Ramai sungguh hadirin pada malam tadi di Rumah Pena. Maklumlah rancangan besar. Mas Zakir masuk TV3 ajak rakyat Malaysia menyaksikan di bawah langit gaza. Wah ramainya tak terhingga. Untuk program sastera memang sudah cukup ramai. Sama seperti diskusi karya mantan MPR, Rahimidin Z pun jadi hairan kenapa tiba-tiba ramai orang datang. Biasanya dua puluh orang sudah ramai bangat. Wah... lewahnya ramai.
Agak lewat saya mampir. Maklumlah pergi pameran ATM dulu. Balik lewat. Siap mandi pakai baju solat empat rakaat, sang Teruna Zakir menelefon-di mana anda saudara Hasmora? Wah saudara... anda orang kedua memanggil saya Hasmora dalam telefon selepas Cikgu Zamzuri (cikgu dia sekarang). Wah... terkial-kial saya rempit motor malam tadi. Masakan tidak, termakan langsat untuk kesekian kalinya.
Maka saya pun hanyalah ingin menukilkan sebuah puisi sebagai pandangan saya terhadap Di Bawah Langit Gaza.
Interpretasi Sebuah Malam Puisi
Ramainya yang datang menyaksikan
ramainya juga memakai selempang
wah semangatnya anda saudara,tapi...
adakah anda berdoa setiap malam
agar Gaza mengecap keharmonian.
Puisi-puisi melantun dari dada penyair
hatiku meruntun cair
oh kuharap ini bukan sekadar retorik indah
yang akhirnya hanyut di bawa angin malam
dimamah oleh gundah hati kelam.
Kumampir ke Teratak Pena kali ini
bukanlah pemandangan begini yang kuharap
tapi apakan daya yang mampu kubuat
memang begini pemandangan dunia kini
dedah sana dedah sini
kalau boleh hendak ditunjuk semua barangkali
wah... di mana-mana pun kini
orang Melayu pun suka pakai macam yahudi!
Aku bukan penyair malam puisi ini
maafkan aku andai ada stanza menghiris hati
inilah bicara hati Hasmora Masnuri
sesungguhnya kita usah hanya marahkan yahudi
tetapi lihatlah dalam diri sendiri
yang mengalir dalam darah dan denyut nadi
adakah ada racun-racun duniawi
ideologi-ideologi propaganda yahudi.
Hasbullah Haji Mohamed Abdul Rahman al-Masnuri
Taman Bukit Angkasa
Pantai Dalam.
5 ulasan:
Hi.. eh ente promo apa dalam blog ana nih... wah jauhnya kedai ente.. ana beli barang buatan Malaysia jer.. harap2 ente paham la apa ana tulis ni ye... ish ish.. haru ana
salam ziarah. puisi yang sangat baik. syabas ustaz! teruskan menulis dan bertinta untuk islam!
salam ukwah fillah saudari srikandi,
kata guru puisi saya Prof Rahman Shaari "menulislah dari gjolak rasa di hati, akan menjadi puisi yg baik".
alhamdulillah, Allah rezekikan ana menadah ilmu dari guru puisi...
Menulis dan terus menulis.. demi Islam! :)
Jejaka Hasmora,
malam itu aku benar-benar terpukul dengan sajak Khalid Salleh. Benarlah, secebis kata dan bicara mampu meroboh mahligai hati. Ahh, aku benar-benar rindu pada sajak yang jujur sifatnya. Bukan sekadar menyulam dan menenun kata, tetapi bertopeng di balik kaca diri.
Gambar Nasriah pun ada ker?
hehehe..kadang2 cinta tak perlu bicara. Betul tak tuan Hasmora?
Teruna Zarif,
wah saudara.. jangan memerangkap hamba dalam jerat cinta.. siapalah hamba hendak digandingkan dengannya.. huhu.. hamba ni tak smart tak hensem pula lagi gelapnya rupa.. tp kalau dalam hatinya ada desir itu.. wah. hamba mungkin tak menolaknya.. alahai.. anda menyalakan sesuatu nampaknya.. jangan saudara.. haha
Catat Ulasan