sempat habis. Yang pertama adalah saya minum dua tiga teguk. Tertinggal di kedai makan berdekatan Stesen Bas Kota Bharu. Yang kedua pula hilang atas bas, elok-elok pegang di tangan sebelum terlelap. Sedar-sedar dah hilang. Mana jatuh entah. Baru seteguk!

Bilik dibesarkan

Saya tahu sebelum balik lagi. Mula-mula rasa terkejut juga. Bukan saya minta tapi angin Mak, nak buat juga. Jangan disekat angin dia. Bilik tu bilik yang arwah Cik (panggilan kepada ayah saya) buat untuk saya dulu. Kecil saja. Untuk saya belajar katanya. Mak pula upgrade-kan. Mak peruntukkan tak kurang tiga ribu ringgit untuk itu. Saya kata, saya nak kahwin saya bukan duduk rumah, tak perlulah nak besarkan. Cukup kalau guna bilik lain sebagai bilik pengantin. Tapi katanya, boleh bilik tu dia nak guna besok. Ikut moklah. Oghe ikut jah...

Telaga

Air paip kerajaan masih bermasalah. Perlahan amat. Enjin air pula rosak. Yang ketiga. Entah bila nak beli yang keempat. Mak kata, nantilah dekat raya. Kembali saya guna telaga. Sedap juga cebok air dengan baldi. Lama dah tak mandi begitu. Dulu zaman kecil selalu. Sebelum ada enjin air.

Durian dan dokong

Sempat makan beberapa ulas durian. Juga beberapa biji dokong yang pecah atas pohon. Durian, ada yang beli. Ada yang kakak beri dan juga yang Makcik Parit bawak. Sebelum bergerak ke Kuala Lumpur, sempat pekena sepinggan nasi durian. Mak buat nasi durian pulak, sebab takda pulut. Menjadi juga, sebab nasi tu lembik.
......................

Hanya tiga hari di kampung. Tak dapat lama-lama. Ada banyak urusan tak selesai di kota selut ni. Tak lama lagi kena tinggalkan kota ni. Jadi sekarang menambah bejana ingatan dengan nostalgia yang lebih bermakna. Kalau ada masa, wahai warga kota – pulanglah ke kampung menjengah orang-orang tua yang makin tua. Ya, sunyinya kampung sekarang. Kawan-kawan sudah ada haluan sendiri.

2 ulasan:

Ahmad Huzaifah Fauzi berkata...

demo memea nakal loh...jak sekoloh dulu lagi demo nakal...jadi cikgu pun nakal jugok ko???haa2..

kalu ada 10 0re lagi supo demo ni, jadi 11 ore..huuuu3..

bilo nak bekwohnyo??? ko nak tunggu kawe balik dulu??bekwoh skali nge adik...heeee2..

kawe slogoh jah tu...

Hasmora berkata...

Pah.. kasar selogho demo.. nok sungguh napok tuh.. ada bran? masuk la.. nk bekwoh? kawe tak ajok ghama.. wat kecik2 jah heh

Myblogloglaq